TAQI - 37

7.5K 1.2K 544
                                    

DUA bulan yang lalu,

"Saya nak minta izin untuk berkahwin dengan Emma." Selafaz. Taqi gagahkan diri membalas renungan tajam mata Wahab.

"Dengan anak tak sedar diri tu juga yang kau nak?" kasar bahasa lelaki itu. Jelas sekali menandakan Wahad sedang marahkan Emma.

Taqi membisu seketika. Memberi laluan kepada Wahab menghabiskan kata-katanya.

"Kau tahukan aku dah ada calon untuk dia? Kenapa kau terhegeh-hegeh nak kahwin dengan Emma?" Wahab bertanya.

"Hati Emma tak ada pada Akhtar, uncle. Dan uncle tak boleh paksa dia berkahwin dengan lelaki yang dia tak cinta. Dan dengan lelaki yang tak hormatkan Emma sebagai seorang perempuan." Taqi menjawab. Dia ungkit semula apa yang Emma pernah cerita kepadanya.

Menyirap darah di kepala saat perbuatan Akhtar diketahui olehnya. Sememangnya lelaki itu kurang ajar. Mujur saja Emma ni brutal, berani melawan untuk mempertahankan diri, kalau tidak, hancurlah masa depan Emma. Walaupun lelaki itu 'bakal suami', tak semestinya Akhtar boleh menyentuh Emma sesuka hatinya.

"Dari mana kau tahu Emma tak ada perasaan dekat Akhtar? Dia mengadu dekat kau? Lepas tu ambil kesempatan buruk-burukkan Akhtar? Kau percayalah dengan Emma? Hey Taqi, kau dengar sini baik-baik, Akhtar tu budak baik. Rupa ada, kedudukkan ada, harta ada, semua kesenangan dia tu boleh menyenangkan kami, menyenangkan Emma. Sebab tu, aku nak sangat satukan diorang. Untuk kebaikkan mereka juga!" tempik Wahab nyaring. Suara lelaki itu bergema ke segenap penjuru bilik tamu sederhana besar ini.

"Ya. Menyenangkan uncle. Bukan Emma. Uncle tahu ke Emma dah menderita selama ni? Uncle tahu ke betapa dia terseksa hidup dalam rumah ni? Uncle, Emma tu dah besar dan sepatutnya hak memilih teman hidup tu hak dia. Dia yang nak hidup semati dengan teman hidup dia. Jadi izinkan dia memilih. Bukankah kebahagiaan anak perempuan itu kebahagiaan ayahnya juga?" Senang anak, senang juga ayahnya. Sakitnya anak, sakit juga ayahnya.

Tak kah Wahab merasa begitu?

Wahab terdiam sepi. Bibirnya menyenget menahan rasa sebal di dada. Sedikit pun dia tak terkesan dengan hujah Taqi yang entah apa-apa. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kebahagiaan anak adalah kebahagiaan orang tuanya juga? Pepatah mana pula Taqi angkut?

"Dan saya dengar dari mulut Emma sendiri, majlis tempoh hari tetap diteruskan juga kan? Akhtar dah berkahwin dengan pilihan mama dia. Jadi ini bermakna, uncle-" Wahab segera memintas ujaran Taqi.

"Dah! Kalau kau nak sangat dengan anak derhaka tu, kau ambillah dia! Dia dah buang aku. Jadi untuk apa lagi aku terus menghalang? Dia bukan anak aku lagi. Kau jagalah dia. Aku tak nak dengar apa-apa lagi pasal dia. Sekarang benda dah settle, jadi kau balik! Kau balik!" Tempelak Wahab menghalau Taqi. Lelaki itu bangkit dari duduknya lalu berjalan ke arah pintu depan. Pintu itu dibuka besar

Taqi menarik nafas dalam lalu dihela perlahan. Nak tak nak dia kena bangun. Jika kehadirannya di sini memarakkan kemarahan Wahab, jadi haruslah dia angkat kaki. Tujuannya menemui Wahab pagi ini kerana dia mahu meminta izin untuk menghalalkan Emma meskipun berkali-kali Emma menghalangnya.

Rasa tak enak jikalau Taqi tak bertemu dengan wali kepada bakal isterinya .

"Sebelum saya balik, saya ada satu permintaan. Saya betul-betul berharap uncle boleh tunaikan permintaan saya ni." Mata miliknya tertumpu penuh pengharapan.  Semoga permintaan pertama dan terakhirnya ini ditunaikan.

"Apa lagi ni? Tak cukupkah aku izinkan kau kahwin dengan Emma?!" Terus menerus Taqi digertak. Aneh, pemuda tampan itu sedikit pun tak melatah.

"Saya nak uncle jadi wali majlis pernikahan kami nanti. Boleh?" Renungannya mengandungi sejuta pengharapan. Ya Allah, tolong mudahkan urusannya untuk menghalalkan Emma Zahira.

[B3] TAQIWhere stories live. Discover now