TAQI - 11

7.7K 1.2K 140
                                    

ELOK berbaju melayu datang ke majlis persandingan anak jiran. Taqi yang memimpin Tihani bersamanya kerap saja memandang keliling. Bola mata ralit bergerak ke sana dan ke sini mencari kelibat seseorang itu.

"Terima kasih datang, Inayah." Usai bersalaman, kedua-dua wanita itu berlaga pipi.

"Sama-sama Kak Sofi, cantik pelamin anak akak. Pandai pilih." Inayah memuji suka.

Sofi ketawa saja. Wanita itu menghadiahkan segaris senyuman kecil pada Taufiq, Taqi, Tashfeen dan juga Tihani. Dia suka melihat keakraban Taqi dengan adik-adiknya itu. Mesra sekali hubungan mereka.

"Emma dekat mana, kak?" Inayah bertanya. Dari dia masuk ke dalam dewan lagi dia tak nampak batang hidung anak bungsu Sofi yang satu itu.

Mendengar saja nama Emma disebut oleh Inayah, laju Taqi angkat wajah. Dia pandang wajah Sofi. Menanti jawapan yang bakal diungkapkan sebentar lagi. Bukan Inayah saja yang tercari-cari tapi Taqi juga.

"Ada dengan sepupu dia rasanya." jawab Sofi.

"Lah yeke."

Soalan sudah terjawab. Taqi pun malas nak mencuri dengar perbualan orang-orang dewasa. Dia buat hal sendiri. Layan lawak hambar Tashfeen pun menarik juga di saat-saat yang membosankan ini. Tak pun dengar omelan Tihani yang tiada noktahnya.

"UNCLE Eshan!" Taqi menyapa mesra. Walaupun dah lama tak bersua muka, nama dan wajah lelaki itu masih tersemat di ingatan.

Eshan dan Bella lantas menoleh. Anak-anak mereka juga turut mengangkat wajah untuk melihat satu figura lelaki remaja yang memanggil nama abah mereka. Arsalan pandang Alwan.

"Eh dah besar budak ni!" Eshan segera berdiri untuk mendapati Taqi. Tubuh Taqi ditarik ke dalam pelukkan.

"Dah masuk berapa tahun ni?" Eshan bertanya. Kali terakhir dia jumpa Taqi sewaktu Taqi datang menghadiri majlis persandingannya beberapa tahun yang lalu.

Tak sangka anak kepada bekas kekasihnya itu sudah meningkat remaja. Ketinggian Taqi juga hampir saja mengejar ketinggiannya. Muka Taqi pun dah banyak berubah. Nampak matang. Helok.

"17, uncle." Taqi angkat tangan memberikan lambaian ringkas kepada Bella. Aunty Bella, jodoh tak kesampaian. Malu pula Taqi bila teringkat waktu dia kecil dulu. Boleh pula dia nak try caras wanita itu dari Eshan. Perangai tak padan dengan umur.

"Budak SPM lah ni."

"Haah"

"Makin handsome eh." Eshan angkat kening. Tersenyum lebar. Belakang badan Taqi ditepuk-tepuk perlahan.

"Alhamdulilah..." Anugerah dari Allah untuk Taqi.

"Dah ada girlfriend ke ni-" Bicaranya terhenti tatkala satu suara lunak milik seseorang menjamah gegendang telinganya.

"Emma!" Senyuman Eshan melebar sakan. Barulah muncul anak buah sepupu dia satu ini. Lama dia tunggu.

Taqi kejung. Kaku di satu tempat. Cuma bola mata yang bergerak-gerak. Emma yang berjalan melewatinya itu dipandang. Emma yang berjabat tangan dengan Bella dan sepupu-sepupu ciliknya itu diperhatikan. Senyuman manis si gadis membuatkan dia jeda seketika. Fuh, senyuman yang memukau atma.

"Emma, handsome-kan 'kawan' uncle?" Eshan panggil Emma. Dicuit kecil bahu Emma. Sekadar mahu menarik perhatian gadis remaja itu.

Emma memusingkan tubuhnya. Apabila empat mata saling bersabung pandang, cepat-cepat mereka tundukkan pandangan. Eshan pandang kedua remaja itu bersilih ganti. Kedua-dua sekali berubah warna. Telinga Taqi bertukar merah dan pipi Emma pula merona persis buah tomato segar yang baru dipetik dari ladang.

"Errr, okay tak ni?" Eshan boleh rasakan suasana berubah janggal apabila masing-masing menyepi. Lelaki itu monoleh memandang Bella yang tertawa.

"U-uncle, Taqi pergi dululah. Mama dengan ayah tengah tunggu Taqi." ujar Taqi sambil tangan mengusap belakang tengkok

"Emma pun. Emma pergi dulu tau. Later Emma datang semula. Bye Uncle, aunty." Tak betah berdiri di situ berdepanan dengan Taqi, Emma buka langkah seribu. Lari dari insan bergelar lelaki dan diberi nama Muhammad Taqi itu.

Nebes...

"Pulak dah..." Baru nak kenalkan Taqi pada Emma, namun dua-dua dah pergi membawa diri.

"Abang meh lah sini, duduk. Majlis dah nak mula dah." panggil Bella.

"Yelah..."

"LAIN kali tegurlah kawan walid tu. Jangan lintas je. Kawan walid tu bukannya angin!" Pasal benda kecil pun nak dibesar-besarkan. Marah-marah tak tentu pasal.

Emma tayang muka bersahaja. Dah penat dengan perangai walidnya yang 'bermasalah' ini. Dimarah, digertak dan ditengking pun Emma dah malas nak tunjuk kecut. Meskipun suara walidnya itu sangat nyaring seperti halilintar mengamuk pun Emma buat tak kisah.

"Berapa kali Emma nak bagitahu walid yang ummi panggil Emma. Jadi Emma kena utamakan ummi dulu!" Entah apa yang merasuk remaja muda itu, berani-beraninya dia meninggikan suaranya pada insan bergelar ayah.

"Sejak bila pandai melawan ni?!" Tajam bola mata Wahab mencerung ke arah anak perempuannya itu. Langsung lengan Emma dicengkam erat.

"Lepaslah! Sakitlah walid! Ummi!" adu Emma. Masih memberontak.

"Tahu pun sakit. Dah tu kenapa kurang ajar dengan walid? Mana hilangnya hormat Emma pada walid?" soal Wahab lagi.

Emma tersenyum senget. Dia balas tentangan mata sang ayah yang menyengat. Hormat? Perlu ke dia beri kehormatan pada manusia seperti walidnya? Mahu disantuni tapi diri sendiri tak pernah menyantuni orang lain. Lama-lama Emma makin menyampah.

Lagi-lagi sejak Emma tahu rahsia gelap walidnya itu. Kotor. Semenjak itulah, hilang hormatnya terhadap insan bergelar walid. Menjijikkan.

"Orang macam walid tak layak dihormati." lancang bicaranya.

Pang! Sedas dia dapat. Pipi kanan yang terasa kebas dan pedih hasil dari tamparan berbisa Wahab dipegang. Emma tarik segaris senyuman pahit. Dia renung wajah Wahab lama. Dia tatap wajah itu dengan bendungan air mata.

Kesian Ummi sebab bersuamikan lelaki seperti walidnya. Dan alangkah malangnya nasib mereka berbapakan seperti seorang Wahab.

"Emma..." Wahab pandang tangan sendiri. Sedar akan ketelanjurannya mengasari anak bungsunya itu.

"Emma benci walid."

Benci sangat-sangat.

TBC

Update: 13042021.

[B3] TAQIWhere stories live. Discover now