TAQI - 10

8.8K 1.3K 186
                                    

(TAQI, 17 Tahun)

JIKA Taqi fikir dia seorang yang mengelak, dia salah. Kerana Emma Zahira juga mengikut langkah. Sekadar terserempak apalah sangat. Berborak? Haram! Satu patah perkataan pun tidak lepas dari mulut mereka sejak setahun yang lalu.

"Tahun ni SPM. Focus study. Bukan focus dekat makwe." Rafiq pandang Quds dengan ekor mata. Mungkin si teman perasan Rafiq bercakap tentangnya, lantas dia menoleh dan menjeling.

"Tahulah aku... Dia pun dah hinting nak minta putus." Quds pamer muka sedih.

"Tak apalah, bagi dia masa untuk study. Bukan nak layan kau 24/7. Tahun ni tahun terakhir, apa salahnya kau lupakan dulu pasal Adibah tu and focus study. Kita ada beberapa bulan je lagi before exam besar." Daniel berhujah.

"Betul kata Daniel tu. Tak rugi kau laburkan masa kau untuk study. Recap balik last year punya topic. Sejak kau bercinta ni, aku perhati je results kau. Makin turun. Yang peliknya, Adibah punya results tetap maintain di atas kau." omel Rafiq lagi. Kepala digeleng kecil.

Quds rebahkan badan di atas sofa. Dia peluk kusyen empuk itu ke dada. Wajah rakan-rakannya itu dipandang satu demi satu. Sebuah keluhan berat dihela keluar.

"Sebenarnya, aku dah hilang motivation nak study. Semangat aku hilang dibawa Adibah." Kekasih hati pula dipersalahkan.

Taqi angkat muka. Daniel dan Rafiq saling berpandangan sesama sendiri. Ketiga-tiga remaja lelaki itu letak pen di atas meja. Fokus mereka beralih pada Quds yang sendu itu. Broken.

"Aku dah kata, Adibah tu tak suka kau. Kau yang paksa dia couple dengan kau. Tengok sekarang, hati kau juga yang sakit. Belajar pun kelaut. Results jatuh merundum. Mana Tengku Quds Eskandar yang dulu?" Sekali lagi Rafiq buka mulut. Membebel panjang tanpa lelah.

Ini bukan sekali dia bersuara tentang hal tersebut. Acap kali dia bahas, cuma Quds yang sengaja memekakkan telinga. Meskipun dia dengar, nasihat Rafiq pasti masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Penat juga beri nasihat dekat manusia seperti Quds. Ianya seperti mencurah air ke daun keladi.

"Lepaskan ajelah Adibah tu. Tak mustahil dia rasa semak dengan kau. Desak ini itu. Habis SPM nanti, masuk kolej, carilah orang lain." ujar Daniel pula. Bukan niat nak singgungkan hati Quds tapi dia nak sedarkan Quds bahwa cinta itu tak dapat dipaksa-paksa.

Quds ketap bibir sendiri. Muka diraup kasar. Nak lepaskan macam mana kalau hati masih sayang dekat sang kekasih?

"Kau hilang rasa nak belajar sebab kau lebih melayan perasaan. Bila motivation lari, kau abaikan. Bukannya kau kejar dia semula." Taqi yang dari tadi membisu, akhirnya bersuara juga.

Quds terus terduduk. Sentap dengan kata-kata yang baru dituturkan oleh Taqi. Taqi betul. Dia terlebih melayan perasaan hingga pelajarannya terabai. Otak dan hati tidak pernah putus memikirkan tentang sang kekasih sedangkan dia terlupa ada yang lebih penting dari memikirkan orang yang tak pernah sudi.

"Actually motivation tu ada je dalam diri kita, Quds. Kau tak perlu tunggu dia datang baru kau nak study. Cuma kau yang perlu paksa diri sendiri." Sambung Taqi lagi.

Quds angguk saja. Kelu lidah mahu membalas. Rafiq mengambil tempat di sebelah Quds. Begitu juga dengan Taqi dan Daniel. Bahu Quds dipeluk oleh Rafiq.

"Buat masa sekarang, saat-saat genting nak berdepan dengan peperiksaan, kau lupakan dulu pasal manusia. Apa yang kau perlu fikirkan sekarang masa depan kau, Quds. Kau study, focus. InsyaAllah, after kau keluar je dari sekolah, kau tak menyesal."

[B3] TAQIWhere stories live. Discover now