32

1.4K 34 0
                                    

" Sayang.. " Mikhael menyeru isterinya. " Sini duduk sebelah abang." sambung Mikhael .

" Ada apa ? "

" Haih... abang minta maaf sekali lagi sebab pernah lukakan hati cinta abang ni . Terima kasih juga sebab sayang sudi beri abang peluang kedua . Salah abang sebab dengar cakap orang luar dari isteri sendiri. "

Farra mengukir senyuman tipis . Nak buat macam mana ,nasi sudah menjadi bubur . Hendak diundurkan masa pun tidak boleh .

" Dari minggu lepas lagi abang minta maaf dengan Farra. Kan Farra dah cakap , Farra maafkan abang... " lembut sahaja intonasi Farra.

" Kenapa sayang cepat sangat maafkan abang ? Sepatutnya sayang hukum abang dulu . " Nada Mikhael menjadi sayu .

" Hm.. sebab Farra tak nak rumah tangga kita goyah . Bila fikirkan balik , ada eloknya Farra maafkan abang dan mula semula hubungan kita."

Sebak Mikhael mendengar jawapan isterinya . Farra terlalu sempurna. Bagaimana dia boleh mengetepikan Farra sebelum ini ?

Ah sudah Mikhael , jangan ingat benda paling bodoh yang kau pernah buat !

*

*

*

Keadaan di dalam pasar raya itu agak
sesak dengan orang ramai yang mengunjungi pasar raya ini . Maklumlah hujung minggu ini ahli keluarga banyak meluangkan masa bersama yang tersayang .

Mikhael di sebelahnya dikerling sekilas .

Handsome .

" Abang ambil troli sekejap ya sayang ? "

" Alright . " balas Farra sepatah. Matanya ralit memerhatikan keadaan di dalam pasar raya itu.

" Jom. " sepasang tangan Mikhael sedang memegang pemegang troli yang diambil sebentar tadi.

Sampai sahaja di bahagian snacks , Farra mula mengambil pelbagai jenis makanan ringan yang ada. Boleh makan waktu tengok movie !

Selesai sahaja mengisi troli dengan makanan ringan mereka beralih pula pada makanan basah .

Ikan , ayam , sotong dan udang diambil. Mikhael ralit memilih buahan disitu. Sedang dia mimilih , ada tangan yang menepuk bahunya perlahan.

" Mikhael , lama tak jumpa kau." sapa seorang lelaki yang seumur dengan Mikhael.

" Pardon ? "

" Ni aku lah Aziz. Takkan dah lupa ? " Aziz ketawa kecil.

" Oh Aziz. Lama tak jumpa. " mereka mula berjabat tangan.

" Eh aku kena cepat ni. Ambil card aku , nanti call lah. Boleh kita melepak haha. " kad itu dihulur pada Mikhael.

" InsyaAllah . "

" Okay lah bro , aku gerak dulu. Wife aku dah tunggu kat sana. Assalamualaikum. " Aziz mula melangkah meninggalkan Mikhael .

*

*

*

" Hi , Farra ! Amboi kau , semenjak dah berbaik dengan Mikhael kau terus lupa aku eh ? Sampai hati. " jawab sahaja panggilan dari sahabatnya , merangkap birasnya sendiri terus kedengaran suara gedik Shaf.

Farra tergelak kecil . Terasa kelakar mendengar intonasi Shaf . Sudah jadi mak orang pun masih tersisa perangai budaknya .

" Mana ada aku lupa... aku cuma busy sikit lately ni. Lepastu rasa penat je memanjang." adu Farra .

" Itula kau , aku dah pesan jangan buat kerja banyak sangat. Kau tu bukan makin muda . Cuba dengar apa yang aku cakap ni . Kalau kau depan aku memang aku dah tarik je telinga kau ni . " bebel Shaf. Farra hanya tersengih . Nasihat Shaf bagaikan masuk telinga kanan , keluar telinga kiri.

" Yela yela , lepasni aku kurangkan sikit kerja kerja tu. "

Perbualan mereka dilanjutkan sehingga hampir satu jam .

.

.

.

" Next week kita pergi bercuti nak ? " cadang Mikhael. Tangan dihulurkan kepada Farra untuk salam . Mereka baru sahaja memunaikan solat isya' . Tatkala bibir Farra bertemu dengan kekura tangan suaminya , Mikhael mengucup lama dahi licin cik isteri .

" Bercuti ? Untuk apa ? "

" Saja . Lately ni kita sama sama busy pasal kerja. Tak sempat nak spend time together.. " Mikhael mengusap lembut jemari isterinya .

Farra tergelak kecil . " Iyalah abang.. abang nak bercuti dekat mana ? "

" Hmm abang teringin nak pergi Perak . Sayang okay ? "

Farra mengangguk setuju. Dia tidak kisah dimana mereka bercuti asalkan Mikhael setia di sisi.

makin lama makin hambar
tapi tak apa kita teruskan je .

tajuk saya tukar . Dari TENGKU MIKHAEL'S GIRL jadi PELUANG KEDUA .

-28/2-

PELUANG KEDUAWhere stories live. Discover now