𝔅𝔞𝔟 27

1K 90 0
                                    

4 CEO dan twin sembunyi disitu kerana mahu mencuri dengar perbualan mereka berdua.

"Akif?"

Akif mengambil tempat dihadapanku.

"Ada apa Akif datang sini?" soalku tenang.

Nampak macam tenang, tapi dalam hati aku berdebar-debar. Takut lah si Akif ni buat benda bukan-bukan pula. Huishh, minta dijauhkan-

"Akif datang sini nak minta maaf dengan Haura," dia memulakan bicara.

Aku sekadar memasang telinga.

"Akif minta maaf, Haura. Akif banyak buat salah dengan Haura. Akif rosakkan hubungan Haura dengan Is. Haura tahukan Akif suka Haura? Jadi, Akif tak suka tengok Haura dengan Is," luah Akif.

Aku sekadar tersenyum.

"Akif, Haura tak pernah salahkan Akif. Ini semua ketentuan takdir. Haura terima dengan hati yang terbuka," kataku lembut.

Akif menunduk.

"Akif, Akif perasan tak ada orang suka Akif? Even orang tu bukan Haura, tapi dia suka Akif dari pertama kali Akif masuk sekolah," aku menukar topik.

"Siapa?" Akif memandang aku dengan pandangan pelik.

"Yaya," jawabku sepatah.

"Haura dah ingat Yaya?" soalnya lagi.

"Ermm... yeah, semalam terhantuk dekat kepala katil," aku tergelak sedikit kuat.

Akif turut tertawa kecil.

"Okay, sambung," kata Akif.

"Sebenarnya, Haura perasan perubahan Yaya ni. Even dia tak dekat dengan Akif, dia pendam rasa dia sebab dia tahu Akif suka dekat Haura.

Cara dia pandang Akif lain dari yang lain. Dia ambil berat pasal Akif dalam diam. Dia cuba menafikan perasaan tu, tapi perasaan tu semakin kuat dalam diri dia," balasku.

Akif tercengang seketika.

"Habistu, kenapa dia marah Haura sebab Haura rapat dengan 4 CEO atau lebih tepat lagi, Naufal?" soal Akif pelik.

"Itu cara permainan dia. Dia bagi alasan yang dia tak suka tengok Haura dekat dengan Naufal. Tapi sebenarnya, dia tak suka tengok Haura dekat dengan Akif," jawabku perlahan.

"Jadi, kenapa dia buat Haura sampai macam tu sekali?" soal Akif.

"Dari Ali bin Abi Talib: Sesungguhnya wanita itu mampu menyembunyikan cinta selama 40 tahun, namun tak sanggup menyembunyikan cemburu meski sesaat," tuturku lembut berserta senyuman.

Akif mengangguk.

"Bila wanita tu dah cemburu, dia mula terikut dengan hasutan syaitan. Kadang dia tak bagi peluang untuk lelaki jelaskan perkara sebenar, dia terus buat tindakan melulu.

Sebab tu, lelaki ni kena sabar dengan perempuan yang overthingking, kuat cemburu, kuat merajuk. Itu lah yang akan menjadi pelengkap dalam rumah tangga kelak," nasihatku.

Akif terdiam dan termenung.

"Akif pun suka Yaya, kan?" soalku tiba-tiba.

Akif memandangku dengan pandangan 'macam mana boleh tahu'.

Aku tergelak kecil.

"Akif, Akif tak perlu menafikan perasaan tu. Kalau ada jodoh, In Syaa Allah sampai ke jinjang pelamin," pesanku.

Akif mengangguk. Dari tadi sepatah apa pun tak bercakap.

2 keping gambar dikeluarkan. Satu dihulurkan kepada Akif manakala satu lagi dipegang.

"Untuk?" soalnya.

"Untuk mengingati persahabatan kita," jawabku lalu tersenyum.

Akif mengambil gambar itu lalu memandangnya sayu.

Satu lagi gambar dihulur kepada Akif.

"Yang ni..." Akif teragak-agak.

Aku menggeleng perlahan.

"Akif ambil lah, ini gambar kita berdua. Gambar tadi tu bertiga, sebagai tanda persahabatan kita. Gambar ni Akif simpan je.

Gambar dengan Akif, ada beberapa keping je. Tapi kalau gambar Haura dengan Is, boleh buat album," ujarku lalu tergelak.

Akif turut tergelak.

"Gambar ni..." Akif berfikir seolah-olah cuba mengingat sesuatu.

"Gambar ni kan diambil masa Is merajuk. Masa tu, Haura tak sengaja terjatuh atas Akif. Is pula baru sampai, pastu dia kata kita ada scandel.

Seminggu dia merajuk dengan Haura. Puas pujuk tak nak juga. Finally, Haura ugut dia, baru dia tak merajuk. Nasib waktu tu budak-budak lagi," pipiku terasa membahang.

"Lain macam dia punya cemburu, boleh pula dia kata kita ada scandel," Akif tergelak.

Aku dan Akif tergelak apabila mengenang semula memori dan kenangan waktu kecil kami. Sempat juga kami mengumpat Is😝

"Haura, Akif balik dulu ye," pamit Akif.

"Okay, hati-hati. Ingat, bunga bukan sekuntum, tapi kalau dah berkenan tu, cepat-cepat lah ye. Sebab kumbang bukan seekor," nasihatku.

Akif tersenyum dan mengangguk.

"Bye, assalamualaikum," katanya dan berlalu pergi.

"Waalaikummussalam,"

•••

"Haura, semua orang nak tahu ni. Bila kita nak bagitau?" soal Ibu sedikit risau.

"Malam ni boleh kot. Nanti suruh semua orang berkumpul kat ruang tamu," jawabku.

Ibu tersenyum dan mengangguk.

Haura memang cukup sempurna untuk menjadikan menantu. Cantik, pandai masak, pandai kemas rumah, pembersih dan teratur orangnya.

Memang beratur lah mak-mak nak jadikan Haura ni menantu diorang.

'Semoga urusanku dipermudahkan, Ya Allah'

TO BE CONTINUED...

4 PRINCES [C]Where stories live. Discover now