31

1.6K 53 5
                                    

Hani berjalan dengan laju ke arah Farra. Tiba sahaja di hadapan Farra , Hani terus memeluk tubuh itu. Suaranya mula mengeluarkan esakan. Air mata juga berjujuran jatuh.

" Aku minta maaf Farra. Aku minta maaf sangat. Aku banyak buat salah dekat kau. A-aku gugurkan kandungan kau.

Hani melutut.

Kau marah lah aku sepuas hati kau. Aku terima. Kau cakap sahaja apa yang kau nak asalkan kau maafkan aku. Aku betul betul menyesal atas perbuatan bodoh aku yang dulu Farra. " perlahan Hani bangun. Lengan Farra dipegangnya.

" Aku tak tau nak beri respon apa dekat kau. Nak marah kau , benda tu dah lepas. Apalagi aku boleh buat selain memaafkan. Tak apalah anggap lah ini satu pengajaran yang besar pada hidup kau. Aku harap kau tak ulang lagi kesilapan yang sama. Oh itu Haura kan ? Comel. Tahniah. Boleh aku dukung anak kau ? " Farra meminta izin.

Setelah mendapat anggukan dari Hani , dengan lembut Farra mengangkat Haura yang berada di dakapan Aatif.

" Hai Haura sayang..." makin melebar senyuman Farra apabila melihat Haura bergelak ketawa perlahan.

" Comel lah awak ni eee " sedang leka Farra bermain dengan Haura , Mikhael hanya memerhati dan mampu tersenyum sahaja.

Dia tahu , jauh dari sudut hati Farra berasa sedih. Namun isterinya menutup kesedihan yang dilanda itu.

haih lah isteri....

< skip >

" Comel kan Haura , abang ? " tanya Farra yang sedang ralit dengan telefonnya. Melihat foto dia bersama Haura yang ditangkap siang tadi.

" Sayang pun comel. "

" Ish abang ni , saya cakap pasal Haura la.. " senyuman Farra makin memudar. Mikhael yang perasan akan riaksi isterinya lantas memeluk erat tubuh Farra.

" Hey , kenapa ni hm ? " Mikhael mengucup ubun ubun isterinya.

" Kan best kalau ada anak.. "

" Sshh.. insyaallah kalau ada rezeki , suatu hari nanti kita dapat timang cahaya mata. Abang kan ada ? Sayang minta je apa apa abang akan bagi. "

Kedua belah pipi Mikhael di kucup Farra. Terharu dengan suaminya.

" Betul ke abang ? Kalau saya minta Mercedes pun abang bagi ? " gurau Farra.

" Hahaha untuk isteri abang semua boleh. "

Farra tersenyum malu.

" Sayang abang banyak banyak ! "

" Abang pun sayang baby girl abang ni banyak banyak.  "

Dan malam itu mereka meluangkan masa bersama dengan gelak ketawa.

Mikhael bersyukur kerana isterinya sudah dapat menerima dirinya sekarang.

Semoga hubungan mereka kekal hingga Jannah.

——————————————————
" Minggu depan kita balik rumah mummy nak tak hubby ? "  Aliyah bertanya pada suaminya , Farhan.

Ingat lagi tak Aliyah dengan Farhan ? Kalau dah lupa boleh tengok balik bab 4.

" Okay juga macam tu. Kita boleh ajak Farish dengan Farra sekali. Buat bbq." Farhan memberi cadangan.

Aliyah mengangguk setuju. Sudah lama tidak berjumpa dengan adik iparnya.

" Esok petang kita pergi beli bahan bbq. Sayang bagitahu Farra dan Aini ye ? "

" Baik hubby. " Aliyah mengenyitkan sebelah matanya serta membuat isyarat ok.

——————————————————
Sabtu ; 1:30 tengah hari ; kediaman keluarga Farra.

Lengkap satu keluarga besar berkumpul di rumah banglo milik Encik Fahrin.

Yang perempuan sedang bergelak ketawa di dapur manakala lelaki pula sedang bersantai di ruang tamu.

" Abang ! Anak menantu mummy ! Mari makan. " laung Puan Ira.

" Aip sayang , apa jerit jerit ni. " tegur  Encik Fahrin. Tegur suami isteri.

" Saya malas nak berjalan ke ruang tamu so melaung je lah pilihan yang ada. " jawab Puan Ira tidak mahu kalah.

" Ye lah sayang ye lah "

Farra yang melihat adegan itu menggelengkan kepala nya perlahan sambil menahan tawa.

" Eh duduk lah . Sampai bila nak berdiri. " Aliyah berkata.

Kini mereka satu keluarga menjamu makan tengahari di situ. Pelbagai cerita mereka bualkan hingga tidak sedar sudah hampir satu jam setengah mereka di meja makan.

" Rancak sangat kita borak ye haha.. " kata Encik Fahrin.

" Iya lah daddy , lama kita tak berkumpul macam ni. Alhamdulillah hari ini dapat kita berkumpul satu keluarga besar. " Farhan menjawab mewakili adik beradik nya.

Encik Fahrin dan Puan Ira mengangguk dan senyum gembira.

fuh , alhamdulillah dapat juga update. btw ,

HAPPY 6K HAHAHA. THANKYOUU ❤️❤️

nah kita bagi pizza 🍕.

20 vote unlock new chap .

-27.11.21-

PELUANG KEDUAWhere stories live. Discover now