2

2K 59 19
                                    

Kawan yang Farhan katakan petang tadi ialah Mikhael. Aku ulang MIKHAEL !

Sampai sahaja dimuka pintu rumah itu, kami disambut oleh ibu kepada Mikhael dan Arif iaitu Puan Lia. Tapi aku hanya memanggil mama. Yela dah kenal lama kan.

" Ya Allah Farra ! Rindunya mama dekat Farra !! Dua tahun tak jumpa... " Kata Puan Lia dengan teruja. Segera dia memeluk Farra yang sudah dianggap seperti anak sendiri.

" Hehe Farra pun rindu mama lama tak jumpa. Mama sihat ? Makin cantik sekarang. "

" Alhamdulillah sihat. Mesti lah cantik pernah ke tengok mama tak cantik ? " Gurau Puan Lia.

" Eh dah dah jom masuk, makanan dah dihidang. " Ajak Tengku Ahmad, suami Puan Lia.

Banyak makanan terhidang di atas meja. Antaranya adalah sambal sotong, tomyam, asam pedas dan dua jenis pencuci mulut.

Aku hanya berborak dengan Puan Lia sahaja. Lelaki borak pasal ekonomi biasalah.

" Arif mana mama ? " Soal ku. Dari tadi cari kelibat dia.

" Keluarga Shaf ajak Arif makan dekat sana nak kenal lebih dalam katanya. " Beritahu Puan Lia. Aku hanya mengangguk.

" Farra dah ada boyfriend ? " soal Puam Lia. Mikhael yang sedari tadi mendengarnya tersedak.

" Aik Mika. Mama kamu tanya si Farra yang kamu beria tersedak bagai kenapa ? " tanya Tengku Ahmad.

" Taklah pa, M-mika tak dengar pun mama borak apa. " Nafi Mikhael.

" Haih ada ada je kamu ni. Ha Farra tak jawab lagi soalan mama. Tak silap mama kamu dengan Aatif kan ? "

" Eh tak la mama. Dah putus dah. Waktu Farra 18 tahun kitorang dah break. Takde jodoh ." Farra tersenyum tawar.

" Nak tak dengan anak mama ? "

" Siapa ? " Soalku.

" Ni Mikhael . Mama memang berkenan dengan Farra. Korang serasi sangat. " Ujar Puan Lia.

" Uhuk uhuk apa ni maaa. " Rengek Mikhael.

Alahai comel. Eh-

" Eh hehe. " Aku sudah tidak tahu nak jawab apa.

" Eh Farra dah berhenti jadi model ya ?. " Sampuk Tengku Ahmad apabila melihat wajah Farra yang gelisah itu.

" Haah papa. Lepas habis sekolah Farra berhenti. Daddy tak bagi jadi model. " Kata Farra dengan nada sedih.

" Dia nak kamu tolong abang abang kamu jaga company latu. " Ujar Tengku Ahmad senada.

" Yeah maybe. "

♡︎♡︎♡︎

Hari minggu ini aku hanya meluangkan masa dengan family sahaja. Kami adik beradik mandi manda dikolam renang manakala mummy dan daddy hanya memerhati sambil minum petang.

Walaupun sudah berusia tetapi daddy tetap sweet dengan mummy. Aku cemburu hm.

Yela single macam yang tengah baca ni.

Sedang leka kami bergelak ketawa abang bertanyakan soalan dan membuatkan kami tersentak.

" Kalau Farhan nak kahwin boleh ? " Soal Farhan menghadap keluarganya.

" What ! "

" Kau serius la Paan "

" Dah jumpa calon ke ? "

Bermacam persoalan dituju kepada Farhan. Yela dia dahla tak rapat dengan perempuan sangat. Tup tup nak kahwin.

Ada yang nak ?

PELUANG KEDUAWhere stories live. Discover now