15

1K 38 3
                                    

Mikhael terpisat pisat bangun dari katil. Dengan keadaan yang masih mamai dia menoleh ke kanan. Hani yang tidur bersebelahan nya dipandang.

Apa yang terjadi ?

Mikhael memakai pakaian nya yang berada di atas lantai.

" A-abang dah bangun. " Hani menyapa nya. Hani menarik sedikit selimut untuk menutupi bahu yang terdedah. Hatinya melonjak gembira. Rancangan dia dan Aatif sudah berjaya. Walaupun susah menggoda Mikhael namun dia terus berusaha.

Usaha tangga kejayaan.

" Terima kasih abang, " Hani menghadiahkan senyuman manis. Matanya teralih pada leher Mikhael. Penuh dengan kesan merah dibuatnya malam tadi. Hihi hebat juga aku ni..

" Haish ! Kan saya dah kata jangan cuba goda saya. Tengok apa yang dah jadi sekarang ! " Mikhael mengusutkan rambutnya. Keadaan yang parah menjadi semakin parah.

" Hani pun isteri abang takkan tak boleh goda suami sendiri... " Hani berkata. Sedaya upaya dia terlihat seperti seorang yang menagih kasih sayang suami.

" Sambung lah tidur. Ingat , jangan berani nak buka mulut depan Farra," pesan Mikhael. Jam baru menunjukkan pukul 4 pagi. Dia melangkah keluar dari bilik itu dan masuk ke bilik yang menempatkan Farra.

Susah ada dua bini ni. Asyik ulang alik tukar bilik.

Farra yang masih lena dihampiri. Badannya dibaringkan sebelah Farra lalu memeluk isterinya. Kepala nya ligat memikir kejadian semalam. Jikalau Hani mengandung bagaimana ?

Mikhael bangun dari pembaringan nya dan melangkah ke bilik air untuk mengambil wuduk. Mahu solat sunat.

" Wow," Farra terkejut melihat leher Mikhael.

" kenapa yang ? " Tanya Mikhael.

" Leher abang, " Farra menunjuk kearah leher Mikhael. Wajahnya dikawal supaya tidak kelihatan kecewa. Bukan salah Mikhael.. dia ada hak.

Mikhael berdiri di depan cermin. Alangkah terkejut nya dia melihat kesan merah itu di merata tempat. Penuh di leher nya.

" Seronok betul abang malam tadi sampai saya ketuk pintu minta izin pergi office nak ambil fail yang tertinggal pun tak perasan," Ujar Farra lebih kepada menyindir.

" Sayang pergi office sorang diri waktu malam ? Kenapa tak call abang ? " Mikhael berkata risau. Nasib baik tidak jadi apa apa.

" Saya dah call, mesej, ketuk pintu banyak kali pun dah tapi tak ada respon," Farra senyum manis.

" Ye ke ? Sorry yang abang sumpah tak dengar. Dan ni semua bukan apa yang sayang fikirkan. Sumpah abang tak tau macam mana benda ni boleh berlaku," Mikhael memegang tangan isterinya. Dirinya seolah olah merayu supaya Farra mempercayai kata katanya.

" Farra faham..," Sekali lagi Farra mengukirkan senyuman manis.




Sebulan kemudian.

Sudah hampir lima kali Farra ulang alik ke bilik air. Dari semalam dia asyik muntah. Emosi nya tidak stabil. Dia memerlukan Mikhael tetapi semenjak Hani disahkan mengandung Mikhael kurang memberi perhatian terhadapnya.

Farra mengemaskan pakaian nya. Dia sudah meminta izin dari suaminya untuk menetap di rumah mama. Kata mama bimbang akan keadaan Farra.

Mikhael yang menapak masuk ke dalam bilik dipandang. Sudah 2 hari suaminya berkelakuan dingin terhadapnya.

" Abang marahkan Farra lagi ke ? " tanya Farra . Nada nya seperti menahan dari menangis.

" Macam mana tak marah ? Hani hampir jatuh tangga tau ?! Kalau ye pun tak suka Hani jangan la sampai tolak dia. Hani tu mengandung. " Mikhael sudah mula meninggi kan suara.

" Abang tak percaya kan Farra ke ? Farra dah cakap kan Farra tak tolak Hani. " Farra membalas kata kata suaminya. Sungguh dia kecewa apabila suami sendiri tidak mempercayai dirinya. Sudah dibilang bukan dia yang tolak Hani , namun Mikhael terus - terusan menyalahinya.

Hani berkata bahawa Farra ingin menolak nya jatuh ke tangga. Atas alasan cemburu Hani mengandung. Fitnah apakah ini ?

Mikhael seperti percaya kata kata yang keluar dari mulut Hani dan berkelakuan dingin pada Farra.Dan sebab itulah mama Mikhael mengajak Farra duduk di rumah nya. Risau akan Farra. Hani sudah semakin melampau.

" Farra pergi dulu lah. Assalamualaikum," Farra salam suaminya sebelum keluar.

Kunci kereta diambil lalu menghidupkan enjin kereta. Laju sahaja kereta itu keluar dari perkarangan rumah. Mikhael hanya memerhati Farra dibalik balkoni bilik.

" Abang jangan lah marah kan Farra tu. Kesian Hani tengok dia," Hani mengusap dada bidang Mikhael. Yes ! Mission completed.

" Abang kecewa dengan Farra. Nasib baik sweetheart tak apa apa hari tu. " Mikhael menyentuh perut Hani lalu diusap nya.

" Anak ayah jangan naughty eh. Sian ibu awak ni. " Mikhael mengusap perut Hani.

" Abang Hani teringin lah nak makan kek coklat. " Ujar Hani.

" Nanti abang beli. " Mikhael senyum manis. Bahagia dia rasakan. Tidak lama lagi dia akan bergelar bapa.







Sehelai kertas itu dilipat dan disimpan rapi. Tiada siapa harus tahu perkara ini.

' Dia ' mengambil telefonnya lalu mendail nombor seseorang.

' Hello '

' Result dah keluar. Masalah besar tahu tak ? Dia dari kau bukan dari lelaki tu. '

' Baik, kita sahaja tahu benda ini . Jangan bongkarkan pada sesiapa pun ! Atau kandungan kau , aku bunuh.'

PELUANG KEDUAWhere stories live. Discover now