33

1.9K 33 3
                                    

Pintu bilik hotel itu dibuka. Dengan kaki kanan disertakan sekali lafaz bismillah , pasangan itu masuk ke dalam bilik itu. Beg beroda diletakkan bersebelahan dengan katil Queen itu .

" Abang pergi la mandi lepastu solat dulu. Farra bentangkan sejadah nanti. " Mikhael yang sedang melayan telefon itu tersentak apabila mendengar suara si isteri. Telefon ditutup lalu diletakkan di atas katil.

" Okay.. sayang tak nak solat sekali dengan abang ke ? " Mikhael lemparkan soalan.

" Abc hehe.." jawab Farra dengan suara yang perlahan. Malu mungkin.

Mikhael tertawa kecil saat melihat si isteri yang sedang malu menjawab pertanyaan dia. Alahai sayang..

" Abang mandi dulu eh ? " Mikhael mengucup sekilas dahi Farra dan terus berlalu masuk ke bilik mandi .

     " Abang , tolong ambilkan gambar Farra boleh ? " Mikhael mengeluarkan telefon bimbitnya dan mula mengambil gambar si isteri sebanyak yang mungkin . Boleh tukar lockscreen baru !

Oh ya , kini mereka berada di Pantai Teluk Batik . Dengan keadaan pantai yang bersih dan tenang itu membuatkan ramai pengunjung meluangkan masa bersama keluarga dan orang tersayang di situ.

Selesai sahaja sesi bergambar , mereka berpegangan tangan dan berjalan menikmati keindahan pantai.

" Memandangkan kita dah ada dekat pantai ni.... apa kata kita buat sesi deeptalk. " Cadang Mikhael . Dia ingin meluahkan masalah yang dihadapinya dulu hingga sekarang pada Farra dan juga mendengar luahan dari Farra.

Mana tahu boleh merapatkan lagi hubungan mereka. Kan ?

" Deeptalk ? "

.




.

Hi awak semuaa ! maaf lambat update 🥹 harap awak semua tak marah.. tapi kalau nak marah pun takpe hihi .

- 13 / 5 -

PELUANG KEDUAWhere stories live. Discover now