13

1.1K 35 4
                                    

" yang.. " Rengek Mikhael.

" Abang nak apa ni. " Berkerut dahi Farra. Dah kenapa laki nya ini ?

" Dah dah latu dengan kerja. Meh la layan abang ni. " Mikhael sudah membuka bajunya.

" Kenapa buka baju ? Tak sejuk ? " Farra bertanya. Kakinya melangkah ke arah katil.

Belum sempat Farra ingin duduk , Mikhael segera menariknya duduk bersebelahan dengannya.

" Malam ni kan apa kata kita luangkan masa together. Dah lama kan kita tak borak. " Mikhael bermain dengan cincin di jari manis Farra.

Baru sahaja Farra ingin membalas seluruh rumah nya menjadi gelap. Blackout.

" Abang ! " Farra memeluk tubuh Mikhael erat. Dia begitu takut akan gelap.

Mikhael menelan air liur kesat. Terkejut tiba tiba sahaja blackout dan terkejut apabila Farra memeluknya.

" Sshh , tak apa abang ada dekat sini. Tak lari bilik sebelah pun. " dia bergurau.

" Ish abang ni." Farra melepaskan pelukan mereka apabila pintu bilik di ketuk dari luar bilik mereka.

" Abang, Hani takut. " Hani yang berada di luar bilik mengetuk pintu berkali kali. Badannya sudah berpeluh.

Buka sahaja pintu bilik itu, Hani segera masuk dan memeluk Mikhael. Mukanya ditekapkan pada dada bidang Mikhael.

" Abang teman Hani tidur boleh ? " Ujar Hani. Badannya menggigil ketakutan.

" Tak boleh lah Hani. Kael kena teman Farra tidur. Dia takut gelap. " Mikhael menjawab.

" Kalau macam tu bagi Hani tidur sini boleh ? " Tanya Hani.

" Tak boleh. " Farra cepat menjawab. Tidak sanggup dia tidur sekatil dengan madu nya .

" Abang teman lah Hani tidur. Farra okay. " Farra cuba memujuk suaminya.

" Haih, Hani pergi masuk bilik dulu. Nanti Kael datang. " Keluar sahaja Hani dari bilik mereka Mikhael menghampiri Farra.

" Sayang... awak kan takut gelap takkan nak tidur sorang ? " Mikhael mencium ubun ubun Farra.

" Ala takpe la abang. Farra okay je. " Farra meyakin kan suaminya.

" Kalau ada apa apa jerit panggil abang ye. " Mikhael cium bibir Farra sekilas. Dia melangkah keluar dari bilik mereka.

Disebabkan Farra tidak boleh tidur dalam keadaan gelap gelita jadi dia buat keputusan untuk menyiapkan kerja nya.

Komputer riba dibuka dan Farra mula membuat kerja yang tergendala itu.

Ktak

Mikhael membuka pintu bilik yang diduduki Hani. Hani yang melihat Mikhael sudah tersenyum lebar.

" Kenapa tak tidur lagi ? " Mikhael bertanya.

" Hani tunggu abang lah. Takut nak tidur. " Hani memberi alasan.

Badan Hani mengesot ke arah Mikhael yang baring di sebelahnya lalu dipeluk.

Mikhael kelihatan terkejut namun tidak menolak. Hani sudah menjadi isterinya jadi tidak salah jika berbuat demikian.

Lama kelamaan mereka tidur dalam keadaan berpelukan.


























Farra bangun pagi seperti biasa. Setelah siap menghidang sarapan di atas meja, Farra naik ke atas untuk bersiap pergi kerja.

Kakinya terhenti di depan bilik Hani. Pintu itu sedikit terbuka. Farra menjenguk ke dalam bilik. Hatinya semakin remuk apabila melihat suaminya dan juga Hani masih tidur dalam keadaan berpelukan.

' kau kena reda Farra ! Be mature. '

Farra menyiapkan pakaian kerja Mikhael. Kakinya melangkah ke bilik sebelah untuk mengejut suaminya.

Pintu diketuk empat kali namun masih belum bangun.

Lena sungguh tidur.

Farra terpaksa masuk ke dalam bilik tersebut untuk mengejut suaminya. Badan suaminya digoncang perlahan. Tangan nya naik mengusap rambut suaminya.

" Abang... bangun bang. " Masih tiada balasan. Mikhael lagi mengeratkan pelukannya pada Hani.

" Sayang bangun lah. " Farra mengejut lagi.

Mikhael terpisat pisat bangun dari pembaringan nya. Hani masih lena tidur.

" Eh sayang ! Abang ingat sebelah abang sayang tadi. " Mikhael terkejut. Dia sangka dirinya memeluk Farra semasa tidur namun sangkaan nya salah.

Farra tersenyum tawar.

" Abang pergi mandi dah nak pukul 8 ni. " Farra mengusap pipi suaminya.

Mikhael bangun lalu mencium tangan isteri nya dua saat. Mata nya beralih pada Hani yang masih lagi tidur.

Mikhael menarik tangan Farra membawa keluar dari bilik itu.

Farra sempat telefon abangnya yang dia mungkin masuk lewat sikit hari ini.

Mikhael yang baru keluar dari toilet itu dipandang. Seperti biasa Farra menolong Mikhael memakai kan baju nya. Nasib baik seluar sudah dipakai sewaktu di dalam bilik air tadi.

Selesai memakai kan tie di leher suami nya, mereka turun bersama untuk bersarapan. Sempat Farra mengunci pintu bilik mereka. Risau pula.

Farra meletakkan pinggan yang berisi nasi goreng di hadapan Mikhael.

" Why were you crying earlier ? " Mikhael bertanya. Bukan dia tak perasan sebelum melangkah keluar dari bilik air tadi isteri nya sedang mengesat air mata yang tersisa di muka nya.

" Mana ada nangis. " Bohong Farra. Takkan nak bagitahu yang dia cemburu dengan Hani ? Teringat aksi berpelukan mereka.

" keep lying, baby. " Mikhael teruskan menyuap makanan ke dalam mulut.

" Tak de apa apa la abang. " Farra meyakinkan suaminya.

Farra menyalam dan mencium pipi Mikhael sebelum menaiki kereta. Mikhael naik ke bilik yang diduduki Hani. Kelihatan isteri baru nya masih lagi tidur.

Haih. Kena kejut pula.

" Hani hani bangun. " Mikhael menyentuh bahu Hani .

" Ermm nanti Hani bangun lah ibu. " Rungut Hani masih lena.

" Ni Mikhael lah. "

" Eh eh. " Hani terus menegakkan tubuhnya.

' Aduhai macam mana boleh terlajak ni. '

" Abang nak pergi kerja dah ke ? " Hani bertanya.

Mikhael mengiyakan sahaja.

" Abang pergi dulu. Nanti kunci pintu. " Belum sempat Mikhael berjalan, Hani menghulurkan tangan.

Hani mencium tangan Mikhael dan pipi suaminya. Mikhael kelihatan terkejut.

" Hati hati abang. "

" Erm "

Keluar sahaja Mikhael dari rumah itu, Hani menggulingkan badannya di atas katil .

' Arghhh happy nya ! Ini rupanya perasaan bila dah bersuami.'

PELUANG KEDUAWhere stories live. Discover now