25

1.5K 45 14
                                    

" Aku nak jumpa Farra sekali dengan Mikhael dan Hani. Kau ikut aku. " dia perlu selesaikan perkara ini sekarang juga. Tidak sanggup melihat abang nya diperbodohkan.

Sudah lah bodoh , bebal pula tu.

" Kalau aku kena belasah dengan Farra macam mana ? " Aatif sudah cuak.

" Salah kau. Pandai buat pandai tanggung." Arif berkata sinis.

" Disebabkan sekarang dah petang , kita pergi esok. Pukul 8 pagi kau kena ada dekat depan rumah aku. Kalau kau tak muncul waktu tu , aku sunatkan kau. " ugut Arif.

" O-okay okay pukul 8 tepat aku ada depan rumah kau. Kalau kau tak buka pintu waktu tu aku yang sunatkan kau." Aatif pula mengugut Arif.

" Banyak lah kau nak sunat kan aku. Dah pergi balik sana. " halau Arif.

Tanpa banyak tanya , Aatif mengambil kunci kereta nya dan melangkah ke arah kereta kesayangan.

" Bye assalamualaikum anak syurga." laung Aatif sebelum kereta nya keluar dari perkarangan rumah itu.

" Waalaikumsalam." Arif menggeleng kepala. Haish , macam - macam lah.














" Assalamualaikum , Arif ! Aku dah datang ni." Aatif menekan butang loceng rumah Arif sekaligus mengetuk pintu rumah itu.

" Shaf buka pintu ni. Aku datang awal ni. " Aatif memanggil pula nama Shaf.

" Sekejap ." laung seseorang dari dalam rumah. Kedengaran seperti suara Shaf.

Pintu dibuka.

" Ada apa datang sini ? " dingin sahaja suara Shaf . Renungan tajam dari Shaf membuatkan Aatif menggigil lutut.

" Arif suruh aku datang." Jawapan selamat dari Aatif.

" Masuk lah. Arif tengah bersiap dekat atas. Aku buat air sekejap."

" Buat milo tau baru semangat sikit hari ni. " sempat Aatif memesan.

" Awal kau datang. Baru pukul 7:58 ." Arif menghulurkan tangan tanda ingin bersalam.

" Aku tak nak kena sunat dengan kau itu fasal datang awal."

" Kita nak jumpa diorang dekat mana ? " tanya Aatif.

" Rumah mama aku. Aku dah bagitahu Farra nanti dia datang sana juga."

Aatif menganggukkan kepala. Dalam hati tidak henti henti doa supaya Farra tidak membelasah dirinya.

Alhamdulillah Aatif dah berubah.

Dia juga sudah berniat untuk bertanggungjawab terhadap Hani.

" Minum lah dulu. Saya bersiap dulu tau abang. " pamit Shaf sebelum naik ke biliknya.

<skip>

" Farra belum sampai lagi ke ma ? " tanya Arif. Sempat matanya mengerling kearah Hani yang duduk disebelah Mikhael.

" Ada apa kau ajak berkumpul ni Arif ? " tanya Mikhael.

" Aku nak selesaikan semua masalah ni sekarang. "

" Masalah apa pula ni ? " berkerut muka Puan Lia.

" Kita tunggu Farra sampai dulu mama. " jawab Shaf.

Hani disitu kelihatan pucat. Dah kenapa Aatif boleh ada dekat sini ?

Ini bangang jenis apa Aatif ni ? Dia tak takut ke kalau terbongkar rahsia mereka yang disimpan rapi selama ini ?

" Assalamualaikum. " pandangan mereka semua beralih pada gerangan yang memberi salam.

" Waalaikumsalam." jawab mereka serentak.

" Ha Farra masuk masuk."

Farra kini duduk di bersebelahan Shaf berhadapan dengan mertuanya.

" Ada apa ni ramai ramai berkumpul dekat sini ? " tanya Farra.

" Okay dengan lafaz bismillah aku nak bagitahu sesuatu yang penting. Perkara ini mungkin boleh selamatkan rumah tangga kau dengan Mikhael." terang Arif.

Hani sudah seperti cacing kepanasan di tempat duduknya.

" Aatif dah bagitahu aku perkara yang sebenar. Kau terangkan balik Aatif apa yang kau bagitahu semalam."

Aatif menghembus nafasnya sebelum terangkan apa yang berlaku.

Wajah Mikhael kini sudah kemerahan menahan amuknya. Tidak percaya apa yang dikatakan Aatif.

" Bukti DNA aku akan buat selepas sahaja Hani lahirkan bayi itu," ujar Aatif.

" D-dia penipu ! Hani tak kenal pun lelaki ni." nafi Hani.

" Drama apa pula ni ? " Farra sudah membuat muka menyampah.

" Abang , aku ada bukti nya." Arif menyerahkan bahan bukti kepada Mikhael.

Mikhael sudah terdiam disitu.

" Nurul Hani binti Abdul Kasim ! "

Biarlah Aatif berubah. Tak sanggup nak matikan watak dia 😭🌹.

PELUANG KEDUAWhere stories live. Discover now