6

1.3K 46 2
                                    

" Tengku Arif Muhaimin bin Tengku Ahmad "

" Saya "

" Aku nikahkan dikau dengan Putry Shafina binti Fariz dengan mas kahwin RM300 tunai."

" Aku terima nikahnya Putry Shafina binti Fariz dengan mas kahwin RM300 tunai. " Lancar sahaja Arif berkata.

" Sah ? "

Sah....

Shaf yang berada dibelakang sudah mengalirkan air mata. Happy.

Arif mengorak langkah ke arah sang isteri lalu dengan lafaz bismillah dia menyarungkan cincin itu di jari mulus milik Shaf.

Farra sebagai juru kamera tak berbayar tidak henti menangkap gambar pasangan baru itu.

Selesai sahaja pembatalan air sembahyang para tetamu mula menjamu makanan.

" Congrats guys. " Farra mengucap tahniah kepada mereka. Shaf memeluk tubuh Farra erat.

" Thanks tau Farra jadi photographer kitaorang. " Bersalah pula Arif. Juru kamera yang diupah nya tidak dapat hadir atas sebab yang tertentu.

Nasib Farra berpengelaman suatu ketika dulu.

" Alah sokay la " Farra membalas kata kata dari sahabatnya. Untuk mereka semua boleh !

" Lepas ni focuskan wedding kau pula Farra. " Shaf berkata. Muka nya blushing apabila Arif memeluk pinggang rampingnya.

Farra yang melihat adegan itu berpura-pura membuat aksi geli.

" Eleh kau Farra. Tunggu la kau kahwin. Setiap masa kau blushing. " Arif berkata yakin. Shaf disebelah nya tersenyum manis.

" Yela Arif yela " Farra melangkah kearah makanan yang terhidang.
Selesai memilih makanan Farra duduk semeja dengan keluarganya.

" Pergi mana tadi Farra ? " daddy nya bertanya.

" Jumpa pengantin tadi. "

Dengan lafaz bismillah Farra menyuap makanan ke dalam mulut. Sedap !

Sedang Farra menikmati makanan nya, seseorang menarik kerusi di sebelah kirinya. Sebelah kanan mummy nya.

Farra mendongak melihat gerangan itu. Melihat wajah kacak Mikhael yang tersenyum manis kearah nya membuatkan Farra berkerut.

" Kenapa duduk sini ? "

" Saja. Bolehkan." Mikhael meminta izin. Melihat Farra mengangguk Mikhael segera duduk bersebelahan dengannya.

Tiba-tiba dua orang gadis melangkah kearah mereka.

" Abang Kael ! Kenapa duduk sini ? Jom la makan dekat sana. " Ajak seorang gadis . Perempuan di sebelahnya hanya berdiam.

" Hani pergilah . Kael nak makan dengan bakal isteri. "

Jawapan Mikhael membuat Farra tersedak makanan. Mummy disebelah Farra menepuk lembut belakang badannya.

" Bakal isteri ? Perempuan ni ? "

" Yes Hani. Perkenalkan Farra my future wife. Farra ni sepupu Mika, Hani. Yang sebelah tu adik dia, Hana. " Mikhael memperkenal kan Farra kepada sepupunya.

" Farra sembang dulu. Mummy dengan yang lain nak jumpa Puan Lia. Pinggan Farra mummy ambil ye. " Mummy nya dan yang lain beredar. Farhan yang melihat sepupu Mikhael itu sudah menyangkan riak dingin begitu juga Farish.

" Kenapa gelarkan Mika ? Abang Kael kata Mika untuk family abang je. " Hani tidak berpuas hati. Bila dia mahu panggil Mika , Mikhael marah !

" Cause she's my future wife. Tak lama lagi jadi isteri. " Tenang saja muka nya. Farra disebelahnya dikerling .

PELUANG KEDUAWhere stories live. Discover now