19

1.1K 40 3
                                    

Hani

Hei perempuan ! Kenapa suami aku
tak balik dari oustesen lagi ?
mesti kau nyorok kan dia ni.

kenapa tanya aku ?
btw bukan oustesen
tapi outstation.

eh lantak la aku eja
macamana pun. Aku nak
laki aku balik.

You block this contact
tap to unblock

Farra melepaskan keluhan dengan panjang. Lepas satu, satu hal yang datang. Mikhael pun satu , sepatutnya semalam lagi flight dia ke Malaysia kenapa ditangguhkan ?

ting tong

Farra mula melangkah ke arah pintu lalu dibuka nya. Tersenggul wajah sang suami yang sedang tersenyum.

Farra berdecit perlahan.

" What ? " soal Farra.

" Jom keluar ! Dah lama tak spend time sama sama kan ? " Ceria sahaja kelakuan Mikhael hari ini.

" Malas lah." Farra mula menyampah dengan suami sendiri. Entah lah , semenjak Mikhael naik suara dan naik tangan terhadap nya Farra berasa tidak selesa walaupun dengan suami sendiri.

" Sayang... please jangan macam ni." Mikhael cuba memujuk.

" Saya penat lah. Bukan ke awak sepatutnya balik Malaysia ke ?" Farra mula menukar topik.

" Tak akan lah abang nak tinggal kan isteri abang seorang diri macam ni." Mikhael tersenyum manis.

" Hani tu lagi perlukan awak." Sengaja dia menyebut nama Hani.

Mikhael mengeluh sebentar. Rasanya sudah masuk lima kali Farra menyebut nama Hani.

" Habistu siapa nak jaga awak dekat sini ? "

" Saya boleh jaga diri sendiri. Lagipun lagi dua hari saya nak balik juga." Ujar Farra.

" Sayang. Jangan guna saya awak please. "

" Tengok lah. Saya tengah practise guna awak saya tak ada lah lepas cerai nanti tersasul. Buat malu je." Farra ketawa hambar.

" Abang dah kata kan yang abang tak akan lepaskan Farra walau apa pun yang terjadi." Tegas Mikhael. Tidak suka hal ini dibangkitkan.

Farra hanya berdiam diri.

" Petang ni abang balik ke Malaysia. So , before abang balik abang nak spend time dengan sayang dulu." Melebar senyuman Mikhael.

Nak tak nak Farra terpaksa setuju. Sudah lama dia tidak meluang masa dengan Mikhael.

Tepat jam 5:30 petang pasangan itu tiba di kedai makan yang tidak jauh dari hotel itu.

" Macam tau tau je aku mengidam lobster." Desis hati Farra.

" Jom sayang masuk. " Mikhael memegang erat tangan Farra. Jemari disatukan.

" Have a sit , darling." Mikhael menarik kerusi untuk Farra.

" Thanks." Ucap Farra sepatah.

Farra masih kehairanan dengan tingkah laku suaminya terhadapnya. Dulu hari itu main dingin Mikhael dengannya. Penangan baby dalam perut kah ini ?

Thank you anak mama !

PELUANG KEDUAWhere stories live. Discover now