𝔅𝔞𝔟 10

1.2K 101 2
                                    

Hari Isnin, hari yang paling membosankan. Sebab apa? Aku tak suka perhimpunan.

"Baik, kita akan mulakan majlis kita sebentar lagi," kata emcee.

Setelah hampir 2 jam di dewan, akhirnya perhimpunan habis jua. Lenguh duduk lama sangat.

"Perhatian kepada pelajar Tingkatan 5SC 1, 5SC 2, 5SC 3 dan Tingkatan 6. Sila tunggu di tapak perhimpunan selepas ini," kata Naufal sebagai Headprefect.

"Aduh, ingat dah habis..." rengekku perlahan.

Kelas-kelas yang disebut tadi pun bergerak ke tapak perhimpunan.

"Okay, saya kumpulkan kamu semua disini adalah kerana saya nak bagitau sesuatu. Kelas 5SC 1, 5SC 2, 5SC 3 dan Tingkatan 6 bakal pergi ke kem," Pengetua memulakan bicara.

Semua pelajar mula bersorak.

"Kem ni akan diadakan di Pahang. Kem ni berlangsung selama 3 hari 2 malam. Semua wajib pergi, kecuali ada alasan yang kukuh," terang Pengetua.

"Jadi, ada apa-apa soalan?" soalnya.

Seorang pelajar 5SC 3 mengangkat tangan.

"Bayaran?" tanya dia sepatah.

"Bayaran tak perlu, ini semua ditanggung oleh pihak sekolah," jelas Pengetua.

"Ada lagi?"

Semua pelajar menggelengkan kepalanya.

"Baik, boleh bersurai,"

Semua murid mula naik ke kelas masing-masing.

•••

"Ika, kau kenapa ni? Macam penat je..." tanya Fahmi.

Rayyan dan Adam menganggukkan kepala.

"Penat date semalam, sampai pukul 2 pagi juga lah..." ujarku selamba.

"Date?" jerit Rayyan, Fahmi dan Adam serentak.

Mereka memandang tajam ke arah aku meminta penjelasan.

"Tak lah, aku date dengan laptop je semalam. Layan korean drama," jawabku lalu tergelak kecil.

Rayyan, Fahmi dan Adam menghembuskan nafas lega.

Cikgu Nora masuk ke kelas bersama seorang murid lelaki. Murid baru mungkin.

"Baiklah pelajar, harini awak ada kawan baru. Sila perkenalkan diri awak," ujar Cikgu Nora.

"Nama aku Nik Akif Raykal bin Nik Razman. Boleh panggil aku Akif. Pindah dari Johor," terangnya simple.

Aku mengendahkan dia yang sedang berbicara. Kepala pun aku tak angkat untuk tengok muka dia. Muak tengok stranger ni.

"Akif, awak boleh duduk sebelah Malaika," Cikgu Nora menunjuk ke arah meja kosong disebelah aku.

'What da hell? Apahal mamat tu kena duduk sebelah aku? Benci doh' desis hatiku.

•••

Kring Kring

"Haura..." panggil Akif.

Aku mengendahkannya dan berjalan keluar meninggalkan kelas.

Akif mengeluh perlahan dan membuka langkah ke cafe.

"Ika, kenapa kau macam tak suka je dengan budak baru tadi?" soal Fahmi.

"Budak baru? Kelas korang ada budak baru?" sampuk Arian.

"Haah, nama dia Akif," jawab Adam.

"Entah, aku tak kenal, pergi mampos dia ah," jawabku mendatar.

4 CEO dan twin memandang aku pelik.

"Sure you don't know him?" soal Adrian.

"Maybe," jawabku malas.

Selesai makan, kami pulang ke kelas masing-masing. Hilang terus mood happy aku bila nampak Akif.

•••

Waktu balik. Aku berjalan bersama 4 CEO dan twin. Aku berjalan di belakang manakala mereka berjalan dihadapan.

"Haura !"

Aku menghiraukannya.

"Haura !"

Aku tidak toleh ke belakang langsung.

"Weh Ika, Akif panggil tu," Naufal menunjuk ke belakang aku.

Aku sekadar membatukan diri.

"Haura..." tangan aku dicapai lalu ditariknya.

PANGG

Satu tamparan hebat dari aku hinggap di muka Akif. 4 CEO dan twin terkedu.

"Kau tak layak panggil aku, Haura ! Dia je yang layak ! Kau fikir, aku dengan dia dah terpisah, senang-senang kau nak masuk hidup aku?! Heh, cermin diri tu sikit !" tengkingku.

"Kau rasa, dia hidup lagi? Kau dah pernah jumpa dia?" soalnya sambil berpeluk tubuh.

"Memang aku tak jumpa dia lagi. Dan aku sendiri pun tak pasti dia hidup lagi atau tak. Tapi, aku akan cari dia sampai dapat," air mata dibiar mengalir.

Akif tersenyum sinis.

"Kau fikir, kau boleh jumpa dia ke? Entah entah, dah masuk kubur," ujarnya sambil menjeling aku.

PANGG

Satu tamparan lagi hinggap di muka Akif.

"Walaupun dia dah takde, kau takkan boleh gantikan tempat dia dalam hati aku ! Shut your fucking mouth, liar !" tengkingku lagi.

Aku berlalu pergi dari situ. Air mata dibiar mengalir tanpa henti.

"Ika ! Tunggu !" jerit 4 CEO dan twin serentak.

TO BE CONTINUED...

4 PRINCES [C]Where stories live. Discover now