𝔅𝔞𝔟 41

1.2K 80 0
                                    

2 𝘮𝘪𝘯𝘨𝘨𝘶 𝘬𝘦𝘮𝘶𝘥𝘪𝘢𝘯...

Aku keluar dari hospital setelah habis sesi check-up baby. Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik.

Tapi, kalau lah Naufal boleh teman aku pergi check-up, kan lagi best ? Boleh dia tengok anak dia ni.

Kereta Range Rover milikku meluncur di atas jalan raya menuju ke Taman Sri Mewah. Dekat je dengan rumah.

Setelah sampai, langkah diatur ke salah satu bangku di taman itu. Tasik yang tenang berserta matahari yang hampir terbenam menenangkan suasana.

Aku menarik dan menghembus nafas bagi menghilangkan masalah seketika.

'Kalau lah diorang tak kena sihir dulu, mesti aku dah boleh happy dengan family aku. Mungkin sekarang, pergi check-up dengan Naufal. Mesti dia happy bila dapat tengok baby dia' desis hatiku.

Mataku pejam lalu nafas ditarik dan dihembus beberapa kali. Air mata yang mengalir diseka lembut.

"Ini semua, takdir Allah," aku tersenyum sendiri.

Segala kenangan dan memori aku bersama Naufal bermain di fikiran. Air mata mengalir lagi tanpa henti.

"Assalamualaikum,"

"Waalaikummussalam," aku menoleh ke arah suara itu.

Seorang remaja lelaki berumur 16 tahun sedang mendukung seorang budak perempuan berumur 6 tahun.

"Kau okay ke, kak?" soal Fikri.

Fikri Lutfi. Budak lelaki berumur 16 tahun dan bersekolah di sekolah yang sama dengan aku. Dia ni cucu angkat arwah Opah dulu. Dia lelaki kedua yang hadir dalam hidup aku membawa sinar kebahagiaan.

"Okay je. Ni, Fasha ni macam mana?" soalku mengubah topik.

Fasha Zakirah. Adik Fikri Lutfi. Berumur 6 tahun dan bersekolah di Tadika Division. Fasha dan Fikri adik-beradik kandung. Arwah Opah ambil diorang berdua sebagai cucu angkat selepas Naufal pindah.

"Fasha, macam tu lah. Ni, betul ke boleh? Kau tinggal dengan siapa?" tanya Fikri kembali.

Aku mengambil Fasha dari dukungannya.

"Jangan risau, aku ada bibik teman aku kat rumah. Kau dengan Fasha boleh je duduk sekali," ujarku tenang.

Fasha memandang aku dan Fikri sekilas sebelum menumpukan pandangan kepada aiskrim di tangan.

"Kalau macam tu, aku pergi ambil baju dulu. Kau bawa Fasha balik. Nanti share location, aku datang," putus Fikri.

"Okay, pape roger," kataku lalu tergelak kecil.

Fikri mencium pipi Fasha sebelum bergerak ke arah kereta BMW miliknya. Perlahan kereta itu bergerak meninggalkan taman ini.

"Jom balik ye, sayang," ajakku.

"Jom kak !" laju sahaja budak itu mengangguk.

Fasha didukung olehku lalu bergerak meninggalkan Taman Sri Mewah.

Tanpa sedar, ada beberapa pasang mata yang melihat adegan tersebut dari jauh tanpa mendengar perbualan mereka.

•••

"Jadi, Ika dekat Taman Sri Mewah, lah?" soal Mama.

Twin, 4 CEO, Cutie Pie dan Akif mengangguk serentak.

"Tapi, ada seorang lelaki dengan seorang budak perempuan datang dekat dia tadi. Lelaki tu bagi budak perempuan tu kat Ika," cerita Intan.

Mama dan Ibu saling berpandangan.

"Siapa? Lelaki mana pula ni?" soal Ibu pula.

Mereka sekadar mengangkat bahu tanda tidak tahu.

(FLASHBACK)

Twin, 4 CEO, Cutie Pie dan Akif berjalan keluar dari mall. Mereka berhasrat untuk pulang ke rumah setelah puas bershopping.

"Wait, wait, tu bukan Ika, ke?" soal Sya mengalihkan perhatian semua orang.

"Haah. Tapi, siapa lelaki tu?" soal Adam pula.

Mereka memerhati sahaja kedua pasangan itu dari jauh. Tidak nampak terlalu mesra dan tidak nampak terlalu kekok.

"Takkan sepupu pula?" soal Qayra seraya menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Habistu?" soal Fahmi.

Naufal yang melihatnya geram, cemburu, sedih dan segala macam perasaan bercampur baur. Namun, dia hanya membuat riak dingin.

"Positif thingking je lah," pesan Yaya.

Mereka beredar bergerak ke rumah setelah kelibat Ika hilang dari pandangan.

(END FLASBACK)

"Takpe, nanti kita minta penjelasan Ika dulu, jangan terburu-buru," nasihat Mama.

"Entahnya. Dia tu dah lah mengandung, buatnya dia lari ke negara lain, sia-sia je," tambah Ibu pula.

Mereka mengangguk setuju dengan cadangan Mama dan Ibu.

'Sayang, abang rindu sangat dekat sayang. Bila nak balik? I miss you, sayang' desis hati Naufal.

TO BE CONTINUED...

4 PRINCES [C]Where stories live. Discover now