𝔅𝔞𝔟 30

1.1K 86 11
                                    

"WHAT?!!"

PAPP

"Adoi !" aku menggosok kepalaku yang baru dipukul menggunakan kusyen.

Pukulan dari Naufal-

"Kau pahal? Sakit ah..." aku mencebik.

"Kau tu kenapa? Jerit sampai boleh bergegar rumah ni," balas Naufal.

"Tak payah lah pukul kepala aku, kalau jadi bodoh macam mana?" soalku.

"Kau punya pasal ah," balas Naufal tidak mahu kalah.

Aku merengus geram. Tangan disilang ke dada dan mulut memuncung.

Ibu dan Mama tergelak melihat aku dan Naufal.

"Hah, sudah sudah. Is, kamu jangan asyik nak buli Haura aje. Dulu bukan main, nak kahwin lah, sayang lah, tak nak hilang lah. Ni dah ada depan mata, dibulinya pula," bebel Ibu.

Telinga Naufal memerah akibat malu. Aku menjelirkan lidah ke arah Naufal😝

"Kamu berdua, bulan depan akan kahwin," kata Mama.

Aku dan Naufal terkejut lantas memandang Mama.

"Pardon ?" soalku ala-ala English gitew.

"Naufal dan Ika akan kahwin bulan depan," ulang Mama lagi sekali.

Naufal sekadar mengangguk manakala aku terkebil-kebil.

"Ma, kenapa tak tunggu lepas SPM je? Dah dapat result ? Dah kerja?" soalku bertubi-tubi.

"Benda elok, lebih baik dipercepatkan," sampuk Ibu.

Aku mencebik kecil.

"Yelah, asalkan semua orang bahagia, Haura bahagia," jawabku malas.

Ibu dan Mama tersenyum.

"Jadi, Is dengan Haura, nanti pergi butik Ibu untuk ambil baju," arah Ibu.

Aku dan Naufal sekadar tersenyum kecil dan mengangguk. Kalau dibantah, pasti ada saja jawapan untuk dijawabnya.

•••

Selesai sahaja kursus nikah, Naufal menghantar aku pulang.

When it hurts but it hurts so good~
Do you take it~
Do you break it off~
When it hurts~

Tertera nama 'Ibu Is❣️' di skrin. Dahiku berkerut melihat nama pemanggil. Kenapa Ibu tiba-tiba call aku?

Punat hijau digesek tanda mengangkat panggilan. Phone dilekapkan pada telinga yang berbalut tudung shawl berwarna cream.

Helo assalamualaikum
Kenapa Ibu?

Waalaikummussalam Haura
Ni hah, suruh Is bawa Haura pergi butik Ibu
Baju kamu berdua dah siap

Ala Ibu...
Esok ke, lusa ke, minggu depan ke, tak boleh?
Kitorang penat lah, Bu

Takde takde
Harini juga kamu berdua kena pergi
Kalau kamu berdua tak pergi sini harini, Ibu percepatkan lagi majlis kahwin

Ishh, yelah yelah
Kitorang on the way

Bagus menantu Ibu
Okay lah, Ibu letak dulu
Assalamualaikum

Waalaikummussalam

Tut !

Panggilan dimatikan. Phone aku simpan kembali di dalam beg.

"Kenapa?" soal Naufal sepatah.

Dia memandang aku sekilas sebelum memandang kembali ke arah jalan raya.

"Ibu suruh kita pergi butik SEKARANG, kalau tak dia percepatkan lagi majlis kahwin," ujarku lalu mencebik.

Terbit senyuman nakal di bibir Naufal.

"Bagus lah kalau dipercepatkan pun, lagi cepat first night kita..." usik Naufal.

Mataku terbuntang luas dan segera menoleh ke arah Naufal. Tidak semena-mena, satu tamparan hinggap di tangan kiri Naufal yang berlapik.

"Ee, otak kuning betul," ujarku geram lalu membuang pandangan ke luar tingkap.

Naufal mengekek ketawa. Menyampah aku, dia gelakkan aku.

Tapi dalam masa yang sama, aku suka. Sebab Ibu kata, setelah Naufal pulih dari amnesia, dia tak pernah ketawa. Senyuman yang terbit di bibir pun sekadar senyuman sinis atau senyuman kecil.

Akhirnya, aku boleh membahagiakan kau kembali Naufal ! You're mine ! Forever mine !

•••

Selesai sahaja semua urusan, Naufal menghantar ku pulang. Ingatkan tadi just ambil baju je, eh boleh pula pergi beli cincin sekali.

Lepastu, semua barang yang Ibu suruh beli kitorang kena beli. Naik lenguh kaki aku dibuatnya.

"Assalamualaikum !" laungku.

"Waalaikumussalam," Mama membuka pintu.

"Hah, balik dah?" soal Mama.

"Iye lah, Ma. Takkan nak pergi pula," ujarku malas.

Mama mencuit hidungku sehingga merah.

"Naufal, ingat ! Lagi berapa hari je nak kahwin nanti, tak boleh jumpa Ika dulu," pesan Mama.

"Iye, Mama. Fal ingat," jawab Naufal.

Aku tahu Naufal juga pasti penat. Lagi-lagi dia drive, memang penat lah. Aku pula tak tidur langsung sepanjang perjalanan kami.

Nak teman 'future husband' lah katakan. Bakal isteri mithali ni🙊

"Mama, Fal balik dulu eh," pamit Naufal.

"Yelah, hati-hati," nasihat Mama.

Naufal sekadar mengangguk.

"Sabtu dan Ahad cuti umum,
Assalamualaikum bakal makmum," sempat Naufal berpantun kepadaku.

"Makan coklat kena kemam,
Waalaikummussalam bakal imam," jawabku lalu menghadiahkan senyuman.

Senyuman Naufal turut melebar mendengar jawapan dariku.

'Ini makin sayang Haura ni' desis hati Naufal.

Dia memboloskan diri ke dalam kereta sebelum kereta itu meluncur pergi meninggalkan kawasan rumah agam Tengku Rizal.

TO BE CONTINUED...

4 PRINCES [C]Where stories live. Discover now