𝔅𝔞𝔟 05

1.3K 101 2
                                    

"Weh, naik cuti kan, aku dengar, cikgu nak buat exam," jelas Rayyan.

"Then?" soal Adam blur.

"Jom kita study sesama. Ika, jom lah join," ajak Fahmi.

Aku berfikir seketika sebelum mengangguk.

"Yes ! Habistu, kita nak buat kat mana ni?" Fahmi menggosok dagu tanda berfikir.

"Rumah Ika lah, takkan nak suruh Ika datang rumah kita. Kang kena tangkap basah, sia-sia je," seloroh Rayyan.

Tidak semena-mena lengannya menerima tamparan hebat dari Ika.

"Auchh, sakit lah ! Tangan besi ke apa?" Rayyan mencebik sambil menggosok bahunya yang dipukul tadi.

Aku membuat roll eyes lalu menjelingnya.

"Boleh gak, abang Ika pun boleh tolong kita," Adam mengangguk tanda setuju.

"Hah, ni apa main panggil-panggil nama kitorang?" soal Adrian yang baru tiba.

Adrian dan Arian melabuhkan punggung di sebelah aku. Aku duduk di antara mereka berdua.

"Tak lah, kitorang nak study sesama, boleh tak?" soal Fahmi sambil membuat puppy eyes.

Adrian dan Arian berfikir sejenak sebelum mengangguk tanda setuju.

"Tapi, abang kena ada kat rumah lah. Mama dgn Papa kan takde, seminggu outsation," kataku selepas teringat bahawa Mama dan Papa sudah bergerak ke Australia.

"Mesti lah. Takkan abang nak tinggal Ika dengan jantan-jantan ni," Adrian berkata sinis.

4 CEO tersentak.

PAPP

"Aduh, sakit lah..." Adrian menggosok lengannya yang baru ditampar Ika.

"Kau jaga mulut tu, eh? Jangan nak celupar sangat. Jantan tu kawan aku, and kau pun jantan," ujarku berbaur amaran.

Adrian mencebik manakala Arian mengetawakan abang kembarnya.

4 CEO hanya melihat drama adik-beradik yang sedang ditayangkan.

'Eh, tapi aku banyak kerja weh. Basuh kain, jemur kain, memasak, kemas rumah, banyak lagi lah' desis hatiku.

"So, korang nak datang bila?" soalku.

"Entah lah, apa-apa kitorang roger kau," kata Adam mewakili semua.

Aku sekadar tersenyum nipis dan mengangguk.

•••

Ting Tong... Ting Tong...

"Assalamualaikum !" laung seseorang diluar rumah.

"Adrian ! Arian ! Tolong tengok siapa kat luar tu !" aku sedikit menjerit kerana aku sedang diluar rumah menyidai baju.

Adrian membuka pintu lalu terpacul wajah 4 CEO. Adrian menjemput mereka masuk ke rumah.

"Duduk lah dulu. Ika tengah sidai kain," kata Adrian tenang.

30 minit kemudian...

"Weh Ika, pening lah aku tengok kau ni mundar-mandir dari tadi," rungut Fahmi.

"Kejap lah, kain aku sikit je lagi ni. Nasib baik dah siap masak," ujarku sedikit geram.

Aku menyidai kain dan masuk ke dalam rumah. Lauk dihidang dan meja dikemaskan untuk makan.

"Korang, jom makan dulu," ajakku.

Selesai makan, aku mengemas meja makan dan mencuci pinggan mangkuk.

Settle semua kerja, aku terduduk di sofa ruang tamu melepaskan lelah.

"Ika, kenapa kau pakai kain batik?" soal Fahmi ragu-ragu.

"Kalau kat Sabah, aku selalu pakai kain batik dengan T-shirt je," kataku tenang.

"Kau nampak macam mak-mak do," seloroh Rayyan.

"Memang, dah ramai orang cakap macam kau. Tapi, aku kahwin pun belum," kataku mendatar.

"Jodoh belum sampai..." sampuk Adam pula.

Kami sambung kembali study beberapa subjek dan fokus kepada study sahaja.

"Weh, selalu Addmath dengan Math kau dapat berapa?" soal Adam.

"Math biasanya 100, kalau Addmath tak pernah lagi bawah 95," jawabku selamba.

Adam, Fahmi dan Rayyan tercengang manakala Naufal sekadar memandang Ika sekilas.

"Bapak ah, kau makan apa do sampai pandai macam ni? Naufal pun sama," kata Fahmi sambil menepuk lengan Naufal.

"Sakit lah, ngok," Naufal membalas dengan tepukan di lengan Fahmi.

Fahmi sekadar tersengih.

"Makan apa? Aku, sejak umur 4 tahun dah belajar buat latihan Math ni. Dunia aku hari-hari dipenuhi dengan nilai x," jawabku malas.

"Wuishh, dari 4 tahun eh," kata Rayyan tidak percaya.

Aku sekadar mengangguk dan tersenyum nipis.

•••

"Ika, dulu kat Sabah, ada boyfriend?" soal Arian polos.

Purhhhhh

Air yang diminum tersembur keluar selepas mendengar pertanyaan Arian. Dada diurut beberapa kali dan tangan mencapai tisu lalu dilap.

Wajah berubah muram. Segala kenangan bersama 'si dia' berulang di minda.

"Erkk... takde," laju sahaja aku menggeleng.

Arian memandang pelik adiknya. Kenapa tiba-tiba sedih ni?

"Mind to share with me?" soal Arian.

"Nothing," jawabku sepatah.

Arian sekadar mengangguk. Namun dalam fikirannya bermacam persoalan bermain.

Dia tidak lah mahu memaksa jika Ika tidak berminat untuk bercerita dengan dia. Mungkin dia mahu lupakan kisah silam itu.

"Ika naik dulu," pamitku.

"Okay," Arian memandang adiknya sehingga kelibat adiknya hilang dari pandangan.

TO BE CONTINUED...

4 PRINCES [C]Where stories live. Discover now