TAQI - 9

7.9K 1.3K 405
                                    

Bab ni agak bosan tapi harapnya korang terhibur.

EMMA berjalan di belakang. Taqi pula di depan. Bukankah lebih baik begitu? Seperti mana yang diperkatakan oleh salah seorang sahabat Rasulullulah SAW iaitu Sayyidina Umar Al-Khattab R.A bahawasanya: "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa dari pada berjalan  di belakang seorang perempuan."

"Taqi." Si dia memulakan bicara.

"Ye?"

"Nak tanya."

"Apa dia?" sahutnya sambil meneruskan langkah turun. Kedua belah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar.

"Awak kenal saya tak? Maksud saya sebelum saya pindah sekolah ni." Soalan ini dah lama dia nak tanyakan tapi tak pernah ada kesempatan. Walaupun mereka tinggal bersebelahan, tak ada maknanya mereka akan berbual seperti kawan biasa.

Walid Emma tu boleh tahan tegas orangnya. Ikhtilat kena jaga. Nak berborak kosong dengan lelaki memang tak lah. Tu namanya tempah maut. Walidnya itu guru di salah satu sekolah tahfiz. Sejak kecil lagi dia dan abangnya diterapkan dengan didikan agama. Walaupun Emma bersekolah di sekolah kerajaan biasa, disiplin tu kena sebati dengan diri.

"Sekolah rendah?" Taqi cuba agak.

Mata Emma membulat. "Haah. Sebab saya rasa saya pernah tengok muka awak sebelum ni. Dululah. Tak tahulah kalau saya tersilap orang. Muka aje sama." kata Emma.

Taqi matikan langkah. Emma pun siap sedia tekan brek. Dia berundur beberapa tapak ke belakang. Tinggalkan jarak yang besar di antara mereka berdua. Taqi pusingkan tubuh. Kepalanya ditundukkan menekur lantai.

Emma pula pandang tempat lain. Malu pula bila berduan dengan jiran ni. Plus ini kali pertama mereka berbual lebih dari 10 patah perkataan. Bila bertembung di luar rumah, cukuplah terpandang sekilas. Masing-masing menggelabah masuk rumah atau kereta.

"Buku Faraid..." Taqi rapatkan kaki sendiri. Jika dia tidak salah, dia pernah hadiahkan bukunya kepada seseorang. Zaman sekolah rendah dulu.

Emma terus pandang Taqi. Bibirnya mengulum satu senyuman kecil. Jadi betullah sangkaannya sebelum ini. Memang Taqi budak lelaki yang pernah bagi dia buku itu sewaktu sekolah rendah.

"Haah. MT tu nama awak kan?" T tu Emma yakin membawa maksud Taqi. Dan M pula, sama ada Muhammad atau nama lain.

Taqi angguk lagi. "Muhammad Taqi. Betul lah tu. Lah awak rupanya budak perempuan tu. Tak sangka jumpa lagi. Dah besar dah sekarang." Taqi tertawa kecil. Bibirnya menguntum satu senyuman gembira. Terlalu ralit dengan perasaan senang sampai terlupa cikgu Farid nak jumpa dia.

"Tak nak jumpa cikgu ke?" Emma menegur setelah lama mereka menyepi. Sedikit kekok.

"Eh haahlah! Allah!" Langkah seribu dibuka. Gelabah punya pasal, Emma tertinggal di belakang.
  
    
   
   
   
[ QuRaTaDa, Lelaki perkasa ]
  
   
QUDS (18:09)
Online!

QUDS (18:09)
Rafiq, kau jangan seen je chat aku. Aku potong karang kepala kau.

RAFIQ (18:10)
Jangan sakiti Ikan!

QUDS (18:11)
Tak habis-habis lagi dengan ikan...🤦‍♂

DANIEL (18:11)
Whatsup?

QUDS (18:12)
Dah muncul pun ulat buku 1. Ulat buku 2 mana? Aku nak semua online baru aku cerita.

RAFIQ (18:12)
Manalah aku tahu. Bukannya aku tinggal dengan dia...

[B3] TAQIWhere stories live. Discover now