𝔅𝔞𝔟 03

1.4K 105 2
                                    

"Thanks korang, hantar aku balik," ujarku seraya menggalas beg.

"No problem!" jawab Fahmi, Rayyan dan Adam serentak manakala Naufal hanya mengangguk.

Seketika kemudian, muka mereka jadi pucat. Rupanya, Adrian dan Arian datang dengan muka garang mereka.

"Kau balik dengan diorang ke, Ika?" soal Adrian mendatar.

"Tak, balik dengan Opah," jawabku berloyar buruk.

Renungan tajam Adrian aku hiraukan.

"Dah, jom masuk," ajakku lalu masuk ke dalam.

Adrian dan Arian tetap dengan muka garangnya merenung tajam 4 CEO.

"Adrian Hariz ! Arian Hariz !" laungku tegas dari dalam rumah.

Muka Adrian dan Arian pula berubah pucat.

"Thanks hantar adik aku balik," Adrian dan Arian berlalu masuk ke dalam rumah.

4 CEO pun bergerak pulang ke rumah mereka.

"Aku rasa, Ika tu tak boleh buat main tho. Kau tengok tadi, baru panggil nama," ujar Fahmi sedikit gerun.

"Haah, lah..." Rayyan menyetujui kata-kata Fahmi.

•••

"Morning, Ma, Pa, twin," sapaku sesampainya di meja makan.

"Morning sayang," ujar Mama seraya tersenyum kepadaku.

"Ika, Papa dengan Mama kena pergi outstation, 2 minggu dekat Australia," ujar Papa tenang.

"Jadi, Ika harus tinggal sama mamat-mamat ni?" aku menunjuk ke arah twin.

Adrian dan Arian menjeling aku tajam. Papa dan Mama tergelak kecil.

"Iye, untuk tempoh 2 minggu ni je. Ika, pandai masak, kan?" soal Mama pula.

"Pandai, semua kerja rumah Opah sudah ajar, bah," laju sahaja aku mengangguk.

Mama dan Papa tersenyum melihat anak daranya yang satu ini.

•••

Rabu, aku pergi sekolah seperti biasa. Harini ada kokurikulum so aku balik lambat.

And aku tak tahu lagi aku punya kelab dan sukan. Unit uniform terpaksa masuk Pandu Puteri sebab Cikgu Nora tarik aku.

I hate Pandu Puteri ! All girls gedik !

"Malaika !" aku menoleh ke kanan saat terdengar nama aku dipanggil.

Kelihatan Fahmi dan Rayyan berlumba untuk sampai dekat aku dulu.

"Hah, dah kenapa korang ni? Nampak hantu ke?" soalku sambil menyusun buku ke dalam beg.

"Jom lepak cafe, dua kelas first harini cancel," jawap Rayyan teruja.

"Malas ah..." ujarku.

"Ala, jom lah, Ika," Rayyan menarik begku.

Nasib dia tarik beg. Kalau dia tarik benda lain, memang aku buka silat dekat sini.

"Hmm, kawan korang tu, tak kisah?" soalku ragu-ragu.

"Tak !" jawab mereka berdua serentak.

Aku sekadar mengangguk dan menutup pintu loker. Aku mengikuti Rayyan dan Fahmi ke cafe.

"Kau kelab apa, Ika? Sukan?" soal Rayyan.

"Aku tak tahu lagi. Sekolah lama, aku kelab musik, sukan bola keranjang + pernah wakil negeri," jawabku sambil berfikir.

"Kau ni bukan calang-calang orang weh, sampai wakil negeri," kata Fahmi teruja.

"Benda biasa je tu, satu Sabah tu dah kenal aku," jawabku malas.

Kami duduk di meja yang ada Adam dan Naufal. Mereka sedang khusyuk bermain phone.

Aku mengeluarkan buku latihan Math lalu kaca mata dipakai. Buku diselak untuk membuat latihan.

"Korang ni, khusyuk betul main phone. Kerja Math Teacher Azura dah siap ke?" tanyaku sambil membuat latihan.

Adam dan Naufal mengangguk manakala Fahmi dab Rayyan menggeleng.

"Okay fine, aku cakap dengan orang bisu," gumamku perlahan.

"Malaika Haura !" panggil satu suara.

Serentak aku dan 4 CEO berpaling ke arah kiri. Kelihatan Teacher Azura sedang berjalan ke arah kami.

"Ye, teacher?" soalku lembut.

"Bulan depan, ada pertandingan Math. Sekolah kita perlu hantar 2 orang, seorang lelaki dan seorang perempuan. Jadi, saya nak awak dengan Naufal pergi.

Pertandingan ni wakil daerah dan kalau berjaya, boleh dibawa wakil negeri. Pertandingan ni buat dekat sekolah kita. Boleh?" jelas Teacher Azura panjang lebar.

Aku sekadar mengangguk dan tersenyum.

"Okay, banyakkan buat latihan tau," ujar Teacher Azura sebelum beredar.

Aku memandang 4 CEO yang kelihatan sedikit pelik.

"I like Math !" ujarku teruja sambil membuat latihan.

"Apa kau cakap? Kau suka Math?" soal Rayyan lagi sekali untuk memastikan dia tidak salah dengar.

"Haah, aku suka Math dan Addmath," jawabku.

Fahmi, Rayyan dan Adam sudah terlopong. Naufal hanya beriak biasa sambil membuat latihan Math di dalam bukunya.

"Kenapa? Salah ke?" soalku apabila Fahmi, Rayyan dan Adam memandangku dengan riak tergamam.

"Kau, suka Math? Suka Addmath? Macam mana lah kau boleh hidup dengan benda ni?" rungut Fahmi.

"Senang je. Kena baca, belajar, faham, buat latihan... and you get it !" terangku.

Mereka bertiga sekadar menganggukkan kepala.

"Hey, you alls~"

TO BE CONTINUED...

4 PRINCES [C]Where stories live. Discover now