𝔅𝔞𝔟 38

962 77 10
                                    

Aku berada di hospital. Sudah seminggu tekak aku loya, kepala pening dan hampir rebah. Jadi, aku ambil keputusan untuk check-up.

"Macam mana doktor? Saya sakit apa?" soalku cemas.

Doktor itu tersenyum simpul.

"Saya ada dua berita. Satu berita baik, satu berita buruk," ujar Doktor Syakirah.

Berita buruk? Alamak, saya ada suami kat rumah tu, doktor. Suami saya tak boleh hidup tanpa saya. Eh, yeke? Dunno la-

"Berita buruknya, awak tinggal lapan bulan je lagi," ujar Doktor Syakirah.

"Hah?"

"Berita baiknya, awak tinggal lapan bulan je lagi untuk melahirkan," sambung Doktor Syakirah.

Aku masih blur disitu.

"Congrats ! You've become mother soon ! It's one month !" kata Doktor Syakirah ceria.

Aku? Jadi ibu? Ada anak? Serius lah?

"Serius lah, doktor?" tanyaku meminta kepastian.

Doktor Syakirah mengangguk laju.

"Alhamdulillah..."

•••

"Wah, berseri-seri ye, harini," tegur Yaya.

Aku sekadar tersengih.

"Kau dah okay ke dengan Naufal?" soal Qayra.

Aku menggeleng perlahan.

"Dah tu, kenapa happy ?" soal Sya pula.

"Aku..."

Yaya, Qayra, Intan dan Sya tekun mendengar.

"Yaya !"

Yaya mengurut dada tanda terkejut.

"Dia ni kang, ada yang kena back-hand kang. Asal datang je main sergah," Sya menahan geram.

Akif tersengih dan melabuhkan punggung disebelah Yaya.

"Hah Ika, sambung lah..." pinta Intan.

"Aku sebenarnya..." aku sengaja menggantungkan ayat.

"Sebenarnya apa? Buat suspend lah," lengan aku ditampar oleh Qayra.

Aku sekadar tersengih.

"I'll become a mother soon !" bisikku cukup lima orang dihapanku ini dengar.

Yaya dan Qayra sudah tersedak air liur manakala Akif, Sya dan Intan melopong.

"Serius lah ?" suara Sya sedikit menjerit membuatkan seluruh orang di cafe menumpukan perhatian kepada Sya.

Sya sekadar tersengih dan menggeleng lalu menunduk ke bawah meng-cover malu.

"Kau ni, tak payah lah jerit," ujarku menahan geram.

"Sorry sis,"

Yaya, Akif, Qayra dan Intan menggelengkan kepalanya.

"So, back to our topic. Kau tak main-main, kan?" soal Yaya.

"Tak, semalam baru pergi check," air milo kotak disedut rakus.

"Hmm, berapa bulan dah?" soal Qayra pula.

"Sebulan baru," ujarku.

Mereka berlima sudah happy tidak terkata.

"Tak sabar nak ada anak buah !" kata Akif teruja sedikit menjerit.

Nasib sahaja cafe ini sudah lengang.

"Haih, dapat anak buah, dengan anak sendiri ni, feel dia lain. Jadi, nanti kalau dah kahwin, cepat-cepat lah bagi aku anak buah pula," selorohku.

Muka Yaya berona merah manakala Akif sekadar tersengih.

"Kau ni," Yaya menepuk bahu aku sedikit kuat.

Aku tersenyum menampakkan sebaris gigi putih yang tersusun cantik.

•••

"Ermm, Yaya..." lengan Yaya digoncang beberapa kali.

Yaya memandang aku lalu kening sebelahnya diangkat tanda 'apa'.

"Nak kek tu... please..." aku menunjukkan ke arah kek coklat yang tersusun didalam cafe.

"Serius lah? Berlemak tu," halang Yaya.

Aku membuat muka comel.

"Boleh lah... sekali ni je, please..." rayuku lagi.

Yaya memandang kek coklat itu dan aku silih berganti sebelum mengangguk perlahan. Aku sudah bersorak gembira.

"Tunggu sini, aku pergi beli," Yaya berlalu pergi meninggalkan aku keseorangan.

Sedang asyik mata aku melilau, aku terpandang satu pasangan yang sedang berpegangan tangan. Nampak sweet. Mereka makan aiskrim, bergurau senda.

Tanpa sedar, air mata aku mengalir di pipi. Lantas aku larikan pandanganku. Nampak sahaja Yaya mahu keluar dari kedai kek, air mata pantas kuseka.

"Nah, aku belanja," Yaya menghulurkan sebuah beg plastik.

"Wah, thank you my friend," laju sahaja beg plastik itu bertukar tangan.

"Wait, wait, are you okay ?" soal Yaya.

"Okay lah, kenapa? Nampak macam tak okay ke?" kening sebelah diangkat.

"Kau nampak macam sedih je..." teka Yaya sambil mengecilkan matanya.

Aku tergelak kecil untuk menutup kesedihan.

"Mana ada. Kau ni, suka overthingking," lengannya kutepuk.

Muka Yaya berubah ceria.

"Yolah, mak buyung oi. Jom, kita balik," ajak Yaya.

Aku mengangguk dan kami berjalan beriringan keluar dari mall.

•••

"Sayang, sampai bila kita nak macam ni?" soalku sambil mengusap perut yang masih kempis.

Aku melepaskan keluhan berat.

"Hmm, takpe. Selagi boleh, aku akan bertahan. Semua ni ujian Allah. Allah takkan uji hamba dia melainkan dia mampu. Jadi, kita kena selesaikan masalah ni elok-elok. Kalau api, lawannya air," aku memberi semangat kepada diri sendiri.

Pandangan dibuang ke luar tingkap.

"Sayang, awak kena kuat tau. Awak lah penyemangat Umi untuk tetap tidak mengalah," perut kembali diusap.

'Semoga mereka sembuh seperti sediakala secepat mungkin, Ya Allah'

TO BE CONTINUED...

4 PRINCES [C]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें