TAQI - 46

9.3K 981 115
                                    

"JANGAN bagitahu abang Tashfeen, akak minta Tashfeen teman akak datang sini." ujar Emma yang duduk di kerusi penumpang bahagian belakang.

"Aik? Abang tak tahu ke akak keluar ni?" Alamak! Tashfeen ingatkan kakak iparnya itu sudah meminta izin kepada abangnya dan sudah memaklumkan kepada Taqi bahawa Emma mengajak mereka keluar hari ini.

Emma menarik sengeh.

"Akak bagitahu je. Akak dah cakap nak keluar dengan korang cuma tak bagitahu lah nak singgah mana. Abang dah approve dah. Cuma... jangan bagitahu akak ajak Tashfeen menghendap rumah walid." Dengan Taqi, dia tunjuk ego.

Meskipun sudah acap kali Taqi mengajaknya datang melawat walid yang kini dalam keadaan kurang sihat dan terdampar lesu di atas katil, Emma berkeras tidak mahu. Memandangkan dia akan berada di KL selama seminggu, bolehlah dia singgah walaupun mampu tengok dari jauh sahaja.

Tipulah tak rindu...

Walid, dah sembuh ke belum? Teruk sangat ke sakit walid? Bisik hati kecilnya. Kalaulah hubungannya dengan Wahab baik-baik saja, pasti dia sudah berlari masuk ke dalam banglo dua tingkat itu dan memeluk erat tubuh insan bernama walid.

"Tak nak masuk ke kak?" Tashfeen menyoal. Pandangannya turun terhala ke arah banglo dua tingkat itu.

Emma menggelengkan kepalanya.

"Nak tengok dari jauh je."

"Abang ada cerita. Uncle Wahab tengah sakit sekarang. Uncle dah tak boleh berjalan. Lumpuh seluruh badan." Lumpuh akibat serangan strok satu bulan yang lalu.

Hati anak mana yang tak sedih? Hari itu dia juga yang ego, tak mahu ambil peduli dan tak ingin ambil tahu. Dan apabila Tashfeen menyebut keadaan walidnya, tak semena-mena dadanya terasa sebak. Rasa ingin menjenguk Wahab walau sekejap semakin membuak-buak. Dia mahu melihat lelaki itu. Lelaki yang dia telah buang dari hidupnya beberapa bulan yang lalu.

"Betul ni tak nak?"

"Haah, betul..." Namun keinginan terhalang oleh hati yang belum bersedia untuk kembali bersemuka dengan walidnya.

Emma perhatikan suasana rumah banglo itu. Tampak tidak berseri. Tidak bersinar. Entah rumah itu bahagia atau tidak. Bunga-bunga yang ditanam oleh walid juga layu dan mati. Jelas menunjukkan pohon-pohon bunga walid tak diuruskan dan tak terjaga lagi. Ke mana puan Hayati? Tidakkah wanita itu yang sepatutnya mengambil alih tugas walid untuk menjaga pokok-pokok bunga walid?

Saat Emma terleka dalam lamunan panjangnya, tiba-tiba sebuah kereta hitam masuk ke perkarangan rumah. Emma mengecilkan matanya untuk melihat dengan jelas gerangan siapakah itu? Dua orang wanita dan seorang lelaki.

"Siapa tu kak?" soal Tashfeen.

"Tak tahu..." jawab Emma perlahan dan matanya masih memaku ke arah seorang lelaki berbaju kemeja biru muda yang kini memusingkan tubuhnya ke belakang.

Telefon di dalam tote begnya dicapai dan aplikasi kamera dibuka. Emma menukar tatapan kamera hadapan kepada kamera belakang lalu punat bulat di tengah-tengah ditekan beberapa kali. Klik! Klik! Klik! Kemudian imej yang ditangkapnya tadi dibesarkan.

Melalui gambar tersebut, entah kenapa dia merasakan lelaki itu adalah Eijaz. Jika lelaki itu Eiyaz, siapa pula dua orang wanita yang turut datang bersama abangnya? Isterinya dan...

"Tashfeen, jom pergi sekarang. Nanti Hani bising pulak." Terbit tawa halus di hujung ayat. Telefon bimbit dimatikan kemudian dimasukkan semula ke dalam tote begnya.

"Betul ni? Akak tak nak-" Tashfeen tak habis bercakap lagi, namun Emma lebih pantas mencantas.

"Tak nak. Kita pergi ajelah. Dah lambat ni." Senyuman nipis diukir. Bahu adik iparnya ditepuk.

[B3] TAQIWhere stories live. Discover now