16

1K 38 2
                                    

Aura di dalam bilik mesyuarat amat tegang. Ketiga - tiga syarikat bergabung untuk membangunkan pusat membeli belah di dalam Malaysia dan Indonesia.

" Jadi Encik Aatif bagaimana ? Setuju dengan plan ini ?" Soal Farhan.

" Bagus. Saya setuju," Aatif menghulurkan tangan pada Farhan dan beralih pada Mikhael sebagai tanda setuju. Aatif , merangkap anak kepada Dato' Aiman , mengjadiri mesyuarat ini sebagai wakil dari syarikat bapanya.

Farra hanya berdiam diri. Dia sangat lemah tika ini.

" Memandangkan sekarang dah masuk waktu lunch apa kata kita makan bersama ? My treat," Pelawa Aatif. Mata hanya tertumpu pada Farra tanpa diketahui semua.

" No , thanks," Mikhael menjawab. Farhan juga menolak pelawaan itu.

" How bout you Aryna ? " Aatif mencuba. Mana tahu wanita itu mahu makan dengannya.

Farra hanya menggeleng.

" Tak apa lah macam tu. Saya pergi dulu," Pamit Aatif.

" Farra tunggu dalam kereta lah abang," Farra keluar dari bilik itu. Kunci kereta Farhan diambilnya.

Dia langsung tidak memandang Mikhael. Dua minggu sudah mereka tidak bertemu. Mikhael tidak membenarkan dia pulang ke rumah kerana emosi Hani tidak stabil sekarang. Katanya Hani ingin berdua dengan Mikhael sahaja.

Selama dua minggu Farra duduk di rumah mertua nya. Sesekali dia melawat keluarga nya.

" Nasib ni dekat office je. Kalau tak memang pecah muka kau." Ujar Farhan. Abang mana yang tidak marah kalau adiknya disakiti.

" Bro. Hani tengah pregnant so emosi dia tak okay sangat. Aku harap kau faham lah," Jelas Mikhael. Dia berharap agar semua faham situasinya tika ini.

" Kau tak boleh jenguk Farra ? Kalau rasa tak boleh bersikap adil kau lepas kan adik aku. She deserves better," Farhan menepuk bahu Mikhael.

" I can't. I love her so much."

" Kalau kau sayang dia tolong bersikap adil. Adik aku tu manusia bukannya barang yang kau boleh buang sesuka hati. Dan kalau kau sayang dia , kau cintakan dia.. kau takkan duakan dia," Ujar Farhan.

" Nak lunch ? " Mikhael mengajak. Dia mahu berjumpa Farra.

" Takpe. Kau ajak lah Farra," Mereka berdua melangkah keluar.

Kelibat Farra yang sedang menghadap telefon sambil bersandar di kereta dilihat. Saat kaki mereka menghampiri Farra , Aatif datang menyapa Farra dahulu.

" Hey baby. Miss me ?" Sapa Aatif.

" Berambus lah ." suara diperlahankan. Tiada masa ingin melayan lelaki ini.

" Wow makin garang. I like it," Aatif merenung wanita itu atas bawah. Gila !

" Kau tak tahu malu ke ? Setahu aku , kau dah berkahwin ? Macam ini ke perangai suami orang ? " Kata Farra. Jangan ingat dia berdiam diri tanda dia tidak tahu semuanya. Segala rahsia dia tahu termasuk rahsia Aatif.

Aatif mengetap bibir nya.

Macam mana perempuan dihadapannya sudah tahu ?

" Well , i dengan dia dah bercerai," Aatif menghadiahkan senyum manis namun Farra hanya membuat muka menyampah.

' Cis , ingat aku nak sangat dengan kau ? Aku buat semua ni sebab Hani je. '

" Farra." Mikhael menghampiri. Tangan nya melingkar pada pinggang Farra.

" Okay lah I pergi dulu. See you darling," Aatif segera melangkah pergi.

' Darling kepala abah dia lah.'

Baru sahaja Mikhael ingin menjawab Aatif sudah berlalu pergi

" Jom abang balik office." Farra membuka kereta.

" Mikhael hantar Farra. Abang ada hal." Farhan memberi alasan.

" Farra naik grab lah," Farra menjawab.

" No !" Serentak kedua lelaki itu berkata.

" Hish yela." Farra mengalah. Sejujurnya dia rindu akan suaminya tetapi dia tidak mahu bertembung dengan Mikhael.

Faham ?

Buat buat faham.

Sepi sahaja keadaan di dalam kereta. Mikhael berdehem sebentar.

" Kita lunch dulu eh ? Mesti sayang lapar kan ? " Ujar Mikhael.

" Saya tak lap-"

grrr

Belum sempat Farra berkata perutnya sudah berbunyi. Aduh , salah timing la perut !

" Bunyi apa tu ? " Mikhael mengusik. Sudah lama dia tidak nampak pipi merah Farra.

" Diam lah." Farra malas mahu melayan.

" Sayang tak rindu abang ke ? " Mikhael memberhentikan kereta di tempat parking.

" Kenapa tanya ? " Tanya Farra mukanya berpaling menghadap Mikhael.

" Nothing. Dah jom keluar." Mikhael membuka pintu. Farra hanya mengikut.

Mereka makan dengan penuh selera. Sekali sekala Mikhael mengajak isterinya berbual. Tidak mahu berasa janggal.

Mikhael berdehem sebentar sebelum memulakan percakapan.

" Malam ni abang dengan Hani datang rumah mama. " Mikhael memberitahu.

" Okay." jawab Farra.

" Okay je ? "

" Habis tu nak jawab apa ? " Farra menjongketkan kening kananya .

" Cakap lah okay abang nanti Farra pula tidur dengan abang. Sayang rindu abang ha cakap lah macam tu." Ujar Mikhael.

" Apa apa jela abang." jawab Farra.










































Kata kata mama tengiang di dalam otak Farra. Betul kah dia mengandung ?

Pregnant test itu diambil kakinya masuk kedalam bilik air. Lima minit kemudian dia keluar dengan mata berair.

I'm pregnant

Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah dengan rezeki yang kau berikan ini.

Farra turun kebawah dan berlalu pergi ke arah dapur. Susuk tubuh mertua nya dipandang sebelum memeluk erat wanita itu.

" H-hiks mama ! Farra pregnant ." Farra menangis kegembiraan.

" Alhamdulillah. Mama dah agak dah. Tu dalam peti ais ada kek coklat yang Farra minta." Mama menyeka air mata Farra.

" Aaa thank you mama ! "

PELUANG KEDUAWhere stories live. Discover now