𝔅𝔞𝔟 26

1K 94 0
                                    

Jujur saja aku takut nanti~
Kisah kasih masa lalu terulang lagi~
Tak rela, sungguh ku tak rela~
Bila nanti ku harus kehilanganmu~

Masa lalu biarlah masa lalu~

Nyanyian dihentikan apabila seseorang mengetuk pintu. Langkah diatur ke pintu.

Pintu dibuka lalu terpacul wajah Arian.

"Kenapa?" soalku.

"Mama suruh turun, nak kenalkan dengan kawan Mama," jawab Arian.

Aku sekadar mengangguk dan menutup kembali pintu.

Rupanya, Naufal tu anak kawan lama Mama. Dan 3 orang kawan anak dia tu, rupanya Adam, Fahmi dan Rayyan. Kebetulan ke?

Lagipun, nak tengok juga siapa kawan lama Mama ni. Boleh jumpa bakal 'mak mertua'. Eh, bukan, bukan bakal mak mertua *menggelabah*

Tudung shawl aku lilit dikepala cara simple. Pin dibawah dagu sahaja. Setelah siap, langkah kaki diatur ke ruang tamu.

Kelihatan semua sudah berkumpul di ruang tamu. Aku sorang je lah ni lambat✌🏻

"Ika, meh sini," ajak Mama.

Punggung dilabuhkan disebelah Adrian. Aku memandang sepasang pasangan sebaya Mama dan Papa, mungkin ibubapa Naufal. Seorang budak perempuan, mungkin adiknya.

"Nadya, kenalkan, anak pertama saya, Adrian Hariz, anak kedua Arian Haris, kembar ni. Dengan anak ketiga saya, Malaika Haura," Mama memulakan bicara.

Puan Nadya tersentak.

Lantas dia memandang ke arah Malaika Haura. Mata mereka bertatap seketika.

"I-ibu?"

"Haura?"

Semua mata memandang mereka pelik.

"Korang dah kenal ke?" soal Mama.

Aku hanya mengangguk dan menyeka air mata.

"Kitorang pernah jumpa Haura dekat Sabah dulu," jawab Ibu.

'Betul lah, Naufal ni Is yang aku cari selama ini' desis hatiku.

Aku mengeluh perlahan.

"Ika naik dulu, nak rehat," pamitku.

Tanpa menunggu balasan sesiapa, pantas sahaja kaki aku memanjat tangga. Pintu bilik aku tutup. Aku tersandar di belakang pintu sambil menangis teresak-esak.

Di ruang tamu, semua memandang Puan Nadya meminta penjelasan.

"Apa dah berlaku ni?" soal Papa.

"Cuba cerita..." pujuk Mama.

Puan Nadya mengesat air matanya.

"Nanti, kita tunggu Haura dah sedia nak bagitau," jawab Puan Nadya ringkas.

•••

Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Aku tidak boleh lelap walaupun banyak menangis. Jadi, aku ambil keputusan untuk mengambil angin di kolam.

Angin sepoi-sepoi menampar lembut pipiku. Mata memandang sekeliling kawasan yang sudah gelap.

"Haura?" tegur satu suara.

Aku memandang ke belakang dan terlihat Ibu berdiri sambil tersenyum ke arahku. Aku membalas dengan senyuman kecil.

Ibu datang lalu duduk disebelahku. Tanganku dicapai lalu digenggamnya.

4 PRINCES [C]Where stories live. Discover now