20

1.3K 46 2
                                    

Akhirnya aku tiba semula di Malaysia. Mahu membuat persiapan untuk persandingan.

Siapa kahwin ?

Sudah tentu Farish dan juga Aini. Mereka sudah diijabkabulkan pagi tadi. Esok adalah hari persandingan mereka.

Mikhael ? Farra juga tidak tahu kabar tentang suaminya. Bukan tidak mahu bertanya khabar tetapi tiap kali dia call or mesej Mikhael sahaja mesti Hani akan menutup panggilan.

Sampai sahaja di rumah keluarga ku , rumah itu riuh rendah dengan suara saudara mara yang datang dari jauh. Bukan saudara mara aku tetapi Aini. Maklumlah daddy dengan mummy anak tunggal. Hiks.

Sedang ralit aku perhatikan mereka , tubuh ku dipeluk tiba tiba.

" Farra ! Sampai pun." Aliyah melepaskan pelukan itu.

Farra hanya tersenyum nipis.

" Mana abang abang ? " Tanya Farra . Puas mencari kelibat kedua abang nya.

" Keluar sekejap tadi , nanti balik lah tu."

Farra hanya mengangguk faham.
Patut lah tak nampak keluar rupanya.

" Baby mana kak ? " Tanya nya lagi.

" Ada tidur dekat atas tu. " Aliyah tersenyum manis. Dia duduk di salah satu kerusi di dapur.

" Farra nak makan apa apa ? " Soal mummy.

" Dah kenyang."

" Farra jangan banyak gerak. Tengok je kami buat apa." Pesan ibu kepada Aini.

" Baik , ibu. "

Farra hanya memerhati mereka membuat persiapan perkahwinan itu. Aliyah sudah masuk ke dalam bilik nya.

Farra yang dilanda kebosanan itu meminta diri untuk masuk ke dalam bilik nya. Mengantuk pula. Lebih baik dia rehat kan dahulu diri.

Badan direbah kan diatas katil. Perut yang memboyot itu diusap lembut.

" Nanti bila anak mama dah keluar , mama peluk cium anak mama ni tau." Farra berkata perlahan.

Minggu depan dia mahu ke klinik untuk membuat check-up . Tidak sabar nak tahu jantina anaknya.

" Kalau anak mama dah keluar nanti , mama nak bawa awak jauh dari sini. Jauh dari papa awak."

Lama kelamaan Farra tidur dengan nyenyak sekali dengan tangan masih mengusap perutnya.

----

" ABANG ! HANI LAMA TUNGGU ABANG BALIK TAHU TAK ? " Baru sahaja Mikhael melangkah keluar dari bilik mandi itu badannya dipeluk erat oleh Hani.

" Abang kan dah cakap abang pergi sekejap je sweetheart ." Mikhael mengusap pipi Hani dengan lembut.
Tangan nya turun ke bibir Hani . Bibir nya bercantum dengan bibir milik Hani beberapa saat sebelum melepaskan nya kembali.

" Mesti Farra halang abang balik kan ? Mesti dia tak nak abang dengan Hani kan ? " Kata Hani.

" Sweetheart , tak baik la cakap macam tu . Awak tu tengah pregnant. Lagi satu , tak ada nya Farra halang abang. Abang malas drive semalam itu yang check-in hotel sekejap." Terang Mikhael tidak mahu Hani bersangka buruk terhadap Farra.

Hani hanya mengangguk.

" Abang , abang dah tukar ke nama yang dapat harta abang ? Abang ingat eh Hani ni isteri abang juga bukan kak Farra sorang." Hani menguis dada bidang Mikhael.

" Nanti abang tukar lah Hani. "

" Sayang abang ! " Hani mencium pipi milik Mikhael .

" Pergi lah bersiap kita makan dekat luar."

" Okay "



















Farra yang kebosanan itu membuat keputusan untuk pergi ke cafe yang selalu dikunjungi nya. Sudah lama tidak makan kek.

Tiba sahaja di cafe itu Farra memilih meja yang agak jauh dari pelanggan.

" Hey Farra." Sapa seseorang.

" Kau buat apa dekat sini ? "

" Dah nama pun cafe mesti lah nak makan , sayang." tanpa dipelawa Aatif duduk dihadapan Farra .

" Banyak banyak tempat kat sini juga kau duduk." Farra mengguling kan anak mata nya keatas tanda menyampah.

Aatif hanya menghiraukan sahaja.

Disebabkan Farra terlalu malas untuk menukar tempat nya , dia hanya duduk di situ.

" Tak pernah nampak orang makan ke apa ? " naik rimas dia apabila Aatif asyik memerhati kan nya.

" Sorry sorry." Aatif tersenyum kecil.

" Makan lah makanan kau tu. Jangan asyik pandang aku ." Farra mula merasa tidak selesa.

" Okay."

' ehem ehem ' Bunyi deheman seseorang membuat kan Farra dan Aatif menoleh kearah gerangan itu.

" Boleh kami join korang makan ? " tanya Mikhael. Hani disebelah nya mrngukirkan senyuman sinis.

' haih , lepas satu satu bala yang datang.'

" Duduk lah." pelawa Farra.

Hani mengambil tempat disebelah Farra manakala Mikhael disebelah Aatif.

" Tak cakap pun keluar makan dengan Aatif." Ujar Mikhael.

" Terserempak."

Mikhael mula memesan makanan nya bersama Hani. Farra menghabiskan makanan nya dengan segera.

" I'm done. Korang makan lah . Got to go. Assalamualaikum." Pamit Farra.

" Eh sayang. Duduk lah dulu kita bual sama sama." Ajak Mikhael.

Farra mengukirkan senyuman nipis sebelum menjawab.

" Tak apa lah. Lepas ni nak pergi shopping. " Farra melangkah kearah kaunter untuk membayar makanan mereka. Biar lah dia bayarkan kali ini.

Masuk sahaja didalam kereta Farra terus menghidupkan enjin.

Shopping time !

PELUANG KEDUAWhere stories live. Discover now