27

1.6K 61 18
                                    

Dengan lafaz bismillah , Mikhael membuka pintu bilik yang diduduki sang isteri.

Kelihatan Farra sedang melipat kain telekung. Kaki Mikhael melangkah kearah katil. Farra yang sedar akan kehadiran suaminya hanya berdiam diri.

" Assalamualaikum. " Mikhael memberi salam.

" Waalaikumsalam. " Farra menjawab perlahan.

" Sayang.. sihat ? "

" Sihat alhamdulillah. "

Mikhael menggosok belakang leher. Alahai janggalnya situasi sekarang.

Selang beberapa saat Mikhael membuka mulut.

" Erm abang nak ajak sayang borak boleh ? "  teragak agak Mikhael bertanya.

" Borak fasal apa ? " Farra bertanya.

Telekung dan sejadah disangkutkan dalam almari. Setelah itu ,  dia duduk diatas katil sambil menunggu Mikhael membuka mulut. Susah sangat ke nak buka mulut tu ? Ada emas dalam mulut ?

Melihat Mikhael seperti teragak agak mahu berkata Farra menghembuskan nafasnya. Nampak macam payah sahaja membuka mulut.

" Awak nak cakap apa sebenarnya ? "

" Ab-abang err abang nak minta maaf sebab tak percayakan Farra. Fasal penceraian tu..kita cancel kan ya ? " Mikhael duduk menghadap Farra.

" Buang yang keruh ambil yang jernih. " sambung Mikhael. Farra menahan amarah dalam diri. Semudah abc sahaja dia berkata!

" Surat penceraian saya dah suruh orang hantar dekat office awak. " Farra menjawab. Apa dia ingat cerai ni boleh buat main ke ? Senang senang nak cancel kan bagai.

" Tapi abang tak sign pun. Sentuh pun tak lagi sampul tu." laju Mikhael berkata. Kepala digelengkan berkali kali bererti dia tidak sentuh langsung surat itu.

" Awak ni dah kenapa ? Haritu setuju kata nak cerai bagai tup tup sekarang nak batalkan pula ? Ingat benda ni boleh buat main ke ? " wajah Farra mula merah menahan sabar.

" Bagi abang peluang terakhir untuk betulkan balik semua ni sayang..abang merayu dekat sayang tolong bagi abang betulkan balik semua ni. " Mikhael meraih tangan isterinya lalu dikucup berkali-kali.Sungguh dia menyesal akan perbuatannya dulu. Jika mesin masa seperti Doraemon itu wujud , sudah lama Mikhael menggunakan alat itu untuk mengundurkan masa.

Farra sudah kaku disitu. Terkejut apabila suaminya mencium tangannya. 'Sabar Farra jangan cepat sangat cair.'

" Kenapa sayang diam je ? Sayang masih marahkan abang ya ? Farra , kalau sayang masih marahkan abang Farra pukul lah abang sepuas hati sayang." Mikhael bertindak menarik lengan Farra lalu memaksa isterinya memukul dirinya.

" Jangan sampai macam ni awak. " Farra menarik semula tangannya dari memukul Mikhael.

Ikutkan hati Farra memang dia mahu memukul , belasah Mikhael sepuas hatinya. Tetapi dia sedar akan dirinya masih lagi bergelar isteri kepada Mikhael. Tidak mahu digelar isteri derhaka.

" Bagi abang peluang ya sayang untuk tebus balik semua ini. " lembut Mikhael berkata. Sungguh dia berharap Farra memberinya peluang kedua. Tidak sanggup dia mahu melepaskan orang yang dia sayang.

Berjauhan dengan Farra sahaja membuatkan Mikhael tidak keruan apatah lagi berpisah dengan Farra.
Semoga dijauhkan.

" Bagi saya masa. " Farra masih lagi terkejut dengan pernyataan sebentar tadi. Tiada angin tiada ribut tiba tiba diminta batalkan kes penceraian mereka.

Marah ni marah !

" Sudah lah. Awak pergi solat dulu. Saya nak turun tolong mama memasak. " Farra turun dari katil yang dia duduk tadi lalu menyarung tudung yang berada di tepi katil itu.

Mikhael hanya memerhati isterinya keluar dari bilik sebelum melangkah masuk kedalam bilik air.































" Farra panggil Mika ye ? Biar mama yang hidang ni. " Puan Lia memandang kearah menantunya.

" Okay , ma. " Farra mengangguk dan beredar dari situ.

Mikhael yang baru sahaja membuka songkoknya dipandang Farra.

" Jom lah turun makan. Mama dah panggil tu. " ajak Farra. Pintu dibuka sedikit besar memberi laluan kepada Mikhael.

" Jom lah pergi sama sama. "

" Farra nak masuk toilet sekejap. Awak pergi lah dulu. " sengaja Farra ingin mengelak dari berduaan dengan Mikhael.

Mikhael mengangguk pasrah. Baru sahaja dia ingin mengajak Farra berborak tapi lain yang jadi.







" Ha tambah lagi Farra. " Puan Lia menambah lauk di pinggan Farra.

Farra hanya tersenyum kecil.

" Berapa lama Mika duduk sini ? " soal mamanya

" Aih , ma. Macam tak suka je Mika datang sini. "

" Mama tanya sahaja. Ha berapa lama ? " mamanya menyoal lagi.

" Lusa Mika balik lah. Mika nak pergi rumah mummy dulu. Nak ambil barang Farra. Sebelum ni kan Farra duduk rumah mummy nya sekejap. " Mikhael senyum paksa. Rasa bersalah di dalam dirinya terhadap Farra makin menggunung.

Tidak sangka dirinya tergamak menyuruh Farra duduk bersama keluarganya sebentar.

Berdebar hati Mikhael apabila mengenang kisah lalu itu. Pasti mertuanya kecewa dengan diri Mikhael kan ?

PELUANG KEDUAWhere stories live. Discover now