TAQI - 23

7K 1.1K 214
                                    

"HAI baby boo, baru sampai ke?" Begitu ramah dan mesra saja Tashfeen mengalu-alukan kedatangan teman wanitanya. Senyuman paling manis terhias di wajah kacaknya.

"Haah." Thalia menghadiahkan sebuah senyuman untuk Taqi. Bakal abang ipar hehehe.

"Jom masuk dulu, kita makan-makan."

"Saaaaaaayang!" Suara lembut si bungsu pula mengetuk gegendang telinga. Terangkat sebelah kening Taqi pabila melihat kegedikkan Tihani di hadapan Quds. Macam budak-budak!

Allah... adik-adik dia dah ada pasangan. Dia yang sulung, masih lagi sendiri. Menanti orang yang tak sudi. Tangan Quds disambut untuk bersalaman.

"Ayang, buat apa dekat situ? Marilah sini. Kat dapur ada ayam salai. Jom." Panggil Tihani manja. Mengada sungguh gayanya.

"Pergilah layan budak tu. Nanti kita borak." Faham dengan situasi itu, Taqi lepaskan Quds pergi. Biasalah, bila Quds datang rumah, mesti tak ada chance nak berbual dengan rakannya satu itu. Tihani dah caras Quds darinya.

Dari kejauhan Taqi memerhatikan gelagat Tashfeen dan Tihani bersama pasangan masing-masing. Rasa lucu pula. Bila kekasih datang, tiba-tiba perangai masing-masing berubah gedik. Yang tak banyak cakap, depan teman wanita, jadi burung murai. Yang sentiasa tunjuk samseng, depan teman lelaki macam gula-gula kapas. Pelik-pelik...

Kalau Taqi dengan bakal kekasih hati pula? Tak tahulah macam mana. Tak mampu dijangkal dek minda.

"Bila nak bagi mama dengan ayah menantu?" Suara Inayah menegur.

Taqi segera menoleh. "Bila dah tiba masanya." Jawapan klise tapi boleh diterima. Selagi tak ada calon, memang tak lah dia nak kenalkan pada Inayah dan Taufiq.

"Dah ada yang duduk dalam hati ke?"

Ada. Cuma sayang, Emma nampak tak berminat dengannya.

"Belum kot..."

"Haritu Quds ada cakap. Kawan-kawan pensyarah Taqi cantik-cantik orangnya. Takkan satu pun Taqi tak berkenan?" Bukan mahu mendesak. Inayah sekadar bertanya saja.

Aish, Quds ni pun... kecoh.

"Cantik tu cantik tapi... " Taqi menggeleng kecil. Cukuplah respon itu menjadi jawapan untuk pertanyaan Inayah. Dia tak berminat.

"Okaylah kalau macam tu. Hati tak dapat dipaksa-paksa, kan?" Peluk tangan Taqi. Wajah tampan anak sulungnya dipandang dengan senyuman kecil.

"Kalau dah ada yang berkenan di hati, bagitahu cepat-cepat. Mama masuk meminang." Senyum penuh makna tapi Taqi tak tahu macam mana nak tafsirkan maksud yang tersirat.

"InsyaAllah, mama."
   
  
  
   
  
"RINGAN-ringan pun tak boleh ke? Bukan kau dah biasa ke buat benda haram ni?" Senyum sinis. Tubuh gadis cantik itu dipandang jijik.

"Kau diam, anak haram." Bidas Emma lancang. Lelaki mulut puaka di sebelahnya ditentang tajam. Panas hati Emma melayan perangai tak semenggah bakal suami yang tak diiktiraf itu.

Akhtar terngadah mendengar celaan yang disembur Emma. Lengan Emma dilelar kasar. Semakin Emma menolak, semakin kuat cengkaman Akhtar pada lengan Emma. Desisan sakit yang dikeluarkan Emma tidak dihiraukan sama sekali. Dia lebih suka tengok Emma sakit. Seronok.

Senyuman Akhtar melebar. "Tak nak bagi sekarang, tak apa. Lepas kahwin nanti... siaplah kau." Mata melirik nakal ke arah lurah dada si gadis yang terdedah. Bibir bawah dijilat. Bayangan nakal mula bergentayang di minda.

"Teruskan berangan." Hujung bibir ternaik.

Dahi Akhtar sedikit berkerut. Apa maksud Emma dengan dua perkataan itu?

"Walaupun akad dah terlafaz. Jangan ingat aku izinkan kau sentuh aku, Akhtar. Aku haramkan kau sentuh aku. Secuit pun aku tak izinkan. Kau dengar cakap aku baik-baik." Usai mengungkapkan kata-katanya, tangan yang mencengkam lengannya ditolak kasar.

"Tu namanya tempah neraka, sayang. Best ke masuk neraka? Teringin?" Dihujung perlian Akhtar tertawa kecil.

"Dan kau? Kau rasa kau ni baik sangat ke nak jadi penghuni syurga? Jijik bodoh. Tak layak." selar Emma.

Gigit bibir bawah, Akhtar alihkan wajah tampannya dari memandang Emma. Koyak jiwa nak berdebat dengan anak bungsu uncle Wahab ni. Mencabar kesabaran. Nasib kau cantik, kalau tak... memang balik rumah lebam-lebam dia kerjakan.

Tak bagi Akhtar sentuh konon. Tengoklah, sebaik saja mereka terikat hujung bulan nanti, tubuh gadis itu akan jadi hak mutlak Akhtar Luqman. Sentuh tanpa redha isteri? Ah, Akhtar tak peduli. Dia suami, jadi wajarlah dia menuntut haknya. Walaupun perkahwinan ini terjadi bukan berlandaskan cinta atau suka sama suka, dia akan pastikan Emma Zahira akan tunduk padanya. 

"Keluar." arah Akhtar. Intonasi suaranya kedengaran keras seolah lelaki itu sedang mengawal rasa amarah yang kian mencanak naik.

"Kau gila ke anak haram? Rumah aku jauh lagi lah!" Tersentak saat Akhtar menyuruhnya keluar dari kereta.

"Berhenti panggil aku dengan panggilan tu, perempuan murahan. Dan keluar dari kereta aku." Surah di celah gigi. Sedikit pun wajah Emma tidak dipandang.

"Aku tak kira. Kau yang beria paksa aku keluar tadi. Sekarang kau hantar aku balik rumah!" Gila kah lelaki itu? Sedang elok berehat di rumah, Wahab redah masuk biliknya dan mengatakan Akhtar sudah menunggunya di bawah.

Padahal Akhtar tak bagitahu dia apa-apa pun pasal ni.

"Keluar!" Gertak Akhtar. Pintu kereta dibuka besar. Tubuh Emma ditolak-tolak. Mujur saja tak jatuh terjelompok ke jalan tar itu.

"Apa masalah kau ni, Akhtar-"

"Keluar, bohsia. Kau nak aku heret kau keluar atau kau nak turun sendiri?" Ugut. Rahang dikancing kuat. Renungan maut Akhtar sungguh tajam. Bagaikan bambu runcing. Sekali tusuk, pasti dalam menembus.

"Apa masalah-"

"Keluar!"
  
  
  
  
  
 
TBC

Update: 13062021.

Vote and comment! Hai Akhtar Luqman. Rasa-rasanya dia antagonis atau protagonis heheheh🤭

Maaf kalau ada yang terasa kurang selesa dengan cerita TAQI. Sebab ada beberapa isu 'berat' saya nak sentuh dalam TAQI. Ambil pengajaran, ambil mana yang baik, tinggal mana yang kurang elok. Muhasabah diri.

[B3] TAQIWhere stories live. Discover now