TAQI - 29

5.7K 1.1K 256
                                    


MINGGU lepas, keluar bersama. Minggu ini juga keluar berdua. Tak lepak di taman, pasti mereka keluar mencari makan. Dua-dua sama saja, tak pandai nak kenyang. Asyik melantak saja kerjanya. Emma tu pun, bukan main berselera. Berebut pisang goreng dengan Taqi. Mujur saja Taqi tu gentleman, beralah dengan perempuan. Tengok Emma senang, hati Taqi turut ikut girang.

"Kenapa kau tak ada girlfriend lagi?" Emma bertanya. Kentang goreng McD kepunyaan Taqi disua ke mulut.

"Sebab saya tengah tunggu seseorang tu." Taqi senyum.

"Siapa?" Emma ingin tahu.

Taqi menggeleng. Kalau Taqi bagitahu, tu bukan rahsia lagi namanya.

"Kedekut lah si gedik ni." Emma pukul lengan Taqi. Bibir dicebik ke depan. Sebal. Kata kawan, benda macam ni pun nak simpan sendiri.

"Awak pula, kenapa masih sendiri?"

Hujung bibir Emma ternaik sedikit sementelah mendengar soalan yang terpacul keluar dari seulas bibir merah kepunyaan Taqi. Pandangan dihalakan ke hadapan sesaat sebelum Emma kembali menatap wajah Taqi yang menenangkan seluruh jiwa miliknya.

"Kau tak nak habiskan ke fries kau? Kalau tak, bagi aku. Aku vacuum sampai berkilat. Kau telan kotak dia je." Mengelat. Selamba saja Emma merampas kotak merah kentang goreng dari pegangan Taqi.

Taqi biarkan. Tak mendesak dulu. Taqi tahu Emma sedang mencuba mengubah topik perbualan mereka. Taqi tahu Emma sedang lari dari menjawab soalannya. Kalau benar gadis di depannya ini belum berpunya, kenapa begitu sukar untuk Emma menjawab soalan ringkas darinya?

Tujuh batang kentang goreng disumbat ke dalam mulut. Dikunyah tanpa menghiraukan Taqi yang ralit memerhatikan tingkah lakunya tanpa jemu. Taqi pandang dia. Dia pun pandang Taqi. Sengaja mata dibesarkan.

Senyuman terlakar di bibir Taqi. Tawa kecil terhias. Comey lah awak ni.

"Umur kau berapa eh?" soal Emma. Dia pun lupa berapa umur Taqi tahun ini.

"29."

"Umur macam ni dah layak tidur dengan perempuan."

What? Mata Taqi membulat besar.

"Maksud awak isteri ke?" Taqi bertanya. Kot kot Emma lupa perkataan 'isteri'. Macam meresahkan saja sebut 'tidur dengan perempuan.'

Emma yang tersenyum itu kejung sesaat. Matanya turut terjojol apabila mengingat semula ayat yang dituturnya tadi. Lekas-lekas Emma kalihkan wajah. Dadanya berombak laju. Typo paling kurang ajar setakat ini. Huwa!

"Haah." Balas Emma tanpa memandang Taqi. Malu.

Taqi menggeleng kecil. Pucuk hidung mancungnya digaru. Aduhai Emma, awak buat Taqi takut saja tadi.

"Meresahkan ya..." Taqi ketawa. Emma cemberut.

"Kau tak nak kahwin ke? Tahun depan dah masuk series 3. Nak sandang gelaran bujang terlajak ke macam mana?" Emma lupakan pasal tadi, dia buka pula soalan baru. Dia pun nak tahu juga, kenapa lelaki itu tak kahwin-kahwin lagi.

Bohonglah kalau Taqi kata tak ada orang mahukan dia. Lelaki budiman macam ni tak dipandang? Apa kamu gila? Kalaulah Emma tak terikat dengan kemahuan walidnya, mungkin Emma mahu tawar diri jadi isteri walau perilakunya kurang sesuai.

"Saya tengah tunggu seseorang, Emma." Jawapan yang sama. Struktur ayat yang berbeza.

