TAQI - 14

7.3K 1.1K 170
                                    


"EH Taqi pun datang sekali." Senyuman Sofi melebar menyambut kedatangan anak jiran sebelah. Tak tahu pula Taqi nak datang melawat.

"Haah, Assalamualaikum aunty. Okay tak sekarang?" Taqi bertanya khabar.

"Alhamdulilah, semakin membaik. Ni Taqi seorang aje yang datang?"

Taqi menggeleng. "Saya datang dengan Emma."

Kebetulan pintu wad dikuak oleh seseorang. Siapa lagi kalau bukan satu-satunya anak dara Sofi, Emma Zahira. Taqi dan Emma tak masuk sekali. Bila sampai hospital, Emma nak singgah kedai serbaneka yang terletak tidak jauh dari hospital katanya.

"Ummi..." Emma leretkan langkah menghampiri Sofi. Wajah manis berubah mendung seolah mahu menangis lagi. Tubuh ibunya dipeluk erat seakan tidak mahu dilepaskan.

Sofi pandang Taqi dengan kerutan di dahi. Pelik dengan perubahab anak gadisnya yang mendadak.

"Taqi ke yang hantar Emma?"

"Haah." Taqi tarik segaris senyuman manis. Belakang kepala diusap lembut. Tangan sebelah pula dimasukkan ke dalam kocek seluar jeansnya.

Tanpa banyak soal, Sofi ucapkan terima kasih kepada Taqi. Nanti dia tanyakan sendiri pada Emma. Ye la, jika dia tidak silap, suaminya ada di rumah. Takkanlah nak hantarkan Emma sekejap ke hospital  pun tak nak. Mereka bergaduh lagi kah? Getusnya dalam hati. Penuh tanda tanya.

"Kalau macam tu, saya balik dululah, aunty. Selamat berehat, cepat sembuh tau." ujar Taqi lagi. Kekok juga berdiri lama-lama dalam ruangan ini. Emma pun diam saja sambil memeluk tubuh ibunya.

Hanya Sofi seorang yang mengajaknya berbual. Taqi pun tak boleh lama di sini. Dia ada temu janji dengan geng 'Lelaki perkasa' di kedai mamak. Lepas habis SPM, masing-masing dengan haluan masing-masing.

Memandangkan mereka berempat lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM tiga tahun yang lalu, keempat-empat berjaya dapatkan 11A+, hala tuju mereka berbeza. Quds belajar di luar negeri dan pulang ke Malaysia pabila cuti dan Rafiq pula menyambung pengajiannya di University UNIKL dalam jurusan Chemical Engeneering.

Daniel dan Taqi pula, mereka berdua memutuskan untuk menyambung pengajian ke peringkat A'Level di Epson Collage, Negeri Sembilan. Genap tiga bulan setelah results keluar, mereka berdua dikhabarkan dengan berita baik. Dua sahabat itu diberi tawaran untuk menyambung pengajian ke Stanford University tidak lama lagi.

So, bye bye Malaysia! Dan bye bye Emma...
  
  
  
  
"BAILAME como si fuera la última vez." Quds tunding jari pada Rafiq. Kening kanan diangkat sebagai isyarat menyambung lirik nyanyiannya.

Sebelum menyanyi, Rafiq mengeluh dulu. Ish, kalau Quds bukan kawannya, dah lama dia tendang jantan itu duduk jauh darinya. "Y enséñame ese pasito que no sé." Lalu Rafiq tayang muka masam.

Daniel angkat wajah apabila Quds dan Rafiq berdehem. Lantas telefon bimbit di tutup dan diletakkan di atas meja. Lelaki yang berdiri di hujung mereka dipandang.

"Un besito bien suavecito, bebé
Taki taki."

"Together!" Quds hentak meja. Memang tak ada malu sungguh kawan yang seorang ini. Uncle berbangsa India yang duduk berborak itu pun turut memandang ke arah meja yang diduduki 4 sekawan.

Bukan main meriah.

"Taki taki, rumba." Serentak tapi layu. Rafiq tarik kerusi menjauhi Quds. Risau kalau Quds suruh buat benda pelik-pelik pula. Lengan Daniel diambil lalu dipaut erat.

"Asal korang ni?" Taqi tersenyum kekok. Hood hoodie diturunkan dan rambut yang berserabai diperkemaskan semula.

"Ucapan selamat datang untuk kau lah." Quds bangun dari duduk. Mengatur langkah ke arah Taqi yang masih berdiri. Tubuh Taqi dipeluk erat.

"Rindunya!"

"Itulah, belajar jauh lagi. Mana tak rindu." Pelukkan Quds dibalas ramah. Belakang badan Quds ditepuk berkali-kali.

"Nak buat macam mana. Parents aku kaya." Dia macam tiba-tiba tapi tak apa, itu fakta. Quds memang orang berada. Anak Tengku kan...

"Kau dengan Daniel pun akan belajar dekat luar jugak, kan?" Rafiq menyampuk. Kalau ketiga-tiga sahabatnya pergi, tinggallah dia seorang di Malaysia. Lepas ni duduk lepak dengan mamak ajelah!

"Soon. Bukan sekarang." Taqi membalas usai meleraikan pelukkan erat Quds. Punggung dilabuhkan di atas kerusi plastik.

Daniel dan Rafiq angkat tangan, melambai ringkas ke arahnya. Quds kembali ke tempat duduknya. "Ambil lah order. Aku belanja." ujar Quds.

"Orang kaya belanja tu, order banyak-banyak." Rafiq menyelit. Menghasut.

Taqi tergelak halus. Ibu jari ditunjukkan. Dah orang belanja, apa lagi, order sampai kenyang. Pau anak Tengku tu banyak-banyak. Hahahah!

  
  
   
   
TBC

Update: 08052021.

Hai! Sorry lambat update, saya banyak busy sekarang ni. Fuh! Btw, baju raya warna apa? Kuih dah beli tak? Hehehe.
  
  
  
  
  

[B3] TAQIWhere stories live. Discover now