8

1.2K 44 2
                                    

Seminggu sudah perkahwinan kami. Betul la orang kata, bercinta selepas nikah ni indah. Ya teramat lah indah.

Keluarga Mika bercadang untuk pulang ke kampung nya selama 2 minggu. Farra kelihatan sangat excited.

Yela, dia mana ada kampung. So mereka gerak pada waktu pagi. Arif dan Shaf satu kereta dengan mama papa manakala Farra dan Mika berlainan kereta.

Nak dating berdua dalam kereta.

" Sayang, nanti dekat kampung jangan jauh dari abang. Jangan rapat sangat dengan sepupu abang kecuali Hana. " Mikhael berpesan pada isterinya.

" Jangan rapat dengan cousin lelaki. Abang cemburu. " Mika berkata lagi.

" Ish abang ni dari semalam pesan macam tu. Boring la dengar. " Farra merungut. Dari semalam suami nya berpesan kepada nya.

" Alala marah ke ? " Usik Mika.

" Mikaaaa "

" Haha okay-okay. " Sewaktu lampu bertukar merah Mikhael mengambil kesempatan untuk mencium tangan isteri nya. Tangan pun lembut ! Bergetar iman.

" Abang... saya teringin la nak makan laksa. "

" Hah ! My cherry pregnant ke ? " Sengaja Mikhael membuat muka terkejut.

" Ish abang ni. Baru one week kita kahwin. "

" Hahaha okey la nanti kita cari. " Untuk isteri tercinta semua boleh.

Hampir lima jam perjalanan mereka akhirnya tiba juga di kampung Mika.

Terdapat beberapa buah kereta di halaman rumah itu. Mesti saudara-mara nya menginap di situ juga.

" Jom sayang. Beg nanti kita ambil. " Ajak Mika lalu memegang erat tangan isterinya. Arif juga begitu. Bini lawa kot. Sepupu lelaki nya sudahla ramai yang masih belum kahwin.

" Hubby, ramai ke saudara mara hubby ? " Tanya Shaf mata nya melirik ke arah suami tercinta.

" Ramai lah juga " Arif menjawab.

" Assalamualaikum mak. " Tengku Ahmad melaungkan salam.

" Waalaikumussalam , eh- ibuu Pak Ngah dah sampai. Masuk la. " Hana membuka pintu dengan luas.

Hana memeluk Farra dan Shaf.

" Lama tak jumpa akak berdua. Makin cantik lah. " Puji Hana.

" Cis, aku lagi lawa. " Hani mengomel sendiri.

" Ha masuk lah kau orang. " Ajak Tok Wan, iaitu Nenek kepada Arif dan Mika berdiri di hadapan pintu.

" Ini ke cucu menantu tok ? Cantik belaka. Pandai kau orang pilih. " Puji Tok.

" Assalamualaikum tok , sihat ? " Farra menanya khabar.

" Waalaikumussalam alhamdulillah sihat. Ni Farra kan ? "

" Ye tok , ni Farra isteri Mika. " Mikhael menjawab.

" Assalamualaikum tok. " Ujar Shaf. Dia baru sahaja mengambil handbag di dalam kereta.

" Waalaikumussalam, Shaf kan ? "

" Iya tok. "

" Ha meh pergi dapur. Alang-alang kami tak makan tengah hari lagi. " Jemput Mak Long.

" ha baik-baik. "

" Abang Kael nak sambal udang tak ? Fav abang kan ? " Hani sudah mula menggedik. Nasib baik ibu bapa nya belum tiba.

" Kak jangan nak menggedik lah. Abang Kael tu ada bini. Biar la isteri dia yang buat. " Hana sudah menyampah dengan kakaknya itu.

' adik lagi okay dari kakak nya' desis hati Shaf. Sempat dia lihat Farra sedang sabar dari mengamuk.

" Nasi ni cukup tak hubby ? " Shaf menyoal Arif.

" Lebih kan sikit honey. "

" Amboi ber hubby honey ! " Sampuk Pak Lang yang baru tiba dengan yang lain.

" Haha biar la dia Lang. Kau pun apa kurang nya siap kanda adinda lagi. " Tok sengaja mengusik menantunya.

" Abang nak sambal udang tak ? " Farra berbisik pada Mika.

" Takpe abang ambil sendiri. Sayang nak tak ? "

Melihat sahaja anggukan dari Farra , Mikhael mengambil lagi sedikit udang dan diletakkan ke dalam pinggannya.

" Biar abang buka kan kulit nya. " Pelawa Mikhael.

" Eh saya ada tangan tau. " Mereka masih berbisik. Tidak mahu mengganggu keluarga lain bersembang.

" Sekali sekala yang... " Mika meletak kan udang yang dibuka nya ke pinggan milik sang isteri.

Hani yang melihat adegan itu mencebik .

" Aih Farra, kenapa nak susah kan suami ? Abang Kael pun nak makan. " Hani berkata. Kini semua mata menghala pada pasangan itu.

" Salah ke Hani ? Kael nak manjakan wife sendiri pun tak boleh ? " Mikhael menjawab. Farra tersenyum sinis pada Hani.

Hani mendengus perlahan. Hati nya tidak berhenti memaki Farra. Perampas !

PELUANG KEDUAWhere stories live. Discover now