14

1.1K 34 2
                                    

Hani dilanda kebosanan kerana seharian berada dirumah keseorangan. Dia menelefon Mikhael mengajak lunch tetapi lelaki itu menolak katanya terlalu busy.

Alasan.

Ingin masuk bilik Farra bilik itu dikunci. Dia ingin melihat bilik madunya itu. Nampak macam best je.

Bunyi deringan telefon bimbit Hani menyentakkan nya .

Aatif

Hani menjawab panggilan itu.

' Hello '

' Kau nak apa Aatif ? Bahaya la call aku. Nasib baik aku sorang kat rumah ni. '

' Tch jangan risau lah takkan kantoi punya. Macam mana ? '

' Semua berjalan dengan lancar. Plan kita hampir berjaya. Aku boleh ambil Mikhael, syarat yang kau minta tu aku tak tau lagi sebab Mikhael sentuh aku pun tidak. '

' Aku ada plan bagus ni. '

' Plan apa ? '

' Jumpa aku nanti '

' Dekat mana ? '

' Nanti aku share location. '

Aatif meletakkan panggilan. Hani sudah tersenyum puas. Sikit sahaja lagi dia akan memiliki Mikhael termasuk hartanya.

Flash back

Hani duduk di warung depan rumahnya. Matanya meliar sekeliling warung menunggu seseorang yang tidak dikenali.

Hani menoleh ke depan apabila kerusi dihadapan nya ditarik. Seorang lelaki yang agak tampan itu dipandang.

" Kau... Aatif ? " Tanya Hani.

" Yeap. Ada apa kau nak jumpa aku ? And macam mana kau boleh kenal aku. "

" Aku terdengar perbualan Arif dengan Mikhael pasal kau. Itu yang aku dm kau dekat instagram ajak jumpa. "

" Err... aku nak minta tolong kau. " sambung Hani.

Aatif mengerutkan dahinya.
Tolong apa ?

" Aku nak Mikhael. Aku nak kau tolong aku dapatkan dia weh... " rayu si Hani.

" I see... kalau aku tolong kau, aku akan dapat ? " tanya Aatif.

PELUANG KEDUAWhere stories live. Discover now