18

1.1K 36 4
                                    

Farra menangis sepuasnya didalam kereta. Dia tahu dia telah berkurang ajar tetapi dia sudah tidak tahan. Ini baru 2 bulan belum dua tahun lagi.

Ting

Telefon dibuka lalu notification ditekan.

Arif laki orang

Aku dah dapat maklumat
sikit. Setakat ni apa yang aku
tahu diorang berpakat untuk
pisahkan kauorang.

biar jela . Aku dah fikir
masak masak . Aku nak
rest dahulu sekarang.

Kau jangan cepat putus asa
ni bukan Farra yang aku kenal.
Lagi satu jangan stress sangat
kau tu berbadan dua.

Aku hanya seen sahaja chat dari Arif. Hari juga sudah hampir malam Farra masih berada di dalam kereta sudah ketiduran.

Penat.

2 bulan kemudian

Perut yang sedikit membuncit diusap lembut.

" Mama tak sabar nak tengok anak mama." Farra berkata perlahan . Farra kini berada di Indonesia. Memandang kan projek mereka sudah bermula , Farra menjadi sukarela untuk melawat tapak bangunan yang masih belum siap itu.

Farra datang dengan siapa ?

Semestinya dengan Mikhael.
Pada mulanya Aatif menjadi volunteer untuk melawat tapak ini tetapi Mikhael cepat cepat membantah. Takut sesuatu yang terjadi menimpa isterinya. Walaupun hubungan mereka kian merenggang , Mikhael tidak akan melepaskan Farra.

Dia cinta akan Farra tetapi ego nya terlalu tinggi

Selepas kejadian Mikhael menampar Farra , teruk dia dibelasah oleh Farhan serta Farish. Mereka juga tidak percaya pada Mikhael lagi.

tok tok

Farra mencapai tuala lalu buka pintu bilik hotel itu.

Mikhael.

" Nak apa ? " Tiada senyuman terlakar di bibir Farra.

" Jom makan." Ajak Mikhael dengan lembut.

" Tak nak ." Farra ingin menutup pintu ditahan Mikhael.

" Jangan macam ni." Mikhael melangkah masuk ke bilik dengan selamba.

" Tak payah lah masuk." Ujar Farra.

Mikhael menghampiri Farra lalu dipeluk nya. Baru sahaja dia mahu membuka mulut nya ,mata Mikhael terbuntang apabila tangannya berada di perut isterinya.

" Sayang mengandung ? " Terkejut beruk Mikhael di situ.

" K-kenapa tak bagitau abang ? Abang tak penting ke dekat sayang ?" Mikhael memegang kedua belah bahu isterinya. Mata tajam nya menikam mata sang isteri.

" Kenapa kena bagi tahu awak ? Awak pergi ambil tahu pasal Hani sahaja. Jangan kisah tentang saya ." Farra tersenyum sinis.

" Abang kecewa dengan Farra. Sepatutnya abang orang pertama yang tahu pasal ni ! Kenapa abaikan abang ? " Mikhael dengan tidak sengaja tertinggi kan suara nya.

Terhinjut bahu Farra mendengar suara Mikhael.

" Kalau nak marah marah baik abang keluar." Farra menahan emosi nya tidak mahu kurang ajar.

" Bagi abang tidur dengan Farra. Please sayang." Mikhael merayu. Tangannya mengusap perut sang isteri.

" Tak nak."

Mikhael mengeluh. Dahi isterinya dicium . Sebelum keluar bilik , Mikhael berkata.

" Petang ni turun makan dengan abang. Jangan ingkar arahan suami." Mikhael sudah mula mengguna kuasa veto nya.

" Hrm "

Tepat jam 4 petang Farra turun ke cafe berdekatan.

Farra hanya memesan garlic bread beserta mushroom soup dan cappucino.

" Kenapa tak bagitahu abang yang Farra nak pergi makan ?" Tanya Mikhael yang baru sahaja duduk dihadapan Farra.

" Dah mesej tadi." Jawab Farra ringkas.

" Oh sorry abang tak perasan." Ujar Mika dengan bersalah.

" Give me erm hot chocolate and lamb chop." Mikhael memesan.

" Makan ni je ? Kenyang tak ?" Tanya Mikhael.

" Kenyang." Jawab Farra ringkas.

Mikhael senyum nipis. Kalau dia tidak naik tangan kepada Farra , tentu isterinya tidak akan jadi seperti ini.

Farra kelihatan takut untuk dekatinya.

" Sayang, abang minta maaf sangat sebab lukakan hati sayang buat kali kedua. Tapi jangan lah sampai cerai ni." Luah Mikhael.

Farra hanya membisu. Tidak berminat untuk bersuara. Lebih baik dia berdiam.

" Sayang , say something please." Mikhael berkata. Usai berkata terima kasih pada waiter yang menghantar makanan nya dia sambung berbicara.

" Abang tau abang salah . Abang naik tangan dekat sayang. Sumpah , kalau abang tau Farra emosi sebab pregnant abang tak buat macam tu." Mikhael sangat kesal akan perbuatan nya itu.

" Makan tak elok bercakap. Nak kawan dengan syaiton ke ?" tegur Farra.

Terdiam Mikhael di situ.

PELUANG KEDUAWhere stories live. Discover now