5

1.4K 43 0
                                    

Hari ini mummy buat makan-makan. Mummy jemput Keluarga Mikhael, keluarga Shaf , Farhan dan isterinya.
Aku hanya duduk bersebelahan dengan Farish. Single dengan single.

Kami kini berada di ruang tamu sambil menunggu daddy menyiapkan barangan untuk barbeku.

" Ha Farish bila nak bagi mummy dengan daddy menantu pula ? " Tanya si ibu.

" Alah my awal lagi la. Farish baru 24 belum 26 lagi. " Rungut Farish dengan manja.

" Awal lah bagus. Kalau tunggu umur Farish 26 sempat lagi ke ? Laku lagi ? " Tukas mummy nya lagi.

Farish yang tidak tahu ingin menjawab apa itu terus mencubit perlahan tangan Farra. Meminta pertolongan.

" Mummy biar je Farish ni. Biar tak sempat kahwin, jangan tak sempat taubat. " Tenang sahaja mulut Farra berbicara.

Farish yang mendengar jawapan dari adiknya melekapkan tangan didada. Acah sentap.

" Ada-ada je kamu ni Farra. " Tergelak mereka mendengar kata kata savage dari Farra. Dulu sampai sekarang tak pernah berubah !

Farra meminta izin untuk menjawab panggilan di luar. Kini Mikhael menjadi sasaran orang yang berada di ruang tamu.

" Mika dah set tarikh pernikahan ? " Tanya mama nya.

" Erm belum lagi ma. Mama dengan aunty la tetapkan, Mika ikut je. " Jawab Mikhael dengan penuh sopan.

Depan bakal mak mertua kena la baik !

" Apa panggil aunty lagi ni. Panggil mummy je. " Cakap mummy.

" Err okay mummy. "

Farhan dan Farish melihat Mikhael menjadi malu itu tergelak.

" Mummy Farra nak keluar sekejap, before pukul 10 Farra balik. " Selesai sahaja menjawab panggilan Farra meminta izin keluarga nya untuk keluar.

" Pergi mana girl ? Dah pukul 8 ni. " Tanya Farhan.

" Ada lah nak jumpa kawan jap ada hal. Farra pergi dulu bye. " Usai berkata Farra melangkah keluar rumah.

" Haih budak ni. "

----

" Sorry late . " Farra memohon maaf kepada seorang lelaki .

" Nah it's okay. Order ? " Lelaki itu menjawab.

" Ah takpe. "

" Ini maklumat yang you minta tentang Aatif . Dia sekarang ada dekat Johor. Apa yang I tahu dia kena berkahwin dengan perempuan pilihan keluarga dia. Dalam ni ada maklumat lebih detail. " Serius sahaja lelaki itu berkata. Sampul yang berada ditangannya ditolak kearah Farra.

" Okay thanks. Payment you, i dah bankin tadi. "

" Most welcome. Nanti I dapat maklumat lagi I inform dekat you. "

" Okay thanks again. Got to go. " Farra meminta diri untuk pulang.

Dia bukan mahu membalas dendam kepada Aatif tapi hanya mahu tahu keberadaan dan perkembangan nya sahaja. Supaya Aatif tidak lagi mengganggu hidup nya.

----

" Auch "

" Sorry miss "

Mereka saling berpandangan.

" Kau ! "

" Awak "

" Sorry aku tak sengaja tadi." Farish meminta maaf kepada gadis itu.
Mereka bertemu lagi.

Gadis yang melanggar Farra secara tidak sengaja. Akhirnya doa Farish termakbul.

" Kau nak pergi mana ?" Tanya Farish apabila melihat wanita itu membawa fail resume.

PELUANG KEDUAWhere stories live. Discover now