21

1.4K 41 3
                                    

ఌ︎ sebulan kemudian ఌ︎

' aku plan nak gugurkan kandungan Farra tu ! Kau kena tolong aku '

' bodoh ! Sejahat jahat aku , aku tak ada lah sampai membunuh . Kau gila ke Hani ? '

' tolong lah kalini sahaja.'

'  okay aku ikut .'

Panggilan itu dimatikan. Hani melepaskan keluhan kasar.

Maaf Farra , aku terpaksa guna cara ini.

Tak apa Hani , kau buat semua ni untuk dapat kan abang Kael sepenuhnya.

Bagai ada yang membisik di telinga nya.

" Hani sayang... kan abang dah pesan jangan jejak kaki dekat dapur ni. Duduk saja dekat ruang tamu tu." Mikhael bercekak pinggang .

" Hehehe sorry abang sayang.." Hani memeluk badan suaminya.

" Due date Hani bulan depan kan ? "

" haah "

" Abang tak sabar nak sambut puteri sulung kita." Mikhael mengusap perut Hani. Kaki mereka melangkah kearah ruang tamu.

" Abang dah kemas pakaian kita . Nanti kita tinggal dekat rumah mama sampai Hani bersalin."

" Tak boleh ke duduk sini sahaja ? " Hani dengan ibu mertua nya bukan rapat mana pun.

" Tak boleh lah sweetheart. " Ujar Mikhael dengan lembut.

" Jom lah kita gerak."

Hani hanya mengikut langkah Mikhael .

Setiba nya mereka di perkarangan rumah mama nya , pasangan itu keluar dari perut kereta .

Loceng ditekan beberapa kali oleh Mikhael.

" Assalamualaikum mama ! " Laung Mikhael.

Pintu rumah itu dibuka dari dalam menampakkan mama nya yang bertelekung.

" Maaflah buka lambat mama baru lepas mengaji tadi." Ucap mama.

Mikhael peluk tubuh syurga nya dengan erat. Sudah lama dia tidak menjenguk mama nya. Rasanya sudah dua bulan.

" Mika ingat nak duduk sini sampai Hani bersalin. Ada lah juga orang tengokkan nanti."

" Boleh boleh."

Mereka menapak masuk kedalam rumah itu.

" Papa mana ma ? " tanya Mikhael. Hani hanya mendiamkan diri .

" Mengopi lah tu dengan kawan dia." Jawab Puan Lia.

" Korang masuk lah bilik dulu. Mama nak memasak . " Kata Puan Lia yang sudah menukar pakaian nya.

" Nanti Mika tolong ya ma." Mikhael memimpin isterinya masuk kedalam bilik.

Masuk sahaja didalam bilik milik Mikhael , Hani duduk di atas katil. Tangannya mengurut kakinya yang berasa kebas itu.

" Sini abang tolong urutkan." Mikhael memegang lembut kaki milik isteri nya lalu diurut perlahan sehingga Hani tertidur.

Tidur sahaja isteri nya Mikhael turun ke dapur untuk menolong sang ibu pula.

" Mama nak Mika tolong apa ? "

" Kupas bawang tu kemudian di blend kan dia." Arah Puan Lia.

Tanpa banyak tanya Mikhael segera mengupas bawang.

" Isteri kamu lagi satu tu kamu tak jenguk ke ? "

" Minggu lepas dah jenguk dah ma. "

" Mama tau lah si Hani tu dah sarat tapi luangkan lah juga masa dengan Farra tu. Kesian mama tengok dia asyik mengalah je ! " Luah mama nya.

" Mika cuba untuk bersikap adil ma ." Mikhael tersenyum nipis.

Puan Lia hanya mendengar sahaja. Malas mahu bertekak lagi.

" Lepas ni mama nak pergi rumah mak mertua kamu . Nak melawat Farra. Nanti makan lah dulu tak payah tunggu mama." Ujar Puan Lia.

Mikhael hanya mengangguk.

" Nanti mama kirim salam lah dekat semua ya ? "

" InsyaAllah "

Dah nak tamat rasanya 😭😭
pendek nya chap ni 😌

PELUANG KEDUAWhere stories live. Discover now