17

1K 38 7
                                    

" Mama , mana kek yang mama buat ? Farra tak makan lagi." Tanya Farra. Mama yang berada di meja dapur dipandang.

" Farra tak makan lagi ? Maaf lah tadi si Hani nak sangat makan mengidam katanya. Tak tahu pula yang dia habis kan kek yang banyak tu." Ujar mama.

Dia sudah sedia maklum bahawa Mikhael dan Hani bermalam di sini memandangkan esok cuti.

Farra tersenyum kelat. Matanya sudah berkaca. Emosi ibu mengandung memang tidak stabil.

" Tak apa lah mama. Farra nak pergi beli." Kata Farra.

" Eh dah pukul 9 dah ni. Mama teman ye ? " Mama mempelawa untuk menemani Farra.

" Tak payah ma. Kesian mama penat. Farra pergi sekejap je." Farra menghalang. Wanita separuh abad itu semestinya sudah penat memasak .

" Hati hati ." Pesan mama.

Farra masuk ke dalam kereta nya. Sempat dia menghantar pesanan ringkas pada Mikhael meminta izin.

24 hours mini mart dituju. Selesai membeli barang Farra masuk ke dalam kereta semula. Mata nya terbuntang melihat dua manusia di kedai hadapan keretanya. Sungguh dia terkejut.

Aatif dan Hani !

Ya , mereka sedang duduk satu meja. Gayanya seperti tengah berbincang. Farra mengambil beberapa keping gambar serta video. Dia perlu siasat hubungan Hani dan Aatif.

Farra mula beristighfar. Tergamak Hani curang dengan Mikhael. Astagfirullahalazim Farra..tak baik kau bersangka buruk.

Persoalannya di mana Mikhael ?

Farra mengundurkan keretanya pulang ke rumah.

" Tengah malam kau kejut aku semata mata nak minta tolong siasat ?! Esok tak boleh ke do." Arif mengeluh kasar.

" Ni penting. Aku ada hantar gambar dekat kau. Aku nak kau siasat apa hubungan dorang. Kawan kau pro kan bab ni ?" ujar Farra.

" Wait.. what !" mata Arif terus segar apabila melihat gambar itu. Shaf di sebelah nya juga terkejut.

" Ni Aatif kan ? " tanya Shaf. Cukup benci dengan lelaki syaitan itu.

" Hani ? Hani curang ke ?" Arif membuat andaian.

" Itu yang aku suruh kau siasat." Kata Farra.

" Kita rahsiakan dulu dari abang aku. Kita kumpul bukti banyak banyak dulu."

" Kau ajak lepak mamak ni sebab ni ?" Shaf ingin kepastian.

Farra mengiyakan.

" Siot lah perempuan ni. Dah mengandung nak juga curang." Arif mengetap bibir.

" Esok datang bilik aku." Ujar Arif.

" Aku ? Berdua ke ?" Farra hampir menjerit. Gila ke Arif ni ? Tak padan dah jadi laki orang

" Eh minah ni ada Shaf sekali lah." Arif menjeling.

Mereka diam memikirkan hal ini.

Hani curang ?
Itu tidak pasti.
Mikhael bodoh ?
Itu sudah semestinya.

" Abang ! Layan la Farra juga. Abang tu ada dua isteri bukan Hani je isteri abang. Kalau abang tak boleh adil abang lepaskan je Farra." Amuk Farra. Bukan mahu berkurang ajar tetapi kali ini dia sudah tidak tahan.

" Farra Aryna ! Watch your mouth ! Tolong lah faham Hani tu mengandung perlukan perhatian. Farra tak mengandung lagi kan ?" Mikhael meninggikan suara. Cukup serabut dia tika ini .

Farra memintanya untuk meluangkan masa bersama manakala Hani pula tidak boleh berenggang dengannya sejak mengandung ini.

" I. Hate. You." Tutur Farra. Dia membuka pintu bilik. Hani berada di depan pintu bilik ditatap tajam oleh Farra. Keluahan kasar dilepaskan. Dia sudah penat mengalah.

" Kau tak reti blah ke ? Sibuk nak dengar hal rumahtangga orang kenapa ? Ke tepi sebelum aku tolak kau." ujar Farra. Dia juga tidak pasti mengapa dirinya mengamuk seperti ini.

" Farra !" Mikhael menghampiri Farra .

pang

Tangan Mikhael melekap pada pipi Farra.

" Kenapa makin kurang ajar sekarang ?" Mikhael menengking.

Mama , papa , Arif serta Shaf terkejut apabila Mikhael menampar Farra. Kebetulan mereka terdengar suara Farra seakan menjerit , terus mereka berlari ke bilik Mikhael.

" Mika , papa tak ajar kamu berkasar dengan perempuan. Kamu sedar tak Farra ni isteri kamu. Isteri pertama kamu," Papa berkata keras. Sudah lah Farra mengandung.

Oh ya , Farra tidak beritahu Mikhael tentang kandungan dia. Dia takut jika kandungan dia terancam lebih lebih lagi bila Hani berada dekat dengannya.

" Pa , Farra dah melebih ." ujar Mikhael.

Farra mengambil beg tangan nya dan berlalu keluar. Sempat dia berkata

" Kalau tak nak ada dua isteri ,divorce me."

Mikhael meraup wajahnya.

" A-abang sabar ye ? " Hani memeluk Mikhael erat. Dalam diam , dia mengukirkan senyuman kecil.

Arif menggulingkan mata tanda menyampah. Banyak drama pula perempuan ni..

PELUANG KEDUAWhere stories live. Discover now