28

1.5K 68 4
                                    

  

" Saya minta maaf pakcik, makcik." Aatif melutut dihadapan kedua ibubapa Hani.

" Kalau pakcik dan makcik nak pukul saya lagi pukul lah. Saya terima. Ini semua salah saya. " sambung Aatif.

" Aku dah tak tahu nak cakap apa. Kalau nak pukul kau pun tiada gunanya. Nasi dah jadi bubur. Kau dengan Hani dua dua dah besar. Dah boleh fikir mana baik mana buruk.Sekolah pun ada ajar benda tu." bapa Hani meneguk air kopi dahulu sebelum menyambung percakapannya.

" Kau sekolah tinggi tapi bodoh. Harap saja tinggi ilmu tapi cetek pemikiran. Yang kamu ikut sangat cakap Hani tu dah kenapa Latip ? " Encik Kasim menghela nafas dengan kasar. Isterinya menghampiri Encik Kasim lalu membisikkan sesuatu.

" Pst pst Aatif bang bukan Latip. Yang bukan bukan je abang ni." isterinya menegur.

Encik Kasim berdehem. Menghilangkan rasa malunya.

Hani yang berada di dalam bilik hanya mendengar setiap bait bicara Aatif dihadapan orang tuanya. Hati dia sedikit tersentuh apabila Aatif mengaku semua ini rancangan dari lelaki itu.

" Haura , nanti dah besar jadi anak yang baik ya ? Jangan ikut perangai ibu ni.. memalukan nama baik keluarga. " pipi bayi itu dicium.

" Kak , ayah panggil." Hana memanggil kakaknya.

Dia juga turut kecewa dengan kakaknya itu. Tetapi apa boleh buat selain memaafkan ? Lagi pula Hani merupakan salah satunya kakak yang dia ada.

Hani mengangguk.

" H-hana.. Hana marahkan akak ke ? " Hani menunduk menekur ke lantai.

" Siapa je kak tak marah ? Akak buat perkara ni seolah olah tak ada akal fikiran. Sanggup tolak agama ketepi demi plan bodoh akak tu. " Hana menghamburkan rasa marah dalam diri.

" Akak- " belum sempat Hani menghabiskan percakapan nya , Hana lantas memotong.

" Dah lah akak. Ibu dengan ayah dah tunggu dekat luar. " Hana keluar dari bilik itu meninggalkan Hani dan Haura.

Hani berjalan perlahan ke ruang tamu. Dia belum habis berpantang.

Aatif menghampiri Hani.                                                                                                                                                                          " Biar aku yang pegang Haura." Aatif menghulurkan tangan miliknya.

" Ayah nak Hani pergi minta maaf dekat Mikhael dan Farra. Tergamak kamu bunuh bayi dalam perut Farra.  Aku kecewa dengan kau. " bapanya memandang ke arah Hani dengan pandangan yang tajam.

" H-hani... Hani malu nak jumpa mereka. " Hani menundukkan kepala tidak berani menatap si bapa.

" Hani , dosa dengan Allah kena minta maaf padaNya. Dosa dengan manusia kena minta maaf dekat orang tu. " ibu Hani menasihati nya.

" Saya memang nak bawa Hani jumpa dengan Mikhael dan Farra. Insyaallah lepas nikah nanti kami pergi. " jelas Aatif.

Mereka mengangguk.





" Sayang.... oh sayang. " panggil Mikhael.

Di bilik tiada , tandas juga tiada.

Dapur !

" Haih... " Farra melepaskan keluhan buat sekalian nya.

" Tak baik mengeluh. " tegur satu suara dari belakang.

" Tak mengeluh lah. Jom lah makan. " ajak Farra.

" Okay , biar abang yang hidang. " Mikhael mengambil alih tugas isterinya.

Farra mengangguk sahaja.

Semasa makan , Mikhael berdehem sebentar.

" Petang ni kita balik kampung. "

" Balik ? Ada apa apa majlis ke dekat kampung ? " tanya Farra.

Mikhael menggelengkan kepalanya. " Daddy yang suruh balik katanya nak settlekan semua masalah esok juga. "

" Masalah apa ? " Farra blur.

" Abang pun tak tahu. Baju semua dah ada dalam kereta. Nanti sayang tinggal bawa handbag sahaja. "

" Abang yang kemas baju ? " Farra bertanya. Tidak percaya.

" Yelah siapa lagi ? " Mikhael menunjukkan riak bangga. Kening kirinya diangkat.

Farra hanya menggelengkan kepala melihat telatah suaminya.

Mereka segera makan. Petang ini dah kena gerak balik kampung.

Walaupun sikit tapi boleh lah dari tak ada.

Tak vote tak update hehe 🌹
silent readers jangan shy shy nak vote 🦋
______________________________________

' Dosa kamu dengan Allah, kamu kena minta maaf pada Allah. Dosa kamu dengan manusia, kamu kena minta maaf pada manusia itu. Tapi, kalau manusia itu mati sebelum kamu sempat minta maaf padanya, maka akan adalah dakwa dakwi kamu dengannya pada hari kiamat.' - Ustaz Mohd Kazim Elias.
______________________________________

PELUANG KEDUAWhere stories live. Discover now