26

1.5K 45 7
                                    

" Nurul Hani binti Abdul Kasim ! "

" Aku ceraikan engkau dengan talak satu ." lafaz talak keluar dari mulut Mikhael.

Hani sudah menangis teresak-esak di situ.

" A-abang... Hani boleh terangkan semua ni. " Hani meraih lengan Mikhael lalu dipeluknya erat.

" Lepas Hani ! Jangan sampai aku guna kekerasan." Mikhael menepis tangan Hani kasar.

" Ya Allah , Mikhael bawa bersabar Hani tu tengah sarat. " si bapa memberi peringatan.

" Kenapa kau tak bagitahu aku awal awal tentang ni Arif ? " Mikhael meluru kearah Arif lalu dicengkam kolar kemeja Arif.

" Bukan aku tak nak bagitahu tapi aku tak pasti lagi tentang ni. Lepas Aatif beritahu aku semalam baru aku tau maklumat itu sahih bukan palsu. " Mikhael mula melepaskan pegangannya pada kolar Arif.

" Hani. Aku akan bertanggungjawab keatas kau. Lepas kau bersalin nanti kita nikah." Aatif membuka mulut. Pandangannya tertumpu pada Hani.

Hani membalas pandangan Aatif.

" Aku tak cintakan kau , Aatif. " bergetar suara Hani dek kerana menangis tadi.

" Cinta boleh dipupuk lepas kahwin nanti. Aku pun tak cintakan kau sekarang tapi lama lama cinta tu boleh muncul tak kira masa Hani. " Aatif mengambil nafas sebelum menyambung percakapannya.

" Aku menyesal Hani. Menyesal sangat. Farra , i minta maaf banyak banyak dekat you. I banyak timbulkan masalah dalam hidup you. Mikhael , aku minta maaf sebab ganggu rumah tangga kau selama ini. Ya , aku mengaku yang sebelum ni aku tak boleh terima Farra jadi hak orang lain dan bukan hak aku tapi sekarang aku dah reda. Dan sekarang aku berniat nak bertanggungjawab dekat Hani. " suasana ruang tamu itu sepi. Hanya bunyi kipas sahaja kedengaran.

" A- " belum sempat Farra ingin membuka mulut, suara Hani mula bergema.

" Argh s-sakit. " Hani memegang perutnya.

" Eh Hani nak terberanak dah tu ! " gelabah Arif. Dia terlompat dari sofa sebelum berlari kehulu ke hilir. Shaf sudah mengeluh. Sabar je lah !

Aatif melangkah ke arah Hani yang sudah mengalirkan air mata. Dengan penuh berhati hati Aatif mengangkat tubuh Hani seperti bridal style.

" Tahan sikit Hani. " bisik Aatif pada telinga Hani.

Hampir satu jam Hani di dalam labour room. Aatif tidak henti henti berdoa agar segalanya dipermudahkan.

Pintu bilik itu dibuka dari dalam. Kelihatan seorang doktor perempuan melangkah kearah nya.

" Macam mana doc ? " Aatif berdiri dari kerusi.

" Alhamdulillah. Congrats Encik Aatif atas kelahiran baby girl. Keadaan ibu dan anak keduanya dalam keadaan baik. Saya pergi dulu. " pamit si doktor. Aatif tidak henti mengucapkan kata syukur .

" Assalamualaikum , anak ayah. " dengan penuh berhati-hati Aatif mengangkat bayi itu .

" Allahuakbar Allahuakbar. " Aatif melaungkan iqamat di tepi telinga bayi.

Hani membuka matanya perlahan apabila terdengar suara yang sedang iqamat. Apabila ditoleh ke kanan Hani tersenyum melihat anaknya sedang diiqamatkan oleh Aatif.

Hani tersenyum pahit.

Mungkin jodohnya bersama Mikhael tidak panjang. Keluhan kecil keluar dari bibir Hani.

Baru sedar akan kesilapannya. Kesilapan besar dalam hidup dia.

" Eh Hani. Ambil pegang baby ni. " Aatif menghulurkan bayi itu pada Hani.

" A-anak ibu. Selamat datang ke dunia.. " sayu Hani berkata.

" Lepas kau habis berpantang kita nikah ya Hani ? Aku nak tebus segala kesalahan aku . "

Hani mengangguk perlahan. Biarlah Aatif meneruskan niatnya.

" So apa nama baby ? " Aatif mengelus pipi bayi itu.

Comel.

" Haura Aqilah ." Hani tersenyum apabila menyebut nama itu.

" Haura Aqilah.. nice name. Pandai kau pilih. " puji Aatif.

" Hujung minggu ini aku jumpa keluarga kau. Biar aku ceritakan semuanya. Hal tu biar aku selesaikan. Kau jaga anak kita baik baik. " Aatif berpesan.

" Baik. " Hani menjawab perlahan.

PELUANG KEDUAWhere stories live. Discover now