𝔅𝔞𝔟 01

3.2K 146 13
                                    

Kring Kring

Jam loceng dimatikan. Aku dengan menggeliat sedikit sambil menguap. Malas-malas aku bangun dan mencapai tuala lalu bergerak ke bilik air.

Sebelum terlupa, meh aku perkenalkan diri. Nama aku Tengku Malaika Haura binti Tengku Rizal. Aku dilahirkan dan dibesarkan di Sabah. Aku ada 2 orang abang kembar. Waktu aku umur 17 tahun, baru aku dipindahkan ke Selangor dan bersekolah di sekolah abang-abang aku, Division Highschool.

Mama dan Papa terpaksa tinggalkan aku dengan Opah iaitu mak kepada Mama atas beberapa sebab. Mama pun tak pandai cakap Sabah sebab dia terus pindah Selangor ikut Atuk, ayah Mama.

Abang kembar aku, Adrian Hariz dan Arian Haris. Diorang ni overprotective dengan aku walaupun aku baru kenal diorang beberapa bulan yang lalu. Maklum lah, aku sorang je adik perempuan diorang.

Selesai mandi, aku memakai baju sekolah berwarna biru cair. Bedak ditepek dan lipbalm dicalit sedikit di bibir supaya tidak kelihatan kering.

Aku menggalas beg dan menutup pintu bilik. Kaki diatur ke meja makan yang berada di dapur.

"Morning, Ma, Pa, twin," sapaku mesra.

"Morning sayang," kata Mama dan Papa serentak.

"Morning princess~" kata Adrian dan Arian serentak.

Aku mencapai sekeping roti lalu dimasukkan ke dalam mulut.

"Harini, sa pergi sama siapa, bah?" soalku.

"Pergi dengan abang lah, Papa ada meeting nanti," jawab Papa.

"Boleh je," kata Adrian lalu memasukkan sekeping roti ke dalam mulut.

"Dah, jom gerak," ajak Arian.

Aku menyalami tangan Papa dan Mama lalu pamit ke sekolah.

•••

Aku berjalam ke arah pejabat sekolah yang telah ditunjukkan oleh Adrian dan Arian. Mereka tidak boleh menemaniku kerana perlu masuk ke kelas awal.

Tok Tok

"Masuk," arah seseorang di dalam.

Pintu aku buka lalu masuk ke dalam pejabat.

"Jadi, awak ni murid baru kan?" soal kerani disitu.

"Iya, sa murid baru disini," jawabku sedikit gugup.

"Baiklah, awak boleh ikut Cikgu Nora ke kelas awak," kerani itu menunjuk ke arah seorang perempuan berumur lingkungan 30-an.

"Saya Cikgu Nora, guru kelas 5SC 1. Jom, saya tunjukkan kelas awak," ujar Cikgu Nora ramah.

Aku sekadar mengangguk dan berjalan mengikuti langkah Cikgu Nora.

5SC 1

Tok Tok

"Iye? Ada apa Cikgu Nora?" soal seorang lelaki bertag 'Amri'.

"Ini, ada murid baru," kata Cikgu Nora.

"Ohh, okay, boleh masuk," jemput Cikgu Amri.

Aku sekadar mengangguk dan masuk ke dalam kelas.

"Baik perhatian sekejap kelas," panggil Cikgu Amri.

4 PRINCES [C]Where stories live. Discover now