Hari berganti hari , kini sudah tujuh tahun rumah tangga mereka dibina.
Pelbagai rintangan yang mereka hadapi , namun dengan adanya cinta dan sayang mereka terus kuat menempuhi segala ujian dan rintangan.
Maka dengan itu ,
kenangan manis serta pahit telah tercipta ." Mama !!!!!," Farra yang sedang memasak itu segera berlari ke ruang tamu apabila mendengar jeritan sang anak. Haih apa pula yang jadi ni ?
Sampai sahaja di ruang tamu , matanya terarah pada si kakak yang sedang menunjukkan riak tidak puas hati . Okay , dia dapat mengagak apa yang berlaku disini.
" Fayre sayang.. kenapa menjerit ni ? Perempuan mana elok menjerit macam tu," Tangan dicekakkan pada pinggang . Kena lah acah - acah garang . Baru anak anak takut .
Fayre Medina , anak sulung mereka . Dilahirkan dengan cukup sifat dan membesar dengan cukup kasih sayang.
" Mama, tengok baby ni ! Habis barbie kakak rosak dia buat," Ujar Fayre. Dirinya cuba untuk tidak menangis kini jatuh jua air matanya.
" Shh.. don't cry , kakak. A princess doesn't cry. Remember ? Nanti kita beli baru ye ? " Farra cuba memujuk. Puteri sulungnya memang seorang yang cengeng ! Tak tahu lah ikut siapa.
Mesti ikut Uncle Arif dan Aunty Shaf !
" Tapi barbie ni papa yang bagi dekat kakak.. huwaaa mama... ," Makin kuat suara Fayre menangis . Selang beberapa saat , tangisan si adik pula kedengaran. Pantang si kecil itu jika keadaan huru hara . Dia pun akan sertai sekali !
" Ya Allah , ya tuhan...," Farra mengucap perlahan sebelum memandang kedua anaknya .
Dapat dilihat wajah si adik sudah bertukar kemerahan akibat menangis manakala si kakak sudah berhenti dari menangis tetapi masih tersedu - sedu .
Muncul satu idea di dalam kepala Farra . Call encik suami !
Telefon yang berada di atas meja kecil diambil sebelum tangannya mendail nombor suaminya. Tidak sampai seminit , Mikhael mengangkat panggilan dengan senyuman yang lebar menghiasi bibir .
" Papa !!!! " Fayre menjerit tatkala wajah papanya terpapar di telefon bimbit itu.
" Pa..pa..kat ane...," si adik pula menyapa.
Mikhael tergelak kecil sebelum membuka mulut . " Hai princess papa , Fayre Medina . Hai prince papa , Faeeq Muzhaffar.. kenapa anak anak papa menangis ni ? Mama buat ke ? " Sempat Mikhael bergurau.
Farra yang mendengar ayat tersebut menjeling manja. Tahulah rindu kita sampai mention mention kita ni . Ehek.
" Bukan... adik ni buat ! Tengok barbie kakak dah rosak. Kakak tak suka lah ada adik ! " Fayre sedikit memberontak. Sejak mempunyai adik , hampir kesemua mainannya telah rosak. Sakit betul hati!
#FayreSulungTersakiti" Aip kakak , tak baik cakap macam tu.. nanti papa balik papa bawa barbie baru untuk kakak ye..," Tutur Mikhael dengan lembut. Anak perempuankan kena lah berlembut. Lagi pula Fayre sedang membesar . Wajar baginya jika anak perempuannya itu sudah pandai beremosi.
" Okay papa , bubyee Fayre love you.." Panggilan itu ditutup tanpa sempat Mikhael membalas. Baru sahaja Mikhael mahu memintanya untuk beri telefon itu pada sang isteri...
" ASSALAMUALAIKUM , papa dah balik ! Siapa nak toys baru !" Laung Mikhael sedikit kuat memandang kan anak anaknya berada di bilik mereka.
" PAPAAAAA KITA ORANG RINDU PAPA," Farra serta anak anaknya turun dengan keadaan gembira. Hilang penat Mikhael tatkala melihat wajah insan yang tersayang.
Farra mendekati suaminya lalu menghadiahkan ciuman dipipi. Coat mula bertukar tangan. " How's your day, sayang ?" Tangannya mengusap kepala Farra. Keadaan mereka tidak ubah seperti pengantin baru. Tetap mesra dan romantik hingga kini.
" Okay je.. harini tak banyak benda pun Farra buat," Mikhael menganggukkan kepalanya lalu tersenyum manis. Kepalanya kini menghadap pada Fayre dan Faeeq.
" Tadaa , tengok papa beli apa untuk anak-anak papa ni," Tangan menghulurkan sebuah beg kertas yang berisi mainan anaknya.
Fayre melompat gembira manakala Faeeq menjerit suka. Tersenyum Farra dan Mikhael melihat anak-anak mereka gembira. Segala penat lelah mereka hari ini telah digantikan dengan senyuman Fayre dan Faeeq . Itulah ubat mereka . Itulah penawar mereka .
Dan itulah bukti cinta mereka yang semakin mendalam .
Semoga mereka terus kuat untuk menempuhi segala ujian yang akan datang bersama orang yang tersayang.
Hihi kita rindu cerita ni sebabtu karang sikit walaupun pendek . By the way , jangan lupa singgah baca Qarizh Humaira !!
YOU ARE READING
PELUANG KEDUA
Romance[ JALAN CERITA MASIH BELUM DIEDIT. MAAF JIKA MENGARUT ] Tengku Ariq Mikhael & Farra Aryna Kelakuan dingin seorang gadis bernama Farra Aryna membuatkan Tengku Ariq Mikhael jatuh hati terhadapnya. Walaupun si bunga tidak pernah senyum kepada si kumban...