3

1.6K 50 4
                                    

" Betul ke Mika nak memperisterikan Farra ? Bukan sebab nak gembirakan mama ? " tanya Puan Lia. Sudah masuk kali ke-10 dia bertanya inginkan kepastian.

" Betul ma, Mika memang dah jatuh suka dekat Farra."

" Suka je ? Bukan cinta ? " sampuk Arif.

" Ada la perasaan tu sikit tapi lepas nikah nanti along akan mencintai dia. Bercinta selepas nikahkan lebih elok," terang Mikhael.

" Wah dah pandai erk berkata manis. " Usik papanya.

" Well, "

" Nanti mama bincang dengan family Farra," tekad mamanya.

Alhamdulillah !

" Kahwin mummy ? " Farra berkata kuat. Baru 23 tahun kut.

" Yup, please girl. Dua bulan lepas abang kahwin, sekarang girl pula la yang kahwin. " Pujuk mummy nya. Bukan senang pujuk anak perempuan nya ini. Keras kepala.

" Mummy, Farra 23 tahun baru. Awal lagi. " Farra memeluk si ibu.

" I know princess... but tak salah kan kahwin awal ? "

" Huh bagi Farra masa " kata Farra lalu segera naik kebilik.

----

Sedang asyik Farra mengelamun memikirkan tentang perancangan keluarga nya untuk menyatukan Mikhael dan Farra, dia terpandang akan parut lama di tangannya yang kian memudar.

Parut yang dia sendiri buat.

Flash back

" Argh ! Semua tak guna hiks hiks. " Raung Farra yang sedang menangis teresak-esak di atas katil.

" Lelaki semua sama h-hiks "

" Aku benci kau lah sial ! " jerit Farra.

Dia membuka laci dan mengambil gunting yang berada di dalamnya. Bagaikan tidak sedar Farra menoreh tangannya yang selama ini di jaga dengan baik.

Semuanya kerana lelaki itu

Muhammad Aatif.

Lelaki yang telah menjalinkan hubungan dengannya selama tiga tahun, dari tingkatan empat sehingga 18 tahun.

Siapa sangka lelaki itu sebenarnya mahu tubuhnya sahaja. Sampah !

Syukur waktu itu ada abang nya. Jika tidak dia sendiri tidak tahu apa yang bakal terjadi.

Tanpa sedar air mata mula membasahi bantalnya.

Enough Farra ! Past is past. Jangan samakan lelaki lain dengan bastard tu.

PELUANG KEDUAWhere stories live. Discover now