𝔅𝔞𝔟 13

1.1K 98 1
                                    

Aku terjaga apabila terdengar bunyi jam loceng. Pukul 5 pagi. Aku bangun dan membersihkan diri. Wudhu' diambil lalu menunaikan solat Subuh.

Baju putih lengan pendek dipakai bersama seluar coklat. Cardigan hitam juga dipakai serta dipadankan dengan tudung coklat.

 Cardigan hitam juga dipakai serta dipadankan dengan tudung coklat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-Contoh baju Ika, tapi tudung labuh menutupi dada-

Beg dicapai dan dimasukkan segala barang-barang penting. Pintu dibuka lalu langkah kaki diatur ke lif.

"Sepatutnya kena kumpul jam 9, sekarang baru pukul 7," gumamku sendirian sambil melihat sekilas jam tangan Baby-G di tangan kiri.

Setelah sampai di lobi, aku mengambil keputusan untuk duduk di salah satu bangku yang ada. Menikmati udara segar sambil melihat matahari terbit.

'Haih, mana Haura nak cari Is? KL tu besar, Is'

Sedang asyik aku termenung, seseorang memetik jari dihadapan muka aku.

"Woi, jauh termenung," dia mengambil tempat disebelahku.

"Yelah, sampai tak sedar kau datang," balasku selamba.

"Eh kejap, nama kau apa eh?" soalku sambil memandang empunya badan.

"Naufal lah. Kau ni amnesia ke apa?" soalnya semula sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Iya, aku tau lah Naufal, I mean your full name," kataku.

"Tengku Naufal Iskandar bin Tengku Iskandar," jawabnya sambil mengeluarkan iPhone 7+ miliknya.

Aku sekadar mengangguk.

'Iskandar? Is? Eh tak, tak, ramai je orang nama Iskandar dekat dalam dunia ni. Is pun, Haura tak tahu nama penuh Is'

"Weh," sekali lagi jarinya dipetik dihadapan muka aku.

"Kenapa? Kau ni kacau betul lah," ujarku setelah kembali ke dunia realiti.

"Kau yang kenapa? Dari tadi duk termenung, lepas tu geleng-geleng. Kena sampuk ke?" soalnya polos.

PAPP

Tidak semena-mena satu tamparan hinggap di bahu Naufal. Aku menampar bahunya menggunakan purse ditangan.

"Auchh, pahal kau ni?" soalnya sambil menggosok tempat yang dipukul tadi.

"Kau lah pahal? Kita ni kat tempat awam tau, mulut tu jangan nak celupar sangat," ujarku berbaur amaran.

Naufal kembali menghadap phonenya sambil bibur dicebik.

"Naufal, jom teman aku," bahu Naufal dicuit sedikit.

"Tak nak," rajuknya.

'Aduh, dia merajuk pula... sesiapa tolong saya? Macam mana nak pujuk lelaki ni? Tolong saya...'

"Jom lah Naufal, sorry lah tadi. Jom lah..." rengekku.

"Ahh kau, dah pukul aku pastu nak minta teman," bibir dimuncungkan sambil tangan disilang ke dada.

"Ala, jom lah..." rengekku lagi.

"Nanti kalau aku pergi sendiri, tiba-tiba terserempak Akif, macam mana? Kau juga yang kena belasah dengan twin," aku mencipta alasan.

Naufal berfikir sejenak. Akhirnya, dia kalah pada pujukan Ika. Jujurnya, dia saja membuat merajuk supaya dipujuk.

"Fine, girl," ujar Naufal malas.

"Yeay ! Jom ! Aku belanja kau sebab kau nak teman aku and sorry for last time," ujarku ceria.

•••

Setelah aku bersarapan dan berjalan-jalan disekitar hotel bersama Naufal, aku dan Naufal pulang ke bilik masing-masing bagi membersihkan diri.

Selesai sahaja, aku turun ke lobi dan terlihat Naufal ditempat berkumpul.

"Assalamualaikum !" sapa Fahmi, Rayyan, Adam dan twin serentak.

"Waalaikummussalam," jawabku perlahan.

"Korang lama dah ke sampai? Pergi date eh?" soal Adrian lalu melabuhkan punggung dosebelahku.

"Ika pukul 7 dah turun, terserampak dengan Naufal and we're going date," jawabku selamba.

"Seriously, Fal?" soal Fahmi.

Naufal mengangguk tanpa memandang Fahmi.

"Tak lah, pagi tadi aku ingat nak pergi jalan sengsorang. Tapi terserempak dengan Naufal, aku suruh lah dia teman. Maklum lah, ada orang tu merajuk dengan kita..." aku menjeling Naufal sekilas.

Naufal memandang tajam ke arahku manakala aku tersengih.

"Naufal? Merajuk? Pfft..." terletus tawa Fahmi, Adam dan Rayyan.

Adrian dan Arian pula menggelengkan kepalanya seraya tersenyum kecil.

"Okay, sorry again, boy. I promise don't do it again," kataku sambil membuat gaya berikrar.

Naufal sekadar mengangguk dan tersenyum kecil.

•••

Sekarang waktu lunch, cikgu suruh kami makan dan boleh pergi mana-mana tapi pukul 1500 kena kumpul balik sini.

Selesai makan, aku berjalan bersendirian tanpa arah tuju. Mata pandang jalan tapi otak menerawang fikirkan benda lain.

Sedang aku berjalan, seseorang menarik tanganku membuatkan aku terdorong ke belakang dan bbelakang badanku tercium dinding.

"Akif, apa kau buat ni?" soalku.

"Nothing, just want to taste your pink lips," dia mengelus pipi aku namun segera aku tepis.

"Lepaskan aku lah !" suaraku mula meninggi.

"Nope, untill I taste your lips..." balasnya.

"Lepas lah, jantan tak guna !"

PANGG

Aku jatuh terduduk sambil memegang pipi kanan yang terasa pijar dan pedih.

Tiba-tiba, badan Akif ditolak membuatkan dia terjatuh ke tepi. Gadis yang menolaknya segera memberi aku bantuan.

"Awak okay?" soalnya sambil memapah aku bangun.

"Saya okay," jawabku lalu memandang ke arahnya.

Aku sedikit terkejut melihat tuan empunya badan.

"Haura?"

"Trisyia?"

TO BE CONTINUED...

4 PRINCES [C]Where stories live. Discover now