𝔅𝔞𝔟 23

1K 88 6
                                    

"Ika !" teriak Yaya ketakutan

PIN ! PIN !

"Arghhhhhhhh !"

Semuanya sudah terlambat. Ika telah pun dilanggar oleh kereta tadi. Kereta itu segera berhenti lalu menelefon ambulance.

4 CEO dan twin berlari ke arah luar sekolah setelah terdengar bunyi kuat itu. Dilihat ramai orang berkerumun ditengah jalan.

Mereka memandang Yaya yang kelihatan takut. Badannya jelas menggigil. Mukanya pucat tanpa darah.

"Yaya, siapa tu?" soal Naufal mendatar.

Yaya semakin menggigil. Lututnya lemah.

"Siapa tu, Yaya?" suara Naufal naik seoktaf.

"Ika !" balas Yaya akibat terkejut. Dia segera menekup mulutnya.

Mata 4 CEO dan twin terbuntang luas. Mereka berlari ke arah tempat kerumunan orang ramai.

"Ya Allah, Ika..." suara Adrian bergetar menahan tangisan.

Akhirnya, jatuh jua air mata jantan yang ditahan sejak tadi. Mereka menangis ditepi Ika. Arian segera menelefon Mama dan Papa untuk memaklumkan tentang itu.

"Bertahan Ika..."

•••

"Doktor, macam mana keadaan anak saya?" soal Mama risau.

Doktor itu mengeluh perlahan.

"Alhamdulillah, Cik Malaika sudah melepasi tahap kritikal. Namun, dia perlukan bantuan pernafasan. Buat sementara waktu, dia perlu ditempatkan di ICU oleh kerana keadaannya yang kurang stabil," terang doktor itu sayu.

"Bila dia boleh sedar?" soal Papa.

"Kemungkinan besar Cik Malaika akan koma. Paling cepat pun mungkin sebulan. Dan jika dia tidak bangun dalam masa tiga bulan, harap Encik bersabar," ujar doktor itu sayu.

Mama yang mendengarnya terkejut.

"Saya minta diri dulu," pamit doktor itu.

Adrian dan Arian tidak mampu menahan empangan air matanya. Tidak sampai setahun berjumpa dengan adik perempuannya itu.

Mereka masing-masing merenung sekujur tubuh kaku yang terbaring di atas katil. Disekitarnya banyak wayar. Bantuan pernafasan juga digunakannya.

Sakit rasanya jikalau kita yang berada di tempat dia. Harap Ika kuat harungi semua ini.

•••

4 CEO dan twin duduk di kantin. Hari-hari mereka semakin muram tanpa kehadiran bidadari yang selalu menceriakan hari mereka.

"Assalamualaikum,"

Serentak 4 CEO dan twin memandang ke arah empunya suara. Mereka menjelingnya menyampah.

"Kau nak apa?" soal Naufal acuh tak acuh.

"Sebenarnya..." Yaya sedikit gagap.

Dia berdehem beberapa kali mencari kekuatan.

"Aku nak minta maaf, aku masa tu tak sengaja. Aku yang tolak Ika dekat tengah jalan. Aku tak tahu macam mana waktu tu aku boleh tolak dia," kata Yaya laju.

Mata 4 CEO dan twin terbuntang luas.

"Kau? Kau yang tolak Ika?" soal Arian.

Yaya mengangguk lalu menunduk ke arah lantai. Tidak berani memandang jejaka-jejaka dihadapannya itu.

"Kau? Kau datang sini minta maaf? Kau sedar tak, apa kau buat? Adik aku dekat hospital sana bertarung nyawa, kau dekat sini senang-senang datang minta maaf !" marah Adrian.

Arian cuba menenangkan abang kembarnya itu.

"A-aku tahu salah aku. Aku mengaku," air mata Yaya bergenang ditubir matanya.

Adrian memandangnya tajam.

"Kalau adik aku masih boleh diselamatkan, aku akan lepaskan kau. Tapi, kalau adik aku mati, kau pula akan mati dekat tali gantung," ujar Adrian sinis dan berlalu pergi.

Yaya memandang kelibat Adrian sehingga lelaki itu hilang. 4 CEO dan Arian turut mengikuti langkah Adrian.

"Ingat kata-kata Adrian tadi," ujar Naufal sebelum beredar.

Perasaan serba salah mula menyelubungi hati Yaya.

•••

Pintu wad ditolak perlahan lalu memboloskan diri ke dalam. Pintu ditutup semula agar tidak menganggu pesakit.

"Assalamualaikum Ika," tangan Ika dicapai.

"Ika, aku minta maaf tolak kau haritu. Aku takde niat, masatu aku terlalu marah jadi aku tak boleh kawal emosi aku. Aku rasa bersalah sangat kat kau..." ujar Yaya teresak-esak.

Tangan Ika digenggam untuk memberi kekuatan kepada pesakit itu.

"Ika, kau kuat, kan? Aku percaya kau boleh lawan semua ni. Kau kena teruskan hidup. Kau ada family, kawan-kawan, yang sayangkan kau. Aku takkan maafkan diri aku kalau kau tak bangun," tangisan Yaya semakin kedengaran.

Muka Ika direnung. Mukanya pucat seperti mayat hidup.

"Bangun, ye? Semua orang menunggu kau dekat sini. Aku pun tunggu kau, janji dengan aku kau akan bangun, ye? Jangan risau, hari-hari diorang datang melawat kau. Aku akan terus support kau untuk kembali normal," pesan Yaya panjang lebar.

Tangan Ika diletak kemas di atas katil.

"Aku balik dulu, ye? Ada masa nanti aku datang lagi. Bangun tau, Ika. Semua orang rindu kau. Bye, assalamualaikum," pamit Yaya.

Air mata segera dikesat. Fake smile ditayangkan. Pintu ditutup kembali. Langkah diatur ke lif.

'Ya Allah, kau berikan lah kesembuhan kepada Ika. Semoga umurnya masih panjang. Aku ingin hidup bersamanya, Ya Allah'

TO BE CONTINUED...

4 PRINCES [C]Место, где живут истории. Откройте их для себя