𝔅𝔞𝔟 37

1K 76 6
                                    

"Abang, dah balik?" soalku lembut.

Naufal memandangku dengan pandangan kosong sebelum menapak ke bilik. Tidak lama kemudian, dia keluar dengan pakaian segak.

"Abang nak pergi mana?" soalku.

"Aku nak pergi date dengan Afra. Kau tak payah sibuk," jawabnya dingin.

Dia menapak keluar dari rumah. Keretanya keluar dari perkarangan.

Aku nak pergi date dengan Afra

Hatiku serasa berkecai tatkala mendengar dia mengucapkan ayat itu. Isteri mana je, tak cemburu bila lelaki dia keluar dengan perempuan lain?

Aku terduduk di belakang pintu bilik. Tangan ditekup ke mulut supaya tidak mengeluarkan bunyi esakan.

Sejak kami pulang dari kampung, perangai Naufal berubah 360 darjah. Bukan sekadar Naufal, bahkan Mama, Papa, Adrian, Arian, Nana, Adam, Fahmi dan juga Rayyan.

Semua orang terdekat aku berubah perwatakannya. Pandangan, percakapan, semua memandang aku seolah-olah aku ini jijik.

Dan aku perasan lagi satu perubahan mereka.

Solat.

Jika dulu, Naufal yang akan mengejutkan aku untuk solat Subuh berjemaah. Ataupun jika diajak, laju sahaja dia bangun.

Namun sekarang, jika diajak solat, paati aku dimarahinya. Kadang dia beri alasan dia penat. Tiap kali aku membaca Al-Quran kitab suci Allah, katanya panas dan bising.

"Mana kekuatan kau untuk lawan semua ni, Haura? Mana Malaika Haura yang dulu? Kenapa aku tak boleh lawan dia balik? Tiap malam, aku hanya tahu menangis hingga sembap mata. Ini bukan Malaika Haura. Malaika Haura seorang yang kuat, berani. Bukan yang sekarang ni," rintihku seorang diri.

Aku pernah cuba memaksa Naufal untuk makan makanan yang aku buat, namun ditolak bulat-bulat. Bahkan air yang dibuat juga tidak disentuh langsung.

Aku penat. Setiap malam aku menanti dia sehingga tertidur di sofa. Aku pasti dia tidak memijakkan kaki ke club, meminum air kencing syaitan atau tidur bersama gadis lain.

Kerana dia masih waras untuk membuat semua itu.

Yang menjadi makin pelik, setiap kali Afra datang ke rumah Mama atau Ibu, mereka pasti memuji Afra. Ibu sampai mahu menjadikan Afra sebagai menantu lagi.

Hatiku bagai dirobek tiap kali terdengar cacian dan hinaan mereka. Seolah-olah aku ini pembunuh. Aku pun tidak tahu, siapa aku dimata mereka.

'Ya Allah, aku tahu ini ujianMu, Ya Allah. Kau kuatkan lah hati aku untuk menyelesaikan masalah ini dengan baik. Permudahkan lah urusanku, Ya Allah'

•••

"Ika, kau okay tak?" soal Yaya prihatin.

Aku mengangguk perlahan.

"Ye ke? Nampak macam tak okay je?" soal Qayra pula.

"Aku okay lah, penat sikit je," senyuman cuba diukir di bibir yang pucat.

"Kau, kalau ada masalah, cerita lah," pinta Intan.

Yaya, Qayra dan Sya menganggukkan kepala mereka.

"Sebenarnya-"

"Yaya !"

Kelihatan Akif berlari ke arah kami berlima.

Yaya sudah tersenyum suka. Akif mengambil tempat disebelah Yaya.

"Ehem, jangan rosakkan mata suci kami dengan perbuatan anda. Anda belum halal," pesan Sya.

Qayra, Intan dan Sya sudah tergelak melihat Akif dan Yaya yang mukanya memerah malu. Aku sekadar tersenyum kecil.

Mereka berhenti ketawa apabila perasan yang aku sekadar termenung.

"Ika, kau ada masalah ke?" soal Akif.

Aku tersedar dari lamunan dan cepat-cepat menggeleng.

"Tipu, dah dua minggu kau macam ni. Selalu berkepit je dengan Naufal," Akif mencebik.

"Akif... kau jaga je lah Cik Tunang kat sebelah tu. Jealous dah tu," mulut Intan dimuncungkan ke arah Yaya.

Akif sekadar tersengih memandang Yaya yang kelihatan cemburu.

"Hmm, kalau kau nak bagitau, kitorang sedia mendengar," Qayra mengubah topik menjadikan suasana sedikit sendu.

"Takde apa lah. Kalau aku tak boleh, aku minta tolong korang," aku tersenyum kelat.

Mereka berlima sekadar mengangguk faham.

Kami berenam beredar ke kelas setelah rehat sudah habis. Kedudukan meja kini juga berubah.

Aku tidak lagi duduk di sebelah Afra. Naufal yang duduk ditempat aku disebelah Afra. Aku pula pindah duduk disebelah Intan.

Kadang di kelas, aku sempat melihat adegan sweet Naufal dan Afra. Mereka bergurau, bergelak tawa, merajuk dan memujuk.

Aku rindu.

Aku rindu belaian Naufal, layanan baik Naufal, gelak tawa Naufal bersama aku, lawak bodoh Naufal, gurauan manja Naufal, ayat sweet Naufal. Semua tentang Naufal aku rindu.

'Ya Allah, kau kembalikan lah semula orang-orang terdekatku. Semoga cepat mereka kembali ke pangkuanku'

TO BE CONTINUED...

4 PRINCES [C]Where stories live. Discover now