𝔅𝔞𝔟 45

1.2K 86 0
                                    

Kereta Audi milik Naufal menderum laju masuk ke kawasan sekolah. Kereta di parking di car park khas untuk Ketua Pengawas.

Para pelajar sudah mengerumun di belakang kereta Naufal untuk melihat siapakah 'wanita yang bertuah' dan berjaya mencairkan hati keras Naufal.

Brek ditarik. Kaca mata hitam disimpan di dalam sebuah bekas lalu diletakkan di dalam dashboard.

"Abang, diorang tak kecam sayang, kan? Diorang tak marah, kan? Takde yang akan sakitkan sayang, kan?" tanyaku cemas.

Naufal tergelak kecil.

"In Syaa Allah, takde. Selagi abang ada dengan sayang, diorang takkan berani apa-apakan sayang," tanganku diraih lalu digenggam tanda memberi semangat.

Aku mengangguk dan menghadiahkan senyuman.

Pintu kereta belah pemandu dibuka lalu Naufal keluar dari kereta. Maka, terdengar lah jeritan para monyet yang tak boleh rileks.

"Naufal !!!!!!!"

"Mana isteri you ?"

"Abang Naufal kitaaaaaa..."

"Oppa !"

Langkah Naufal dituju ke tempat sebelah pemandu. Pintu dibuka lalu tangan dihulurkan persis menyambut seorang puteri.

Tangan Naufal aku sambut lalu perlahan-lahan keluar dari kereta. Beg sekolah aku diambil oleh Naufal untuk dibawa ke kelas.

"Kak Ika dengan Abang Naufal? Sepadan !"

"Bagai pinang dibelah dua !"

"Alololo, comelnya Kak Ika..."

"Awww, such a cute and sweet husband and wife..."

Alhamdulillah, aku mendapaf ramai komen positif dari negatif. Ada juga yang menjeling dan menyindir, namun semua itu ditutupi dengan komen positif.

Aku dan Naufal memgorak langkah ke kelas 5SC 1. Sepanjang perjalanan, semua mata tidak lepas memandang kami sehingga ada yang terjatuh dan tergolek di tepi meja. Kesian-

"Sayang duduk sini diam-diam, abang ada hal. Fahmi, Rayyan dengan Adam akan jaga sayang," pipiku dikucup oleh Naufal.

"Okay !" simbol 👌🏻 digayakan dengan tangan.

Naufal tersenyum dan keluar dari kelas. Laju sahaja Fahmi, Rayyan dan Adam mendekati aku.

"Ika, kau tak nak bagitau anak kau berapa?" soal Rayyan tiba-tiba.

"Kenapa?" soalku kembali.

"Yelah, mana tau anak kau satu je kan? Pastu, tambah lah lagi banyak-banyak," seloroh Rayyan.

Aku menjelingnya tajam.

"Amboi kau, sedapnya meminta. Kau ingat, aku ni kilang buat anak ke? Kalau nak, pergi lah cari isteri lepastu kahwin. Ha lepastu, buat lah anak kau sendiri sampai 20 orang pun takde siapa kisah," bebelku panjang lebar.

Rayyan tersengih dan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Kenapa kau tak nak bagitau?" soal Adam pula.

"Suprise lah, biar korang curious sikit," jawabku.

Fahmi, Rayyan dan Adam membuat roll eyes.

"Yang penting, lebih dari satu," tambah Fahmi.

Fahmi, Rayyan dan Adam high-five sesama sendiri. Aku hanya menggelengkan kepalanya.

"Ee, otak lelaki memang kotor, ek? Asyik fikir pasal anak je?" soalku geli.

Fahmi, Rayyan dan Adam tersengih dan mengangkat bahu.

4 PRINCES [C]Where stories live. Discover now