29

1.4K 55 5
                                    

Seperti yang dirancang , mereka bergerak ke kampung halaman Mikhael pada jam lima petang.

Mikhael memberhentikan keretanya di hadapan RNR untuk menunaikan solat maghrib.

" Kita solat dulu baru sambung our journey ye ? "

Farra mengangguk.

15 minit..

Farra yang baru sahaja selesai menyimpan telekung di dalam beg terus keluar dari surau perempuan itu.

Terlihat Mikhael sedang menunggu nya di hadapan surau. Mikhael tersenyum manis apabila memandang isterinya.

" Dah siap solat sayang ? "

" Dah. "

" Nak makan tak ? " Mikhael menyatukan jari mereka. Digenggam erat. Lalu dikucup sesaat.

" Tak nak lah. Kenyang lagi. " Badannya hanya mahu berehat bukan makan.

" Hm kalau macam tu jom lah kita gerak. " mereka menuju ke kereta.

Tepat jam 9 malam mereka tiba di rumah Tok Wan. Mikhael membawa keluar segala barangan di dalam kereta. Farra memberi salam.

" Sampai dah korang. Meh masuk. " ajak Tok Wan.

" Tok apa khabar ? " tanya Farra. Badannya memeluk orang tua itu.

" Aim gud gud ( I'm good ). " balas tok. Farra tergelak kecil mendengar balasan dari Tok Wan.

" Ha Mikhael kamu pergi bawa isteri kamu masuk bilik ya ? Nanti turun makan. Tok nak solat dulu. " Tok Wan beredar dari situ.

" Jom baby girl masuk bilik. Mandi dulu later baru kita makan okay ? " Mikhael menyoal lembut kepada isterinya.

" Okay ! " aku turut menolong Mikhael mengangkat barang kami walaupun dilarang olehnya.

Elele sweet je dia sksk. kau yang tengok ni hado ?

Selepas selesai mandi , kami turun ke dapur untuk mengisi perut yang sedang lapar ini.

" Nasi nak banyak tak ? " Farra menyoal suaminya. Tangan sudah siap memegang senduk nasi.

" Setengah je. " Mikhael memberi respon.

Ayam masak merah dan juga sotong goreng tepung aku ambil.

" Esok petang kita pergi pantai nak ? " tanya Mikhael.

" Okay Farra ikut je. " dia sambung menyuap nasi kedalam mulut.

Sedap !



















" Mikhael sudah ada dekat sini. " ibu Hani memulakan perbualan.

" Esok ayah nak kamu jumpa dengan diorang berdua. No excuse. "

Hani mengangguk. Hatinya makin berdebar. Takut.

" Hani masuk bilik dulu ya ? Nak menyusukan Haura. " Hani meminta izin masuk kebilik. Haura diangkat perlahan lalu didukungnya.

Ibu bapa Hani memerhati perbuatan Hani. Tidak sangka Hani sudah mempunyai seorang cahaya mata perempuan.

Kasihan akan bayinya. Semoga hidup Haura berlalu dengan baik.

' Haih '




Pagi. Pagi itu Hani bersiap untuk kerumah Tok Wan. Haura yang sudah bersiap itu diletakkan di atas katil dahulu.

Bunyi hon kereta diluar rumah membuatkan Hani melakarkan senyuman. Pasti itu Aatif.

" Jom Haura sayang. Ayah dah sampai. Harini kita pergi minta maaf dekat Papa Kael dengan Mama Farra eh . " pipi Haura dicium.

Sampai sahaja dihadapan rumah Tok Wan , Aatif mula berdebar.

" Jom masuk. " ajak Hani.

Baru sahaja mereka ingin masuk kedalam , ada satu suara menyapa.

" Hani ? Kamu kan ? " tegur seorang makcik.

" Oh Makcik Tipah. Ye saya. Ada apa ya ? " Hani mengukir senyuman tipis.

" Saja lah nak sapa kamu. Eh ni anak kamu ke ? " tanya makcik itu.

" Ya , ni anak saya Haura. "

" Cantik nama. Anak kamu dengan Mikhael ke ? " kali ini soalannya membuatkan Hani terdiam seketika.

" Err bukan. Ini anak saya dengan lelaki sebelah saya , Aatif. " Aatif senyum sesaat.

" Oh kiranya Haura ni anak haram la ye ? " Makcik Tipah terus menekup mulutnya. Terlepas kata.

" Mak cik tolong jaga percakapan sikit ya. Jangan sampai tangan saya ni melekat dekat muka makcik ! " Aatif memberi amaran sebelum menarik Hani menjauh dari mak cik itu.

Makcik Tipah terus beredar dari situ.

______________________________________
Riwayat Ibn Hibban (3320)

Selain itu, dalam hadith yang lain diriwayatkan daripada ‘Abdullah Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda,

لَيْسَ المُؤْمِنُ بِالطَّعَّانِ وَلَا اللَّعَّانِ وَلَا الفَاحِشِ وَلَا البَذِيءِ

Maksudnya: Seorang mukmin itu bukanlah orang yang suka mencela, suka melaknat, suka berperilaku keji dan suka berkata kasar. [2]

Riwayat al-Tirmidhi (1977)
______________________________________

Hambar ? Ye tau sksk.

PELUANG KEDUAWhere stories live. Discover now