𝔅𝔞𝔟 18

1K 87 2
                                    

"Assalamualaikum !" laung Rayyan.

Kini, kami berada dirumah Rayyan. Rumah 4 CEO juga dalam Taman Division. Cuma, rumah Naufal jauh sedikit oleh kerana rumahnya adalah rumah paling hujung.

"Waalaikummussalam," pintu dibuka lalu terpacup seorang perempuan dalam lingkungan 40-an.

'Mama Rayyan kot' desis hatiku.

"Eh, mari lah masuk," ajaknya.

"Ika, jom masuk. Buat je macam rumah sendiri," kata Rayyan dan berlalu masuk.

Sedang aku berjalan ke dalam rumah, seorang budak perempuan terlanggar aku dan hampir saja jatuh namun sempat disambut aku.

Dia menangis oleh kerana terlanggar kaki aku.

"Eh, Ya Allah, dik ! Akak minta maaf, akak tak sengaja," aku mendukungnya lalu menggosok sedikit belakang badannya.

Dia berhenti menangis dan melihat ke arah aku sambil tersenyum.

"Time kasih, akak ! Akak ni baik ya," katanya dengan pelat.

Dia menepuk tangan dan ketawa di dalam dukungan aku.

"Anna ! Anna ! Raihanna Dania !"

Budak itu mengetatkan pelukan tangannya di leher aku. Mukanya disorokkan pada bahu aku.

"Anna ! Mana Anna?"

Seorang lelaki mendukung seorang budak lelaki datang ke arah aku dan budak yang dipanggil Rai tadi.

"Anna buat ap-" budak lelaki itu tergamam melihat Rai dalam dukungan aku.

"Raihanna," panggilnya lembut.

Raihanna memusingkan badan menghadap lelaki itu.

"Akak, tolong selamatkan Anna. Anna tak nak kawan Abang Rais," rajuknya.

Aku memandang lelaki tadi. Jelas dia sedang blur. Mukanya meminta penjelasan.

"Ehem, hai, nama akak Malaika Haura. Panggil Kak Ika je. Akak kawan Abang Rayyan," ujarku memperkenalkan diri.

"Ohh, Kak Ika kawan Abang Rayyan? Saya Rais, 13 tahun," katanya.

Aku mengangguk dan tersenyum ke arahnya.

"Ni, kenapa Rais jerit-jerit ni?" soalku.

"Anna ni, dia tak nak mandi," adu Rais kepadaku.

Aku memandang Anna yang menggelengkan kepalanya.

"Rais ! Anna ! Rai !" jerit seseorang di dalam rumah.

Wanita tadi muncul di muka pintu.

"Eh, kenapa duduk luar tu, Ika? Meh masuk," ajaknya lagi.

Aku mengangguk dan berlalu masuk ke dalam rumah bersamanya.

"Ika, kau buat apa kat luar lama-lama?" soal Fahmi.

Aku menunjukkan Anna di dalam dukungan aku.

"Anna, meh mandi," ajak perempuan tadi.

"Tanak ! Anna nak duduk dengan kakak je !" bentaknya lalu memeluk leherku.

Mama Rayyan hanya menggelengkan kepalanya.

"Boleh, tapi kita mandi dulu," pujuk Mama Rayyan lagi.

Tiba-tiba, Anna menangis. Tangisannya jelas kedengaran di segenap ruangan rumah.

"Anna tanak mandi ! Kalau mandi, Anna nak mandi dengan kakak je !" ugutnya.

Rayyan mengambil Anna dari dukungan aku dan dia semakin kuat menangis.

"Rayyan, bawa dia mandi," arah Mama Rayyan.

Rayyan mengangguk dan ingin membawa masuk Anna ke biliknya. Tangisan Anna semakin kuat kedengaran.

"Takpe lah, aunty. Biar saya buat," aku menawar diri.

Mama Rayyan memandang aku tidak percaya.

"Eh, tak susahkan kamu ke?" soal Mama Rayyan.

Aku tersenyum dan menggeleng perlahan.

Mama Rayyan pun membenarkan aku memandikan Anna.

•••

"Mama ! Anna dah siap !" teriak Anna lalu berlari ke arah ruang tamu.

Anna melabuhkan punggung disebelah Mama Rayyan.

"Anna ni, kesian kakak kena mandikan Anna," kata Rayyan.

"Biar ah kat kite,"

Aku tergelak kecil melihat telatah Anna.

"Ika, terima kasih dah tolong mandikan Anna. Jom makan dulu," ucap Mama Rayyan.

"Takde apa lah, benda kecil je," jawabku lalu beredar mengikut langkah Mama Rayyan ke dapur.

•••

"Akak ! Jangan balik !" Anna menangis di pelukanku.

"Tak boleh, sayang. Kakak kena balik," pujuk aku.

"Ala, kenapa akak tak tidur sini? Anna suka akak jadi kakak Anna," katanya lagi.

Aku terkedu.

"Takpe, akak janji, kalau ada masa, akak lawat Anna, ye?" aku mengeluarkan jari kelingking lalu dihulurkan padanya.

"Promise ?"

"Promise !"

Anna terkekek ketawa gembira.

Setelah selesai bersalaman, aku pamit pulang ke rumah. Adrian dan Arian mengambil aku dihadapan rumah Rayyan.

TO BE CONTINUED...

4 PRINCES [C]Where stories live. Discover now