4 𝐅𝐚𝐫𝐡𝐚𝐧𝐗𝐀𝐥𝐢𝐲𝐚𝐡

1.5K 48 4
                                    

Esok merupakan hari bahagia Farhan dan Aliyah. Farra yang sedang termenung sambil merendam kaki dikolam dikejutkan oleh Farish.

" Woi dik ! Termenung apa ? " Sergah Farish.

" Nothing. " Pendek sahaja Farra membalas. Tiada mood untuk berbual.

" Sejak bila pandai menipu ? " Soal Farish dengan kening yang sengaja dinaikkan. Jarang adik bongsunya sorokkan sesuatu jika bersedih. Mesti ada apa apa ni.

" Haih. Esok abang dah kahwin lepas ni Farra nak bermanja, luahkan something dekat siapa . Hiks- " Terkejut Farish yang berada disebelahnya. Dah kenapa Farra menangis ? Aduh complicated lah jadi perempuan ni.

" Ala siannya adik abang ni. Hey, abang kan ada ? Lagipun nanti Farra pula nak kahwin. Ada Mikhael nanti. Tinggal abang sorang. " Sayu sahaja suara Farish.

Siapa tak sedih bila abang yang selalu manjakan dia, gaduh dengan dia kini hendak berumah tangga ?

Tiba-tiba Farish juga nangis. Dua beradik menangis teresak-esak di tepi kolam kerana abang sulungnya berkahwin !

lah cengeng nya dorang 😭😭.

Tanpa sedar, ibu bapa mereka serta Farhan memerhati mereka dengan pandangan sayu. Tanpa kata Farhan terus meluru kearah mereka dan

Bush !!

Kini Farra dan Farish sudah berada di dalam kolam. Mereka memandang ke arah Farhan dengan pandangan yang tajam. Ergh !

" Abang kahwin je bukan nya pergi mati pun. Alahai adik-adik abang ni " Farhan ketawa kan mereka. Comel sahaja lihat dua adik nya ini. Mahu saja disekeh kepala adik - adiknya.

Ini lah adik-beradik yang bantu dia tika susah dan senang.

Farish dan Farra mendengar ayat yang ditutur oleh Farhan itu terus menangis dengan lebih teruk.

Dah besar tapi perangai budak !

Farish dan Farra kini duduk semula di tepi kolam dan hanya menundukkan pandangan. Farhan segera memeluk adik-adik kesayangan nya. Air mata mula turun setitis.

" Don't cry little boy and baby girl. I'm still your brother. Abang kahwin tak bermakna abang lupakan korang. Abang still sayang korang. " Luah Farhan.

----

Farhan yang segak mengenakan baju melayu berwarna peach itu duduk bersila dihadapan tok kadi. Dia hanya menayangkan riak tenang walhal hatinya tidak berhenti berzikir. Nervous !

Aliyah dibelakangnya ditoleh sekilas. Anggun sungguh isterinya itu. Eh- bakal isteri.

" Sedia ? " Tanya tok kadi itu. Farhan hanya mengangguk.

" Farhan Aryan bin Fahrin "

" Saya "

" Aku nikahkan dikau dengan Nur Aliyah Suhaila binti Suhaimi dengan mas kahwin RM250 tunai "

" Aku terima nikahnya Nur Aliyah Suhaila binti Suhaimi dengan mas kahwin RM250 tunai " Bergetar suara Farhan berbicara.

" Sah ? "

" Sah "

" Alhamdulillah "

Dengan sekali lafaz kini Aliyah sudah bergelar seorang isteri kepada Farhan.

" Welcome to our family. " teruja Farra .

Kini tibalah waktu pembatalan air sembahyang . Aliyah kelihatan gemuruh apabila Farhan melangkah kearah nya.

" Hulur tangan Aliyah. " Tegur ibunya.

Farhan memerhati cincin itu lalu menyarungkan lembut ke jari manis milik Aliyah. Selepas itu, Farhan mencium ubun ubun Aliyah yang berlapik tudung itu. Sempat dia berbisik

PELUANG KEDUAWhere stories live. Discover now