𝔅𝔞𝔟 36

1K 77 18
                                    

Hi guys ! Maafkan lah penulis mu yang comel yini kerana tidak dapat meng-update semalam oleh kerana saiya terlalu busy bak hang, sowwy weaders saiya *merayu sambil membuat puppy eyes*

Btw,.enjoy the story ! Muahh😚❤️❤️

︎❄︎❄︎❄︎❄︎❄︎

Kereta Ferarri milik Naufal di parking dihadapan rumah agam milik Puan Rosmah dan Encik Zali.

Handbreak ditarik. Mata Naufal mengerling di tempat pemandu sebelah. Dia tersenyum sendiri.

"Macam mana aku tak jatuh cinta dengan kau? Kau buat aku gilakan aku," Naufal mengelus pipi gebu Malaika.

Malaika bergerak sedikit apabila tidurnya terganggu. Dia merengek seperti budak kecil.

Naufal tertawa kecil.

Pintu dibuka lalu bergerak ke pintu sebelah pemandu. Naufal mencempung tubuh Malaika yang sedang tidur lena itu.

Mata Naufal melilau melihat sekeliling rumah. Di garaj, hanya ada sebuah kereta dan beberapa buah motor. Di dalam rumah, sunyi sepi.

'Eh, kan diorang pergi kenduri cucu Nek Pah kahwin' desis hati Naufal.

Isterinya yang sedang tidur itu ditenung. Mukanya, bersih tanpa sebarang jerawat. Kulitnya putih bersih.

"Hmm," Malaika mula merengek.

Naufal melihatnya pelik.

"J-jang-jangan..." air matanya jatuh setitik.

Langkah Naufal terbantut tatkala mendengar isterinya meracau.

"A-aku ta-kut..." air mata semakin lebat.

Naufal melabuhkan punggunh disebelah isterinya. Air mata isterinya diseka.

"Sayang..." dia mendodoikan isterinya.

Setelah melihat isterinya lena, Naufal bangun dan ingin menapak ke pintu. Namun, tangannya pantas sahaja ditarik oleh Malaika.

Naufal memusingkan badan ke belakang dan memandang Malaika yang sedang menggosok-gosok matanya.

"Nak pergi mana? Nak ikut..." tangan Naufal digoncang berkali-kali.

"Takpe, sayang. Just stay here," pujuk Naufal.

"Haura takut..." bibir Malaika tersebik-sebik menahan tangisan.

Naufal tidak boleh berbuat apa. Dia sekadar menurut kata-kata Malaika.

Dia mencempung tubuh Malaika dibawa ke ruang tamu. Malaika diletakkan di atas sofa double.

4 PRINCES [C]Where stories live. Discover now