𝔅𝔞𝔟 15

1.1K 94 0
                                    

Kami bertujuh pulang ke bilik setelah selesai urusan di tempat tadi. Aku berjalan longlai ke bilik.

Dari luar, aku terhidu bau hanyir seperti bau darah. Darah? Kenapa ada darah dalam bilik aku?

Pintu bilik dibuka penuh hati-hati. Bau hanyir darah semakin kuat menusuk ke hidung. Aku menutup hidung lalu masuk ke dalam bilik.

Masuk sahaja, mata aku dihiasa dengan sekeping kertas besar. Terdapat tulisan di kertas itu.

'aku akan musnahkan hidup kau dengan dia'

Bau darah dari kertas itu semakin kuat. Ternyata, tulisan merah itu ditulis menggunakan darah. Terdapat juga drah mengalir ditepi katil.

"Arghhhhh ! Darah !" jeritku lalu rebah di atas lantai.

Naufal yang baru sahaja ingin menapak masuk ke dalam bilik terhenti dan berpaling ke bilik Ika selepas terdengar Ika menjerit.

"Kenapa weh?" soal Adam kehairanan melihat temannya tidak masuk-masuk dari tadi.

"Kejap," balas Naufal sepatah lalu mengatur langkah ke bilik Ika.

Adam memandangnya pelik namun dihiraukan sahaja sahabatnya itu.

Naufal menapak ke bilik Ika secara perlahan. Pintu bilik terbuka sedikit.

Perlahan-lahan Naufal menolak pintu bilik Ika, dan alangkah terkejutnya dia melihat Ika pengsan di atas lantai.

Pandangan di alihkan ke arah tempat kertas yang diletakkan di kepala katil. Naufal menjadi panik.

"Allahuakbar ! Ika !" teriak Naufal.

Fahmi, Rayyan, Adam dan twin yang mendengar Naufal menjerit memanggil nama Ika segera keluar bilik untuk melihat apa yang terjadi.

Mereka bergegas ke bilik Ika. Mereka melihat belakang Naufal. Mereka mendekati Naufal dan terlihat Ika.

"Ika !"

•••

Sekujur tubuh pucat di atas katil direnung. Rasa bersalah terbit di hati kerana tidak mampu menjadi abang yang baik untuk adik.

Perlahan-lahan aku membuka mata. Kepala yang berdenyut diabaikan. Mata dikelipkan beberapa kali sebelum benar-benar terbuka.

"Ika? Ika dah sedar?" soal Adrian.

Aku sekadar memandangnya kosong. Kejadian tadi bermain difikiran aku. Tanpa aku sedar, empangan air mata pecah.

"Ika? Ika kenapa ni? Ika okay tak?" soal Arian bertalu-talu.

Badanku didakap erat oleh Arian dan Adrian.

"Ika takut..." balasku sambil tersedu-sedan menangis.

"Shuhh... kitorang ada ni..." pujuk Adrian sambil menggosok belakang badanku.

"Dah, Ika tak payah fikir lagi, okay? Sekarang, Ika rest," air mata aku diseka Arian.

Aku berbaring dan mula memejamkan mata. Semakin lama, mata semakin berat. Dan aku tertidur.

•••

"

Aku rasa, Ika trauma lah..." teka Naufal.

"Kenapa kau cakap macam tu?" soal Adam sambil menaikkan sebelah keningnya.

"Semalam, kan kau tanya kenapa. Masatu, aku dengar Ika jerit, dia jerit 'darah'," jelas Naufal.

"Then ?" soal Fahmi.

"Then, aku rasa, dia trauma dengan darah. I means like pernah terjadi sesuatu yang buruk dekat dia atau orang sekeliling dia, dan sejak benda tu berlaku, dia trauma dengan darah," terang Naufal panjang lebar.

Fahmi, Rayyan dan Adam menganggukkan kepalanya tanda faham.

Adrian dan Arian datang lalu melabuhkan punggung di sebelah Naufal.

"So, Ika macam mana?" soal Rayyan.

"Dia kata dia takut," jawab Arian.

"Aku rasa, betul lah Ika tu trauma dengan darah," kata Adam menyetujui kata-kata Naufal sebentar tadi.

Adrian dan Arian mengeluh perlahan.

"Nanti try lah tanya Ika, mana tahu dia nak share ?" soal Fahmi.

Adrian menganggukkan kepalanya.

•••

Aku duduk di birai katil hospital sambil termenung. Perkara yang terjadi 12 tahun lepas menerjah fikiran.

"Haura !" panggil seseorang.

Lantas aku berpaling kepala ke belakang dan memalingkan semula ke depan.

"Kau nak apa? Kau berambus lah dari sini ! Semak !" kataku.

"Aku nak kau..." pintanya.

"Bla lah, bodoh ! Kau dah tau aku trauma dengan darah, kau pergi letak benda tu lagi pahal, setan? Kau memang setan lah !" tengkingku.

PANGG

"Akif !" jerit Adrian dan Arian serentak.

"I will be back, sayang..." bisiknya dan meninggalkan bilik aku.

"Ika, Ika okay?" tanya Adrian sambil memapah aku bangun.

4 CEO melabuhkan punggung di sofa manakala Adrian dan Arian duduk disebelah aku.

"Ika benci Akif ! Kalau Akif takde, Ika dah beh bahagia dengan dia !" tempikku.

"Sabar, Ika. Semua benda ni jadi, mesti ada hikmah dia..." pujuk Arian.

"So, Ika nak share apa-apa tak? About your trauma?" soal Adrian.

Air mata aku seka perlahan.

"Ika trauma dengan darah lepas nampak dia accident masa 5 tahun tu. Ika kesiankan dia. Iskk... iskk... Ika tak sanggup, iskk... iskk... benda tu jadi depan mata Ika..." kataku sambil tersedu-sedan menangis.

"Sabar, satu hari nanti, mesti Ika akan jumpa dia balik..." Arian cuba menenangkan adiknya.

Aku mengangguk dan mengelap air mata.

•••

"Siapa dia?" soal Fahmi ingin tahu.

"Entah lah, Ika kata, kita semua akan tahu bila Ika dah jumpa dia balik," kata Arian.

Adrian dan Arian pun menceritakan tentang apa yang Ika ceritakan pada mereka berdua tempoh hari.

'Kenapa, cerita Ika sama macam aku? Kebetulan? Atau memang takdir?'

TO BE CONTINUED...

4 PRINCES [C]Where stories live. Discover now