𝔅𝔞𝔟 11

1.2K 97 0
                                    

Aku menilik muka aku dihadapan cermin. Sembap kerana aku terlalu banyak menangis.

Tok Tok

"Masuk lah, tak kunci pun," suara aku sedikit serak basah oleh kerana penat menangis.

Pintu dibuka lalu Adrian dan Arian masuk ke dalam bilik aku. Pintu dikunci semula.

Adrian dan Arian melabuhkan punggung di atas katil bersebelahan dengan aku.

"Ika, Ika okay tak ni?" soal Adrian memulakan bicara.

Aku sekadar menggeleng perlahan bersama air mata yang berjuraian.

"Ika kenapa? Anything you want to share with us?" soal Arian pula.

Adrian dan Arian aku peluk sekali. Air mata membasahi baju mereka.

Adrian dan Arian cuba menenangkan adik kesayangan mereka.

Setelah bertenang, aku melepaskan pelukan.

"So, kenapa?" soal Arian.

Aku berdehem beberapa kali sebelum memulakan bicara.

"Akif, nenek dia jiran Opah dekat Sabah. Dulu, kitorang selalu main sama-sama. Tapi, Ika perasan yang dia suka Ika. Ika tak suka dia. Dia phsyco, dia obses dengan Ika. Kemana saja Ika pergi, dia mesti ada. Dan sebabkan dia juga... iskk... iskk... Ika kehilangan sahabat sejati Ika..." air mata membasahi pipi.

Aku menarik nafas sebelum menyambung cerita.

"Masa tu, kitorang baru 5 tahun. Ika jumpa dengan dia dekat taman. Akif pula tak ikut. Ika keluar tanpa pengetahuan Akif. Tengah Ika main dengan dia, Akif datang sambil marah-marah. Dia marah Ika sebab tak bagitau dia nak pergi taman. Ika pun marah Akif balik. Akif masatu tumbuk dia sebab marah sangat.

Kebetulan, ibu dia datang dan nampak kejadian tu. Terus dia marah Ika sebab dia kata, Ika lah punca semua benda ni terjadi. Dia pula lari dari kami sampai tengah jalan dan tak sempat berhenti, dia... iskk... iskk... kena langgar," air mata semakin lebat.

Adrian menggosok belakang aku perlahan. Arian pula menggosok bahu aku.

"Dia... dia... dah tak ingat Ika. Dia amnesia. Iskk... iskk... pastu, ibu dia suruh Ika jangan jumpa dia lagi. Dan dia dah berpindah ke Kuala Lumpur, iskk... iskk... dia tak pernah jumpa Ika lagi..." aku tersedu-sedan menahan tangisan.

"Siapa dia?" soal Arian.

"Kita semua akan tahu, bila Ika dah jumpa dia..." ujarku sambil mengelap air mata yang tersisa.

Adrian memelukku dan kepalaku disandarkan ke dada bidangnya berlapik baju jersey.

"Kitorang minta maaf, Ika. Kitorang tak pernah ada dengan Ika selama ni. Kitorang sendiri pun tak tahu kitorang ada adik perempuan. Mama dgn Papa tak pernah cerita sampai lah Ika dibawa balik sini. Kampung Opah pun kitorang tak pernah lawat. Kitorang takde waktu Ika susah. Kitorang minta maaf sangat, Ika..." air mata jantannya mengalir.

Arian turut memelukku. Kedua abangku ini mengalirkan air mata jantannya kerana seorang adik.

"Ika tak pernah salahkan Ad ataupun Ian. Bagi Ika, korang lah abang terbaik Ika pernah ada. Ika sendiri pun tak pernah tahu Ika ada abang. Tapi Ika tahu, Mama Papa buat semua ni mesti bersebab. Ika sayang abang-abang Ika," air mata Adrian dan Arian dilap menggunakan jari comel milikku.

Adrian dan Arian tersenyum.

"Terima kasih Ika.." ucap Adrian dan Arian serentak.

Aku sekadar mengangguk dan tersenyum.

•••

"So, Ika dah okay? Dia kenapa?" soal Rayyan.

4 CEO dan twin berkumpul di rumah twin. Ika di dalam bilik sedang merehatkan diri.

"Ika tak ngam lah dengan Akif. So, tugas korang, jauhkan Ika dari Akif," jawab Adrian.

"Kenapa?" soal Fahmi sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Akif tu bahaya, dia phsyco, dan dia obses dengan Ika. Sebab tu Ika anti dengan dia," jawab Arian pula.

"Dangerous person," kata Adam.

Yang lain mengangguk dengan kata-kata Adam.

"So, korang just jaga Ika. And pastikan dia jauh dari Akif tu," arah Adrian.

"No problem !" jawab 4 CEO serentak.

Adrian dan Arian mengangguk.

TO BE CONTINUED...

4 PRINCES [C]Where stories live. Discover now