"Siapa? Perempuan mana? Orang mana? Orang KL? Selangor?" Bertubi-tubi soalan menghempap Taqi yang dari tadi diam memerhatikan.

"Orang KL."

Emma diam. Dia pun orang KL tapi sangat mustahil perempuan itu adalah dia. Entahlah, bila Taqi beritahu bahawa lelaki itu sedang menanti seseorang, hati Emma terasa sedikit carik. Dia bagaikan terpukul. Beruntungnya perempuan itu kerana terpilih untuk menetap di hati Taqi.

"Perempuan tu single lagi ke?" Emma bertanya lagi.

"Saya pun masih mencari jawapan."

"Oh..."

Sepi. Emma tunduk bermain dengan jari-jemari runcingnya. Sebotol minuman Pepsi yang ia letakkan di sebelah paha diambil dan disedut dengan penyedut minuman plastik sehingga habis.

"Erm... jadi... kau masih berharap pada dia?" Emma tanya lagi. Tak mampu nak terus simpan pertanyaan itu dalam minda. 

"Jauh di sudut hati saya, ya. Tapi kalau sebolehnya, saya tak nak berharap."

"Kenapa?"

"Sebab berharap adalah kunci kekecewaan. Saya takut saya akan berdepan dengan perasaan tu bila saya mengharapkan lebih. Orang kata, kecewa sebab cinta tu lain. Sakitnya lain. Saya tak nak. So... saya buat macam biasa sajalah." jelas Taqi. Wajah si gadis itu dipandang dalam-dalam. Emma, kalau awak nak tahu siapa perempuan yang dia maksudkan, awaklah orangnya.

"Tapi kau masih tunggu dia." Emma ungkit lagi pasal perkara ini. Kata tak nak berharap tapi kenapa Taqi masih menanti pada yang belum sudi?

"Sebab dia belum beri jawapan."

"Kenapa dia tak bagi jawapan? Dia saja nak buat kau tertunggu-tunggu ke?" Emma bertanya polos.

"Saya pun tak tahu." Taqi jungkit bahu.

"Paksa ajelah dia bagitahu. Apa yang susah? Benda senang macam ni pun aku kena ajar ke? Bodoh lah kau ni." Emosi tercuit. Emma naik geram pula dengan Taqi. Slow!

Emma tengok saja Taqi yang tiba-tiba membisu. Sentap sebab dimarahi Emma? Manja! Emma bukan marah, Emma cuma nak Taqi bertegas dengan perempuan yang Taqi dambakan itu. Tak boleh kah Taqi buat begitu? Jangan jadi bodoh sangat. Nak tunggu sampai bila? Tak penat ke menunggu?

"Emma," Taqi menyeru.

"Haa? Apa?"

"Awak sudah berpunya ke? Boleh awak jawab sekarang?"

"Eh..."

Empat mata saling bertentangan. Botol yang dipegang Emma terasa longgar dan akhirnya jatuh menghempas jalan tar. Dua ulas bibirnya terbuka sedikit. Anak mata Emma setia membalas tatapan Taqi yang terlihat begitu dalam pandangannya.

Serentak itu dadanya berdebar kencang. Perutnya terasa senak. Lidahnya kaku.

"Jawablah soalan saya. Jangan diam je. Awak suruh saya paksa tadi, kan? Hurm." Pakej peluk tubuh.

Kening Emma berkerut. "Kau tanya aku?"

"Yes, you! Saya tengah tanya awak ni, Emma Zahira." Taqi keraskan suara. Tadi Emma marah dia sangatkan, haa sekarang Taqi tengah bertegas. Jawablah!

"Weh..." Suaranya mendatar.

"Awak sudah berpunya atau belum?" Taqi ulang. Kali ini dengan nada perlahan.

Dan dan Emma hilang kosa kata. Tak tercapai dek akal, perempuan yang dimaksudkan Taqi adalah dia.
  
Dang, what in the plot twist is this?
  
   
   
    
    
   
  
TBC

Update: 14082021.

Opps! Vote and comment! Maaflah, saya tak pandai tulis scene bergula. Scene cari pasal, saya suka🥺

 Scene cari pasal, saya suka🥺

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[B3] TAQIWhere stories live. Discover now