" Abang nak pergi mana ? " Farra menyoal suaminya .
" Nak pergi beli laksa sayang la. " Mikhael pandang isterinya.
" Nak ikut... ." Farra merayu. Mukanya dicomelkan sebaik mungkin. Mikhael tergelak kecil melihat telatah isteri kesayangan.
" Abang takut sayang tak selesa je nanti. Panas. " Mikhael menjawab. Tidak mahu isterinya berasa tidak selesa apabila mereka makan di warung nanti.
Isteri orang bandar selesakah dia nanti ?
" Alah abang ni baru panas dunia belum akhirat lagi. " Farra membalas.
" Allahuakbar yangg. Yela pergi bersiap. Jangan lawa sangat nanti orang pandang. " Mikhael sempat berpesan.
Farra hanya tergelak kecil mendengar arahan suaminya.
Sampai sahaja di warung yang tidak jauh dari rumah Tok Wan , Mikhael terlihat pasangan yang cukup dikenali.
Arif dan Shaf. Kat sini rupanya berdating.
" Mika jom. " Farra menyentakkan Mikhael.
" Bro " Arif menyapa Mikhael.
" Dating kat sini rupanya. " Ujar Farra.
" Well. Tak nak join ke ? " Shaf pelawa.
" Takpa lah. Kita orang duduk dekat hujung sana. Nak dating juga. " Mikhael menjawab dan beredar bersama Farra.
" Hubby. Jom pergi pantai kat sana " Shaf menunjukkan ke arah pantai.
" Okay honey. Makan dulu. "
Beruntung dia berkahwin dengan kawan baiknya, Shaf. Kalau dulu asyik berkasar tapi sekarang Shaf semakin manja dengan nya. Boleh tergoda dia. Haih isteri.
" Wah , pantai dekat sini je !! " Farra kelihatan begitu teruja.
Mikhael di sebelah nya mencuit hidung isterinya. Kalau sehari tak comel tak boleh ke ?
" Kan. Dulu kalau Mika stress, Mika selalu tau duduk dekat kayu besar dekat sana. Tapi sekarang dah tak. " Mikhael mula membahasakan 'Mika' terasa special gitu.
" Kenapa ? Dah tak stress ke ? " Farra bertanya.
" Bukan macam tu. Stress tu tetap ada tapi sekarang kalau stress abang pandang Farra je. Terus hilang stress. Hati pun sejuk. " Mikhael senyum manis hingga menampakkan lesung pipit nya. Auch !
" Abanggg , apa ni" Farra menutup muka nya menggunakan tangan nya. Ya Allah malu !
" Eh my cherry malu lah. Cute. " Mikhael mengusik isterinya itu.
" Nak makan apa ya ? Eh Adam lama tak jumpa. Siapa ni ? Awek eh ? " Seorang lelaki yang agak berumur menegur.
" Eh Pak Duan . Ni isteri saya. Baru seminggu kahwin. Erm bagi laksa satu , nasi goreng kampung satu. " Mika memesan makanan.
" Lah dah kahwin, tahniah ye. " Ucap Pak Duan.
" Terima kasih. "
" Air ? " Pak Duan bertanya.
" Yang nak coconut shake ke cendol or ABC ? " Mikhael bertanya pada isteri nya.
" Air kelapa ada ? " Farra soal kembali.
" Ada " Pak Duan menjawab
" Saya nak air kelapa. "
" Okay. Adam ? " Pak Duan memandang ke arah Mikhael.
" Saya nak teh ais. "
" Okay siap "
" Hubby best nya dekat siniii. " Dengan teruja Shaf berkata.
YOU ARE READING
PELUANG KEDUA
Romance[ JALAN CERITA MASIH BELUM DIEDIT. MAAF JIKA MENGARUT ] Tengku Ariq Mikhael & Farra Aryna Kelakuan dingin seorang gadis bernama Farra Aryna membuatkan Tengku Ariq Mikhael jatuh hati terhadapnya. Walaupun si bunga tidak pernah senyum kepada si kumban...